Jangan Berhenti Berusaha Kawan

Jangan Berhenti Berusaha Kawan

Masa sarapan pagi tadi, kucing ini datang ke meja kami.

Bising betul dia meminta makanan. Tak ada apa yang sesuai diberikan. Sekejap dia ke depan sekejap ke belakang.

Setiap antara kami dia pergi minta makanan. Seorang tak bagi dia pergi seorang lagi sampailah pada kawan saya ini.

Kawan saya ini tak cakap banyak, dia langsung ke keretanya. Saya ingatkan nak buat apa. Rupa-rupanya dia keluarkan makanan kucing lalu diberikan kepada kucing tadi.

“Aku memang beli makanan untuk dia. Nah! ada dua peket lagi dalam bonet.” Sambil dia tunjukan 2 pekej makanan kucing yang belum dibuka.

Beruntung betul tu kucing tu jumpa tuan macam kawan saya ni. Ini rezeki kucing tersebut.

Bila saya fikir ada ibrah disebalik peristiwa tadi.

Rezeki itu sangat luas sifatnya, dan kita tak tahu rezeki kita di mana dan bagaimana. Seperti juga kucing ini, dia tak tahu rezeki dia di mana dan bagaimana rezekinya akan datang tetapi dia tetap berusaha dan berusaha.

Begitu juga dengan kita, jangan berhenti berusaha. Berusaha bersungguh-sungguh mencapai kejayaan. Kita tidak tahu di mana dan bagaimana rezeki kita datang. Yang penting kita usaha kawan-kawan.

Mohd Shafiq Rohaizad Buyong

Berusia 30 tahun telah bergiat aktif sebagai dealer Public Gold sejak 2017. Telah membimbing lebih 100 penyimpan emas di Malaysia. Mempunyai impian untuk membimbing 1000 penyimpan emas yang berilmu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *