Jumaat, 14 Oktober 2016

Mengapa Menyimpan Emas

[kemaskini 16 Ogos 2017] Trend beli emas untuk simpanan dan pelaburan semakin popular di Malaysia ketika ini. Fenomena ini semakin meningkat dari tahun ke tahun. Jika dahulu, beli emas sekadar untuk kaum wanita saja, tapi trend itu semakin meluas sehingga emas bukan lagi terbatas untuk keperluan perhiasan wanita semata-mata.

Kemunculan reka bentuk emas berupa jongkong dan dinar telah membuka sinar baharu kepada industri emas di negara ini. Pemilikan emas bukan lagi dimonopoli untuk perhiasan kaum wanita semata-mata, tetapi industri emas telah maju ke hadapan dengan menjadikan emas sebagai aset pelaburan dan simpanan.

Tak kira tua atau muda, dan daripada latar belakang. Masyarakat ketika ini berlumba-lumba menjadikan emas sebagai aset selain, wang tunai, hartanah, dan saham.

#1 Penyusutan Nilai Wang Kertas

Penyusutan wang kertas (Ringgit Malaysia) sejak beberapa tahun kebelakangan ini akibat arus ekonomi dunia telah mengakibatkan nilai ringgit telah jatuh kepada paras yang paling rendah berbanding krisis ekonomi pada tahun 1998.
Ini telah mengakibatkan rasa kepercayaan masyarakat terhadap wang kertas sebagai penyimpan nilai semakin terhakis. Oleh itu, emas telah di jadikan jalan penyelesaian. Perkara ini turut didorong dengan sejarah harga emas yang sentiasa stabil dan semakin melonjak naik dari tahun ke tahun akibat permintaan yang tinggi daripada pengguna. Malah,emas dipercayai, mampu menangkis bencana ekonomi berbanding wang kertas.

#2 Menutup Nafsu Berbelanja

Sememangnya tabiat masyarakat kita boros berbelanja apabila ada duit di tangan. Dalam sibuk berbelanja, tidak sedar duit dalam tangan sudah tinggal RM 10.00. Jadi mengelak daripada boros berbelanja. Masyarakat hari ini menjadikan emas sebagai alternatif menutup kebocoran wang.

Salah satu sebabnya, jika duit disimpan dalam bentuk emas, perasaan sayang nak jual tersebut. Melainkan hal-hal kecemasan dan kehabisan duit tunai. Perasaan sayang nak jual emas dan suka emas membolehkan duit boleh bertahan lebih lama dan bertambah dari semasa ke semasa.

#3 Aset Mudah Dicairkan

Emas aset yang mudah dicairkan. Emas juga diterima di seluruh dunia, kerana emas dinilai berdasarkan berat dan ketulenannya. Ini kelebihan emas berbanding wang kertas. Emas diterima di semua tempat selagi emas itu emas.

#4Tahan Lama

Emas akan melebur apabila pada suhu 1083 darjah celsius. Emas bersifat kalis api dan air. Malah, emas juga akan terus bersinar walaupun disimpan  bertahun-tahun lamanya. Sifat ini tiada pada wang kertas yang kita guna hari ini.  

Mohamad Shafiq Rohaizad
Kuching 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan