Rabu, 25 Januari 2017

Risiko Pelaburan Emas Fizikal

Sebenarnya dalam mana-mana pelaburan sekali pun terdapat risiko. Hal ini tidak terkecuali juga dengan pelaburan emas fizikal. Bohong kalau saya katakan pelaburan emas tiada risiko. Risiko tetap ada, tetapi boleh saya katakan risiko pelaburan emas tidaklah sebesar risiko pelaburan-pelaburan lain seperti pelaburan hartanah, saham, dan sebagainya.

  1. Risiko Tidak Berilmu
Dalam apa-apa yang kita lakukan. Yang pertama sekali mesti ada ilmu. Bab ilmu saya amat tekankan kerana ilmu ibarat cahaya yang menerangi kegelapan malam. Begitulah pentingnya ilmu. Tanpa ilmu, kita umpama berjalan dalam lorong yang gelap. Dalam hal pelaburan emas juga.
Sebelum kita bermula, cari ilmu terlebih dahulu. Ilmu itu akan memandu kita untuk menjadi pelabur yang berjaya kelak. Tidak susah kalau mahu cari ilmu sekarang ini. Terlalu banyak buku dan website-website yang menceritakan tentang pelaburan emas. Tetapi harus kita ingat! Dapatkan ilmu daripada guru dan sumber yang betul.
Bagi yang baru hendak bermula, saya syorkan untuk anda dapat buku Azizi Ali Masa Untuk Emas dan Syukor Hashim Menyinkap Rahsia Pelaburan Emas . Selain itu, boleh juga datang ke seminar-seminar anjuran Public Gold. Seminar ini percuma. Hadir dan timbalah ilmu sebanyak mungkin.
           

  1. Risiko Syarikat Emas Gulung Tikar
Jangan risau kalau syarikat pengeluar emas gulung tikar, kerana emas laku di mana-mana. Pelaburan emas fizikal seperti membeli barang kemas di kedai-kedai emas. Emas itu ada di tangan kita. Sama ada kedai pengeluar lingkup ataupun maju sekalipun, yang paling penting, kita pegang emas fizikal. Emas ada di tangan kita. Nilai kekayaan kita bukan lagi terletak pada kedai tu, tapi terletak pada nilai berat dan ketulenan emas itu sendiri. Tetapi jika syarikat pengeluar emas itu masih ada, lagi bagus, kita dapat lebih banyak manfaat dari segi jual balik. Itu sahaja.

  1. Risiko Salah Tempat Jual Balik
Kalau mahu susut nilai lebih nipis dan untuk  untung maksimum. Bagus jual semula pada pengeluar. Seperti contoh, kalau beli dinar atau gold bar dari Public Gold, jual semula kepada Public Gold atau dealer-dealer mereka. Susut nilai emas Public Gold yang dijual semula antara 8-10% berbanding dijual di kedai emas 25-30%.

  1. Risiko Harga Emas Turun
Harga emas turun mesti ada. Harga emas naik mesti ada. Yang pasti harga emas tidak akan statik. Pasti ada naik turunnya. Risiko ini perlu diambil maklum oleh semua pelabur emas. Sering kali saya beritahu sahabat-sahabat yang mahu melabur dalam emas bahawa pelaburan emas ini, pelaburan jangka sederhana atau panjang. Pelaburan ini tidak sesuai untuk dijadikan pelaburan jangka pendek. Jika mahu membeli emas, pasti duit yang hendak digunakan membeli emas tersebut, tidak digunakan dalam jangka masa 1 tahun atau 2 tahun. Jika ada rasa-rasa mahu guna duit tersebut dalam jangka masa terdekat, elok simpan dalam bentuk wang kertas. Jika anda beli emas nanti, buat harga emas turun. Nanti anda rugi dan kecewa.

  1. Risiko Emas Hilang
Risiko emas hilang mungkin ada. Ini disebabkan terlupa di mana kita letak emas tersebut atau dicuri. Untuk kes-kes bimbang dicuri. Public Gold ada menyediakan perkhidmatan kotak simpanan emas yang dikenali Public Safe. Kalau tidak mahu menggunakan perkhidmatan Public Safe, anda boleh menggunakan kotak simpanan syarikat swasta seperti Royal Safe Deposit Boxes, atau disimpan di bank-bank. 

  1. Risiko Ditipu Semasa Membeli Emas
Ditipu semasa urusan membeli emas sememangnya ada sekiranya kita tersalah memilih dealer mahupun syarikat pengeluar emas. Bentuk penipuan ini bermacam-macam cara. Ditambah pula, instrumen pelaburan emas semakin mendapat perhatian masyarakat ketika ini. Oleh itu, saya nasihatkan pilih dealar yang anda percaya untuk urusan membeli emas. Jika di Public Gold, anda boleh membeli emas secara terus tanpa melalui dealar. Tetapi anda perlu juga meletakkan nama dealar anda sebagai introducer. Jika mahu saya jadi dealer anda, boleh letak kod saya PG00059788, Mohamad Shafiq Rohaizad Buyong. Dealer yang dinamakan bertanggungjawab membantu anda sekiranya perlu. Jadi pilihlah dealar yang benar-benar anda percaya dan sesuai berurusan dengan anda.  

  1. Risiko Syarikat Pengeluar Tidak Mampu Membeli Semula Emas
Sebenarnya ada syarikat yang mampu menjual emas, tetapi tidak mampu membeli semula emas. Kenyataan ini ada benarnya, apabila Encik Zulkefli Master Dealer Public Gold ada menceritakan dalam blognya Zulkefli Dot Com apabila seorang pelanggan yang membeli emas bernilai RM3 juta daripada syarikat X, dan pelanggan tersebut ingin menjual semula emas miliknya, tetapi syarikat X enggan membeli  emas tersebut kerana tidak mampu membayar nilai yang begitu besar. Kesimpulannya, ada syarikat pengeluar emas mampu menjual emas, tetapi belum tentu  membeli semula emas daripada kita. Jadi lihat semula 5 kriteria sebelum membeli emas secara keseluruhan sebelum sahabat-sahabat membeli emas daripada sesebuah syarikat pengeluar emas.


 kredit gambar: http://www.emellia.com/
                         http://jutawanemas.com/
                         http://www.sabreehussin.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan