Jumaat, 30 Disember 2016

Kriteria Sebelum Membeli Emas

Hari ini kita lihat sudah banyak kedai-kedai emas mahupun syarikat-syarikat yang menawarkan pembelian emas dalam bentuk dinar mahupun gold bar. Namun, sebelum kita membeli emas untuk dijadikan item pelaburan ataupun simpanan saya sarankan kita semak dahulu 5 kriteria seperti di bawah. Kriteria saya dapat dalam seminar Public Gold Syukor Hasim. 

1.    Harga rendah
2.    Spread (susut nilai) rendah
3.    Stok tiada had
4.    Cawangan tempat jual beli banyak
5.    Syarat jual beli tak cerewet

  1. Harga Rendah
Dalam mendapat harga rendah.  Cuba bandingkan harga emas tersebut dengan pengeluar emas yang lain. Harga emas yang lebih rendah adalah lebih baik kerana kita dapat membeli emas dengan kuantiti yang lebih banyak dengan bajet yang sama. Banyak pengeluar emas di Malaysia seperti Public Gold, Dinar Kelantan, Sri Ayu, Power Gold, Kelantan Gold, dan bermacam-macam lagi syarikat pengeluar emas di Malaysia.


Pesan saya seboleh-bolehnya elakkan diri daripada membeli dinar atau gold bar di kedai emas. Bukan sahaja tawaran harga yang tinggi, malah sperad harga juga tinggi antara 25-30%.  Terdapat juga kedai emas yang tidak mahu membeli semula emas yang kita beli daripada mereka jika emas tersebut calar atau sel terbuka.

  1. Spread (Susut Nilai) Rendah
Spread atau susut nilai amat penting untuk diteliti. Dari sini kita dapat mengoptimumkan keuntungan daripada jualan semua emas kita. Setiap pengeluar emas akan menetapkan susut nilai emas yang dibeli oleh mereka dari kita.

Cara pengiraan spread
harga jual - harga beli
-----------------------------           x 100
harga jual

Spread harga Dinar Emas setiap pengeluar emas yang sempat saya tinjau. Anda boleh mengira spread harga emas dinar atau gold bar setiap pengeluar emas berdasarkan cara pengiraan di atas.  Secara ringkas spread harga Public Gold, Dinar Kelantan, Sri Ayu, dan Power Gold seperti berikut:



Public Gold : 8%
Dinar Kelantan : 8%
Sri Ayu : 6%
Power Gold : 6 %

Pengiraan spread harga emas biasanya dilakukan berdasarkan harga emas semasa.

  1. Stok Tiada Had
Ini juga antara kriteria yang perlu diberi perhatian. Ada syarikat yang bermasalah daripada segi stok apabila harga emas jatuh menjunam. Secara mudah harga emas jatuh permintaan pun melonjak tinggi. Jadi ada syarikat yang tidak dapat menangani masalah ini. Jadi harga rendah pembeli tidak dapat merebut peluang keemasan tersebut. Maka makan angin keluar asaplah nampak gayanya ...

Bagi saya, antara kelebihan Public Gold adalah stok emas tiada had walaupun harga menjunam jatuh. Selain itu, harga emas di Public Gold juga akan up date setiap 20 minit dengan mengikut harga pasaran emas dunia. Misalnya jika harga murah pada pukul 12.00 tengah malam dan anda lock harga pada waktu tersebut, dan harga kembali naik keesokan harinya. Kita akan tetap membayar pada harga yang kita lock tersebut. Senang cerita kita beli emas di Public Gold dengan harga Real Time. Di sini pembeli mendapat keuntungan pada segi harga.

  1. Cawangan Tempat Jual Beli Yang Banyak
Antara sebab saya suka berurusan dengan Public Gold ialah, Public Gold mempunyai cawangan yang banyak di seluruh Malaysia. Jadi, sesiapa pun boleh membeli dan menjual emas kepada Public Gold dengan mudah. Public Gold mempunyai 18 cawangan seluruh Malaysia.

Dalam pemerhatian saya beberapa buah syarikat pengeluar emas di Malaysia. Mereka tidak mempunyai banyak cawangan. Sebagai contoh Kelantan Gold tidak mempunyai cawangan tetapi hanya bergantung pada ejen mereka. Manakala Sri Ayu pula hanya mempunyai cawangan di Jertih, Kuala Kangsar, dan Kuantan. Walaupun mereka mempunyai ejen seluruh negara, kita tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada ejen. Lebih baik kita berurusan terus dengan syarikat berkenaan. Kita pun puas hati.

Yang saya nampak kelebihan Public Gold ialah, mereka mempunyai cawangan yang banyak dan merangkumi setiap negeri. Jadi mudah kita berurusan jual beli emas tanpa bergantung 100% dengan ejen.

  1. Syarat Jual Beli Tak Cerewet
Inilah kriteria yang paling penting. Kalau nak cari syarikat jual emas pastikan syarikat tersebut memberi jaminan untuk beli semula emas yang jual kepada kita dalam apa keadaan sekalipun. Calar, kemek, atau sel terbuka. Jika syarikat tersebut tidak dapat memberi jaminan yang dinyatakan. Saya nasihatkan jangan beli dengan mereka kerana kita akan rugi 25-30% sebab terpaksa jual emas itu di kedai emas.

Gold Bar 20 g yang calar. Public Gold tetap beli 

Saya rasa, 5 kriteria sudah memadai untuk mempertimbangkan untuk kita menilai sebelum kita membeli emas daripada sesebuah syarikat pengeluar emas. Bagai saya setiap syarikat pengeluar emas mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri. Tetapi dalam banyak-banyak syarikat terbabit Public Gold boleh saya bagi 5 bintang kerana hampir memenuhi 5 kriteria di atas. 


kredit gambar: www.zulkifli dot com 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan