Isnin, 30 Januari 2017

Keistimewaan Emas Berstatus LBMA

Status LBMA pada dinar emas Public Gold
Apa itu LBMA? Sebagai pembeli, penyimpan, mahupun pelabur emas. Seboleh-bolehnya kita perlu juga ambil tahun serba sedikit tentang emas LBMA ini. Saya cuba memberi penerangan berkenaan LBMA ini dengan seringkas yang boleh dan menggunakan bahasa yang mudah supaya kita sama-sama memahami emas berstatus LBMA dengan lebih jelas  dan mengetahui keistewaanya.
Baiklah. Apakah yang dimaksudkan dengan LBMA? Secara mudanya LBMA dapat didefinisikan sebagai London Bullion Market Association, iaitu sebuah badan yang berpusat di Landon yang berperanan dalam menentukan pasaran emas dan perak di seluruh dunia bermula daripada aspek harga, ketulenan, kualiti, penghantaran, standard dan sebagainya.
Laman web LBMA
LBMA di tubuhkan pada tahun 1987 oleh Bank Of England dan keahlian sehingga kini lebih kurang 145 buah syarikat terdiri daripada pelombong, bank, pelabur, pelebur, pembekal dan pengilang emas seluruh dunia.
Tidak semua syarikat pengeluar emas yang dapat bernaung di bawah LBMA. Hanya syarikat pengeluar emas yang benar kukuh sahaja yang diterima bernaung di bawah LBMA. Salah sebuah syarikat pengeluar emas bernaung di bawah LBMA ialah Nadir Matel Refinery (NMR) yang berpangkalan di Tukri. Nadir Matel adalah kilang yang membuat emas untuk Public Gold.
Public gold hanyalah pengedar yang menggunakan platform kilang Nadir Metal yang menggunakan jenamanya sendiri iaitu Public Gold tetapi material emas dan kualiti adalah dari Nadir Metal itu sendiri.
laman web Nadir Matel Refinery (NMR)

Setakat hari ini, hanya emas keluaran Public Gold sahaja berstatus LBMA di Malaysia.

Kelebihan emas LMBA Public Gold

  1. Pembeli tidak dikenakan bayaran cukai GST sebanyak 6% kerana ia emas 999 bertujuan simpanan dan pelaburan.
  2. Emas Public Gold diiktiraf peringkat antarabangsa. Maksudnya jika mahu jual semula di luar negara, ia diterima dengan harga yang lebih tinggi daripada emas yang tiada status LBMA.
  3. Emas keluaran Public Gold sangat cantik, dan kelihatan berkualiti tinggi.
Kekurangan emas LBMA Public Gold

  1. Emas Public Gold berseal kekal. Jika seal ini terbuka. Public Gold hanya akan membeli semula sebagai emas terpakai dengan spread harga sekitar 10%. Jika tidak terbuka seal, susut nilai cuma setinggi 8% sahaja.
  2. Emas Public Gold diterima oleh kebanyakan Ar-Rahnu, tapi kebanyakan Ar-Rahnu mensyaratkan seal tu mesti dibuka untuk ujian ketulenan. Kalau buka, maksudnya kita rugi susut nilai 10%. Buat masa ni, cuma Ar-Rahnu Pos Malaysia sahaja yang terima emas Public Gold tanpa perlu buka seal.
  3. Susut nilai lebih tinggi sedikit.
  4. Gold premium lebih tinggi sedikit
Semoga sedikit penerangan ini ada ilmu di dalamnya. 

2 ulasan:

  1. ciktom pun ahli PG..seronok simpan koleksi emas dari PG sebab kadnya cantik dan menarik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betu tu cik tom ... emas seronok disimpan, wang seronok dibelanjakan. ada masa jangan lupa hadir seminar-seminar emas PG. banyak ilmu disitu...

      Padam