Jumaat, 6 Januari 2017

Menambah GAP Public Gold

[kemaskini 7 ogos 2017] Apabila kali pertama membuat pembelian emas secara akaun Gold Accmulation Program. Sahabat-sahabat perlu menggunakan kaedah manual, iaitu wasapkan maklumat pembelian dan maklumat diri kepada Public Gold. Tunggu 2 hari bekerja untuk Public Gold membuka akaun GAP sahabat-sahabat.

Public Gold akan hantar username ke alamat e-mel shabat-sahabat untuk memudahkan login pada masa akan datang. Jika sahabat-sahabat pembeli kali pertama, sila ikutpanduan simpan dan kumpul emas akaun GAP.

Untuk pembelian kedua dan seterusnya, tak perlu lagi wasapkan maklumat kepada Public Gold, hanya perlu upload slip bayaran di dalam website GAP. Kecuali sahabat-sahabat tiada kemudahan internet, bolehlah guna kaedah wasap tersebut.

Jika guna kaedah website, tak perlu lagi wasap maklumat pembelian ke Public Gold. Nanti maklumat pembelian sahabat-sahabat bertindan antara maklumat yang diwasapkan dengan maklumat dalam website.  Menyukarkan staf Public Gold mengemaskini akaun sahabat-sahabat.

Cara Menambah Belian Secara Website

Langkah 1: 
Rujuk semasa harga GAP. Contoh harga ini RM182 untuk 1 gram. Masukan ke dalam akaun Public Gold. 5571 3923 8048 (Maybank), atau 3167 52 0833 (Public Bank). Pilih salah satu akaun tersebut.

Langkah 2: 
Login akaun PG anda. Masukan username dan password.


Langkah 3: 
Klik My GAP. Anda akan dibawa ke website GAP seperti di bawah. Klik purchase.


Langkah 4:

#1 Masukan jumlah pembelian. Contohnya harga hari ini RM 182.
#2 Masukan Referance Number pada slip bayaran.
#3 Upload slip bayaran pada kotak Attachment Bank-in slip.
#4 Klik Request

Setelah selesai. Pembelian akan tercatat Request. Tunggu 2 hari bekerja untuk pihak Public Gold kemas kini akaun GAP anda. 

Sekiranya selepas 2 hari, Tiada tindakan daripada pihak Public Gold. Sila hubungi cawangan Public Gold terdekat untuk mereka membuat semakan.

Selamat menabung dalam emas GAP.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan