Kadangkala Kita Lupa Bisnes Itu Bukan Sekadar Pandai Buat Jualan
Dunia bisnes taklah asing dalam kehidupan saya. Ketika di sekolah menengah dulu tingkatan 1 hingga tingkatan 3 saya ada buat bisnes tempah kad nama.
Kalau seangkatan dengan saya mesti tahu kad nama yang saya maksudkan.
Saya bawa katalog kad nama pelbagai design. Sapa nak tempah isi borang. Satu set saya tak ingat berapa hargaya. Yang pastinya sesiapa yang berminat mesti borang siap bagi ucapan pada kad, nama, alamat dengan no telefon.
Ucapan masing-masing semuanya merapu haha.
Laku juga bisnes saya masa tu. Akhir sekali bungkus sebab terkantoi dengan pengawas sekolah
Habis semua kena rampas. Bermula hari itu terkuburlah bisnes kad nama saya. Itu cerita bisnes di sekolah. Lucu ada, geram pun ada.
Bila saya masuk dunia bisnes sebenar pada tanun 2017. Baru faham dunia bisenes ini bukan sekadar pandai membuat jualan semata-mata, tetapi lebih daripada itu.
Dunia bisnes ada seninya yang harus dipelajari. Salah satunya ialah restu dan doa daripada ibu bapa.
Guru saya pesan. Kalau balik kampung sebelum balik ke bandar jangan lupa pohon restu dari ibu bapa, minta doa orang tua supaya bisnes kita dipermudahkan.
Ujian dalam dunia bisnes tak menentu. Adakalanya mudah adakalanya amat sukar. Hari ini saya pegang kata-kata itu. Restu dan doa ibu bapa.
Jadi kawan-kawan yang sedang usahkan bisnes. Ada kalanya kita terlupa nikmat hasil besnes hari ini, kita sangka hasil usaha kita siang dan malam.
Tatapi hakikatnya usaha kita hanya beberapa peratus saja selebihnya dari doa orang tua kita dan rezeki dari Tuhan.
Bisnes itu bukan sekadar pandai membuat jualan tetapi seni harus dipelajari.
Mohamad Shafiq Rohaizad Buyong
Kuching