10 Kesilapan Pelabur Emas

10 Kesilapan Pelabur Emas

Sebelum ada seminar-seminar emas seperti Public Gold anjurkan. Ramai pelabur emas terdahulu terperangkap dengan pelbagai skim cepat kaya bertopengkan emas.

Kalau tak masuk skim cepat kaya sekalipun, dia menyimpan emas tanpa ilmu yang betul. Bila harga naik susah hati, harga turun pun susah hati.

#1 Melabur  Tanpa Ilmu

Bukan emas itu yang membuatkan kita kaya, tetapi Ilmu tentang emas itu yang membuatkan kita kaya.

Lagi tinggi ilmu, lagi banyak untung yang akan kita dapat. Walaupun, dalam mana-mana pelaburan sekalipun. Banyakkan membaca artikel-artikel tentang emas atau sekurang-kurangnya baca sebuah buku pelaburan emas yang berkredibiliti sebelum bermula.

Saya cadangkan sahabat-sahabat membaca beberapa buku pelaburan emas seperti buku Masa Untuk Emas tulisan Azizi Ali, Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas Encik Syukor Hashim. Paling mudah, baca buku mentor saya Wang Emas Bertahan Ketika Gawat. Boleh beli di kedai-kedai buku MPH, POPULAR, atau Kinokunia.

Selain itu, datang mana-mana seminar emas untuk belajar terus dari yang pakar. Public Gold juga ada mengadakan seminar emas setiap bulan.

Rajin-rajinlah ke website Public Gold  semak jadual terkini seminar.

#2 Tunggu Harga Emas Paling Rendah

 Kita tidak akan faham yang mana harga dianggap rendah yang mana harga dianggap tinggi selagi kita belum buat belian pertama.

Bila belum bermula, bemaknya kita belum ada benchmark harga tersendiri. Cara yang paling baik, mula dulu sekurang-kurangnya sekeping syiling 1 dinar atau 1 gram.

Lepas itu barulah boleh monitor perkembangan harga emas semasa. Untuk makluman anda, penganalisis teknikal harga emas yang paling pakar pun tak tahu bila harga emas paling rendah. Apatah lagi kita orang biasa.

#3 Beli Barang Kemas

 Barang kemas kurang sesuai untuk pelaburan. Tujuan barang kemas sekadar untuk dipakai dan berhias saja.

Kalau tujuan pelaburan, lebih baik simpan gold bar atau dinar emas. sebabnya:

  • Harga emas perhiasan lebih tinggi daripada emas pelaburan.
  • kos upahnya boleh di manipulasi oleh pekedai emas.
  • Spread atau susut nilainya juga tinggi bila nak jual balik, iaitu sekitar 25% – 30%.

#4 Beli Emas Di Kedai Emas

Harganya lebih tinggi daripada emas pelaburan lain sebab ia dijual mengikut harga Persatuan Pekedai Emas i.e. www.fgjam.org.my.

Lagi satu banyak syarat kalau nak jual balik contohnya tak boleh buka seal (plastik kekal) dan tak boleh hilang resit, tak boleh calar, bengkong atau sebagainya.

Kalau buka seal, emas tu dianggap sebagai used gold dengan susut nilai sekitar 25%!. Syarat jual balik emas Poh Kong. Mesti ada resit, dan seal berkeadaan baik.

#5 Beli Emas Duit Nak Guna  Masa Terdekat

Emas pelaburan jangka sederhana atau  jangka panjang. Minimum simpan 1 tahun atau 2 tahun. Kalau beli hari ini, bulan depan nak jual balik, memang rugi sebab spread (susut nilai) sekitar 6% – 9%.

Kalau harga emas naik tak banyak. Apatah lagi kalau harga emas jatuh. Jadi, kalau nak beli emas, guna duit yang memang tak dipakai sekurang-kurangnya untuk tempoh setahun.

Tapi kalau kita jenis tak boleh menyimpan duit. Masuk hujung bulan tengah bulan korek balik, Dengan menyimpan emas adalah cara terbaik anda menyimpan duit. Simpanlah emas. Anggaplah emas itu sebagai duit simpanan anda.

#6 Pinjam Duit Beli Emas

Pelaburan sebenar adalah menggunakan yang tidak digunakan, bukan dengan cara meminjam. Daripada duit itu tidak dimanfaatkan dan dimakan inflasi, lebih baik dilaburkan.

Kalau tak ada duit, lebih baik berniaga, bukan melabur. Saya tak syorkan buat pinjaman untuk beli emas melainkan orang yang susah disiplinkan diri menyimpan duit.

Mungkin dengan cara buat pinjaman dan beli emas, dapat ‘paksa’ diri menyimpan. Pelaburan emas terdedah kepada ‘risiko’ turun naik harga emas yang mungkin boleh mengganggu tidur yang lena bagi sesiapa membeli dengan duit pinjaman.

#7 Beli Emas ‘Paling Murah’, Tanpa Ambil Kira Faktor Lain

 Emas paling murah, jual balik pun murah. Emas paling murah tidak semestinya terbaik untuk pelaburan.

Emas yang dilelong di Ar-Rahnu belum tentu menguntungkan. Dakwaan ada kedai emas jual emas harga murah pun belum tentu menguntungkan. Kita kena ambil kira juga kadar spreadnya (susut nilainya), kadar upahnya, syarat-syarat jual baliknya, ketulenannya, kredibiliti pengeluar dan sebaginya.

Sebagai contoh, emas Public Gold dan Kijang Emas BNM (dijual oleh Maybank) bukanlah yang paling murah, tapi ia adalah emas berpermintaan tinggi dan mempunyai kredibiliti yang tinggi. Senang beli, senang jual balik

#8 Pajak Emas Tanpa Alasan Kukuh Tak Faham Teknik Yang Betul

 Terbukti, lebih ramai orang rugi berbanding  untung dengan memajak emas di Ar-Rahnu.

Umumnya, teknik di Ar-Rahnu hanya sesuai  2 situasi saja;

  • Harga emas turun banyak secara mendadak.
  • Duit pinjaman Ar-Rahnu digunakan untuk perkara yang menguntungkan, melebihi kos pajakan seperti untuk pusing modal bisnes.

Antara tip penting untuk memajak emas di Ar-Rahnu ialah kalau nak pajak 5 keping emas, buat 5 surat pajak supaya senang nak tebus satu persatu nanti. Ingat, 1 emas, 1 surat pajak.

Secara jujur saya kurang mahir teknik manipulasi Ar-Rahnu, kerana saya bukanlah pelabur tapi saya sebagai penyimpan emas, iaitu beli dan simpan secara berterusan tanpa dipengaruhi harga semasa.

Sahabat-sahabat nak tahu lagi cari buku Membongkar Rahsia Ar-Rahnu di MPH.

#9 Membuka Sarung Plastik Kekal

 Kebanyakan emas pelaburan di bank diletakkan dalam bungkusan plastik kekal. Kalau nak buka, terpaksa dipotong, bungkusan plastik itu akan rosak.

Emas yang diletakkan dalam plastik kekal sangat cerewet. Bank yang menjual emas tak terima untuk beli balik kalau seal dibuka (potong atau gunting), calar, kemek dan sebaginya.

Bila nak jual balik. Kalau tak boleh buka seal, maksudnya tak boleh pajak sebab Ar-Rahnu perlu buka plastik itu untuk ujian ketulenan. Kalau bank tak terima bila nak jual balik, anda akan rugi 25% sebab terpaksa jual emas tu sebagai ‘used gold’ di kedai emas.

#10 Jual Emas Di Tempat Yang Salah

Emas senang dijual di mana-mana, tapi bila jual di tempat yang salah kita akan rugi. Untuk dapatkan harga terbaik, jual semula di tempat kita beli.

Beli di Public Gold, jual semula dengan Public Gold, bukan di kedai emas atau kepada pengeluar lain.

Kalau anda jual ke kedai emas, anda akan rugi sebab mereka akan kenakan spread (susut nilai) sekitar 25%, sedangkan kalau jual semua kepada Public Gold, spreadnya cuma sekitar 6% – 9% saja.

Itu peraturan penting apabila nak jual balik apa-apa jenis emas sekalipun. Jadi sebelum beli, fahami dulu syarat jualan baik, dan spread (susut nilai) yang dikenakan oleh pengeluar/ penjual emas tersebut.

Mohamad Shafiq Rohaizad Buyong

Kuching,Sarawak

Mohd Shafiq Rohaizad Buyong

Berusia 30 tahun telah bergiat aktif sebagai dealer Public Gold sejak 2017. Telah membimbing lebih 100 penyimpan emas di Malaysia. Mempunyai impian untuk membimbing 1000 penyimpan emas yang berilmu.

2 thoughts on “10 Kesilapan Pelabur Emas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *