Selasa, 3 Januari 2017

Cara Membeli Emas Public Gold (Online)

[kemaskini 16 ogos 2017] Bagi saya, setakat hari ini, cara paling mudah nak beli emas adalah dengan Public Gold. 

Public Gold ada menyediakan cara beli emas secara online dan boleh diambil di mana-mana cawangan Public Gold seluruh Malaysia.

Di sini, saya tunjukan cara beli emas Public Gold secara online. Selepas ini bolehlah buat belian sendiri.

Langkah 1: Daftar di laman web Public Gold
Langkah 2: Buat tempahan
Langkah 3: Buat bayaran
Langkah 4: Ambil emas

Langkah 1: Daftar Di Laman Web Public Gold


Lengkapkan maklumat yang diperlukan seperti gambar atas. Masukan PG Kod introducer iaitu dealer anda. Dealer ini akan bantu anda untuk berhubung dengan Public Gold sekiranya perlu. 

Jika mahu saya jadi introducer anda, masukan saya PG Kod saya iaitu 00059788. Pastikan keluar nama saya Mohamad Shafiq Rohaizad bin Buyong. Untuk makluman, introducer tidak boleh ditukar setelah membuat pendaftaran. 

Pastkan anda fikir betul-betul dealer yang anda percaya dan boleh membantu anda, ketika anda memerlukan perkhidmatan dealer tersebut. 

Setelah selesai membuat pendaftaran. Sila buka e-mel anda. Public Gold akan hantar e-mel link pengaktifan akaun. Klik link tersebut. Akaun anda sudah sedia untuk membuat tempahan.

Penting: Anda perlu membuat pembelian pertama dalam masa 48 jam daripada jangka masa pengaktifan akaun. 


Sekiranya tidak, akaun anda akan dilupuskan oleh Public Gold dan anda perlu mendaftar semula. Setelah melakukan pembelian pertama, akaun anda akan berstatus pelanggan tetap atau permanent customer account.

Langkah 2: Membuat Tempahan


Pilih Outlet atau branch (cawangan) Public Gold yang terdekat dengan tempat tinggal anda. Pilih dahulu branch baru pilih kuantiti dan item emas yang ingin dibeli.


Pilih Myself untuk pembelian diri sendiri. Pilih Payment to Bank Option, bagi tujuan pembayaran. Boleh pilih Maybank atau Public bank. Kemudian klik next.

Jika mahu saya oderkan, sila wasapkan nama penuh, e-mel, no kad pengenalan, no telefon, dan tempat tinggal atau tempat kerja. Mudah untuk saya kenal pasti cawangan Public Gold yang terdekat untuk anda ambil emas nanti.

Semak semua maklumat supaya betul. Jika berlaku kesilapan. proses pembetualan mengambil sedikit masa. Setelah berpuas hati. Klik submit oder.

Setelah Oder diterima oleh Public Gold. Satu Profoma Invoice akan dipaparkan seperti gambar di atas. Terdapat nombor oder dan maklumat bank Public Gold. Profoma yang sama akan dihantar ke e-mel anda secara on the spot.

Langkah 3: Buat Bayaran
Contoh Profoma yang dihantar ke e-mel anda  untuk mengesahkan tempahan yang dibuat. 

Maklumat penting ialah Nombor oder dan PG Kod (nombor pendaftran kita dengan Public Gold) sebagai rujukan.

Buat bayaran. Pilih salah satu no akaun berikut:

5071-3410-4563 (Maybank)
3167-52-0833 (Public Bank)

Buat bayaran ke Public Gold selewat-lewatnya 4 hari daripada tempahan dibuat. Simpan dan bawa resit bayaran ini semasa ambil emas nanti. 

Staf Public Gold akan minta resit bayaran dan profoma invoice untuk buat semakan sebelum menyerahkan emas yang ditempah. Bawa resit asal bukan yang di fotostat.

Setelah bayaran dijelaskan. E-melkan slip ke payment@publicgold.com.my, lampirkan sekali bukti Profoma Invoice. Catatkan dalam e-mel nombor oder dan PG Kod anda.

Jika bayaran tidak diterima dalam jangka 10 hari, Public Gold akan kenakan penalti 5% dan nama akan disenarai hitamkan. 

Langkah 4: Ambil Emas
Setelah bayaran dijelaskan dan resit bayaran telah di e-melkan. Telefon cawangan Public Gold yang telah dipilih dalam oder tadi. Tanyakan stok sudah ada atau belum. Jika stok belum sampai dari HQ minta mereka telefon anda semula untuk ambil emas yang telah ditempah. 

Emas yang telah ditempah boleh diambil dalam jangka masa 2 bulan dari tarikh tempahan dibuat. Sekiranya selepas 2 bulan emas yang ditempah tidak diambil, Public Gold akan kenakan 1% setahun upah simpanan. 

Telefon dulu sebelum datang pejabat Public Gold, katakan mahu ambil emas supaya anda tidak menunggu lama. Kadang kala pejabat Public Gold agak ramai orang. Jangan lupa, bawa sekali resit asal pembayaran, Profoma Invoice.

Semoga 4 langkah ini memudahkan anda membeli emas di Public Gold. Selamat membeli.

Mohamad Shafiq Rohaizad bin Buyong
PG 00059788
013 3235478
rohaizad255@gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan