17 Tahun Sudah Mula Menyimpan Emas

17 Tahun Sudah Mula Menyimpan Emas

Semalam saya disapa seorang anak muda di facebook

Ya .. terlalu muda,

17 tahun umur beliau dan berhajat mahu mula menyimpan emas. Kalau saya dulu 17 tahun sibuk cinta cintun sana sini.

Hari ini remaja 17 tahun sudah pun mempunyai emas sendiri.

Anak muda ini sangat luar biasa. Menyimpan emas sejak umur belasan tahun.

Sekiranya beliau konsisten menyimpan bermula umurnya hari ini, saya percaya dan yakin beliau mempunyai impian yang cerah dalam kewangan.

Dapat beli rumah seawal umurnya 25 tahun, dapat capai impan hidup sebelum umur 30 tahun.

Orang lain sebaya dengan beliau masih straggle dalam kehidupan, beliau sudah pun boleh pencen awal.

Pencen bukan disebabkan umur tetapi kedudukan kewangan. Kalau kewangan kita sudah kukuh, kita boleh pencen awal dan buat apa saja pekerjaan yang kita suka.

Pencen bukan bermaksud tidak bekerja, tetap bekerja tetapi kita melakukan pekerajaan yang kita suka secara bebas.

Jika mahu pencen awal, bina kedudukan kewangan yang kukuh bermula hari ini. Mula menyimpan emas sebagai simpanan masa hadapan anda.

Mohd Shafiq Rohaizad Buyong

Berusia 30 tahun telah bergiat aktif sebagai dealer Public Gold sejak 2017. Telah membimbing lebih 100 penyimpan emas di Malaysia. Mempunyai impian untuk membimbing 1000 penyimpan emas yang berilmu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *