1 Dinar Permulaan Saya
Inilah item mula-mula saya beli sekitar 2015. Syiling emas atau dinar emas.
Ketika saya lock harganya sekitar RM600. Disinilah saya bermula menyimpan emas secara serius.
Bermula 1 dinar saya tak menoleh kebelakang lagi. Saya terus menyimpan sebahagian pendapatan saya ke dalam bentuk emas.
Saya alihkan nilai 1gram setiap pendapatan saya menjadi emas, melalui akaun simpanan emas GAP.
Bagi saya cara ini lebih mudah. Kita boleh beli emas secara online, kumpul emas banyak-banyak dan keluarkan emas yang kita suka, bajet permulaannya pun rendah.
Keseronokan menyimpan emas yang dapat saya rasai ketika ini ialah kita mengumpul emas banyak-banyak. Lebih-lebih lagi Public Gold menyediakan pelbagai design emas yang cantik-cantik.
Dari segi kewangan pula, tanpa disedari kita sedang menyimpan duit tanpa sedikit pun duit itu bocor.
Banyangkan 1gram 1bulan. Hujung tahun tersimpan 12gram, nilainya bersamaan hampir RM2,000. Secara santai, seronok-seronok kita menyimpan.
Ini sedikit pengalaman saya kongsikan dengan kawan-kawan. Bagaimana saya bermula menyimpan emas. Semua orang boleh menyimpan waima 1gram 1bulan dengan akaun emas GAP Public Gold.
Semoga cerita saya ini dapat menyuntik semangat dan membuka jiwa sesiapa saja yang mahu mula menyimpan emas.
Mula ikut kemampuan bukan ikut kemahuan gais