Selasa, 17 Januari 2017

Beli Barang Kemas Bernilai Tinggi

Saya ada kata tak untung jadikan barang kemas sebagai aset pelaburan, itu betul. Boleh saya katakan barang kemas terlalu banyak ragam untuk dijadikan sebagai aset pelaburan berbanding golf bar dan dinar.
Tetapi menjadikan barang kemas sebagai aset pelaburan kena pada cara, sebenarnya boleh jana keuntungan. Sambil a pakai, sambil jana keuntungan. Sambil menyelam minum air.

Cara  jana keuntungan daripada barang kemas:

1. Beli barang kemas yang padu dan tebal
Sebelum anda membeli barang kemas, pastikan anda membeli barang kemas yang padu dan tebal. Ini disebabkan barang kemas yang padu lebih tahan lasak, tidak mudah terputus, dan mempunyai ketumpatan padu. Ini penting sekiranya anda mahu memajakkan barang kemas tersebu. Barang kemas yang padu memudahkan proses penilaian ketulenan dengan menggunakan alat yang diberi nama densimeter.

Rantai tangan yang tebal dan padu

2. Pilih barang kemas tiada batu permata
Jika anda membeli barang kemas, saya syorkan jangan beli yang ada batu permata. Ini disebabkan barang kemas yang ada batu permata tidak boleh diuji dengan alat densimeter. Lagi satu masalah barang kemas yang ada batu permata ini, jika mahu jual balik, nilainya sangat rendah, dan dinilai berdasarkan berat sahaja. Jika mahu juga beli barang kemas yang ada batu permata, pastikan ia anda tiada niat untuk menjual semula barang kemas tersebut. Sekiranya was-was, balik beli barang kemas yang tiada batu permata.


3. Pilih Kedai Harga Terbaik
Seperti kita ketahui, nilai susut nilai barang kemas antara 25-30%. Jadi untuk mendapat untung yang lebih kompetitif. Tidak salah anda bekerja sedikit dengan bertanya beberapa buah kedai. Mungkin ada kedai yang boleh membeli dengan harga susut nilai di bawah 15%.

4. Beli Barang Kemas 916 ke atas
Beli barang kemas 999 atau 916. Jangan beli barang kemas di bawah 916 kerana kandungan emas yang sedikit. Kebalikan jika membeli barang kemas 999 atau 916, sekiranya kes kecemasan barang kemas ini boleh dipajakkan dengan nilai yang lebih tinggi.



Kredit gambar: hargaemas.com.my 
                        mall.shopee.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan