Jumaat, 6 Januari 2017

3 Posisi Dalam Pelaburan Emas

[Kemaskini 14 Julai 2017]
Sebenarnya sering berlaku kekeliruan dalam kalangan pelabur emas.

Persoalan yang sering ditimbulkan:

#1 Waktu sesuai beli emas? Beli sekarang atau tunggu harga turun.

#2 Waktu sesuai jual emas? Jual sekarang atau tunggu harga naik. Kalau harga naik, dapat tak gandakan emas seperit belian pertama.

#3 Item terbaik. Gold bar, dinar, atau emas perhiasan.

Kekeliruan ini sebenarnya biasa berlaku dalam kalangan pelabur emas. 

Ini disebabkan kita belum jelas kedudukan sebenar kita dalam pelaburan ini. 

Kita umpama berada di persimpangan jalan. Justeru, tetapkan posisi kita terlebih dahulu. Setkan minda anda.

Tetapkan Posisi Kita

Tatapan posisi kita sebagai:

#1 Penyimpan
#2 Pelabur
#3 Peniaga

Penyimpan Emas

Golongan penyimpan emas, mereka tidak fikir soal harga emas naik atau turun, kerana golongan ini membeli emas bukan untuk pelaburan, tetapi sebagai simpangan dan digunakan ketika kecemasan.

Golongan  ini lebih fokus untuk mengumpul jumlah gram dalam simpanan berbanding nilai RM. 

Mereka tak kisah berapa harga emas.  Naik atau turun. Golongan ini tetap membeli dan terus membeli sebagai simpanan.  Fokus mereka adalah menambah jumlah gram dalam simpanan.

Bila harga emas jatuh, satu bonus kepada golongan ini untuk tambah lagi jumlah simpanan sedia ada. 

ini saya simpulkan beli, beli, beli, tanpa ambil berat soal turun naik harga.

Pelabur Emas

Bagi golongan pelabur. Mereka lebih pentingkan nilai RM berbanding gram

Matlamat mereka ialah menggandakan nilai RM dan ambil untung daripada kenaikan harga emas. Fokus mereka ialah RM berbanding gram.

Contoh:

Andaikan anda ada RM5,000. Bermodalkan RM 5,000 itu, anda  beli 30 gram emas. Kemudian harga emas melonjak dari RM 5,000 sehingga RM8,000. Anda jual kembali emas tadi. RM 8,000 - RM 5,000 = RM 3,000. 

Anda sudah untung sebanyak RM3,000.

Kemudian bermodalkan RM5,000 tadi anda buat belian pusingan kedua. 

Jual kembali apabila harga emas naik. Ingat! RM5,000 tadi mungkin anda hanya dapat 25 gram tadi saja. Fokus anda bukan penggandaan gram tetapi penggandaan RM. 

Tidak kisahlah beberapa gram yang dapat, asalkan modal RM5,000.

Golongan ini lebih melihat prestasi harga emas. Jual bila harga  tinggi, beli bila harga  rendah. Untuk jadi pelabur emas yang berjaya anda perlu mendalami teknik analisis teknikal harga emas. http://shufaad.com/

Penyimpan + Peniaga Emas

Menyimpan, dalam pada masa yang sama berniaga emas. Golongan ini memberi fokus kepada pergandaan gram dan nilai RM

Biasanya golongan ini adalah dealar sesebuah syarikat pengeluar emas. Mempunyai 2 matlamat iaitu menggandakan gram dalam simpanan da RM

Menggandakan nilai RM melalui jualan emas. Keuntungan itu digunakan untuk membeli emas dan menggandakan gram dalam simpanan

Oleh itu, jernihkan kekeliruan kita. Masukan diri anda dalam golongan mana. 

Penyimpan, Pelabur, atau Penyimpan + Peniaga. 



Rasanya faham tak setaka ini? Bolehkan ... 

kredit gambar: /renoismanto.wordpress.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan