Selasa, 10 Januari 2017

Seminar Emas Public Gold


Emas ialah logam istimewa yang Tuhan jadikan untuk manusia. Ia bukan sahaja dianggap sebagai simbol kekayaan, tetapi ia juga boleh dijadikan salah satu daripada alat dalam membina kekayaan.
Namun begitu, ilmu tentang emas tidak pernah diajar di sekolah mahupun di universiti. Masyarakat umum masih belum terdedah cara yang betul memanfaatkan emas sehinggakan ramai yang terjebak dalam skim cepat kaya bertopengkan emas.

Tidak Diajar Di Sekolah dan Universiti

Bagi mereka yang melabur dalam emas tanpa ilmu pula, mereka sering dilanda rasa susah hati. Bila harga turun, mereka rasa susah hati. Bila harga naik pun rasa susah hati. Puncanya ialah tiada ilmu yang betul. Orang yang melabur dengan ilmu, mereka tahu apa yang mereka buat. Mereka tahu strategi yang betul walau apa juga keadaan harga emas.
Dari satu aspek yang lain, terdapat golongan yang agak ekstrem dengan emas. Ada golongan yang menganggap emas adalah segala-galanya hingga merendahkan fungsi duit kertas serta instrumen kewangan yang lain. Terdapat juga satu lagi golongan yang menafikan terus kepentingan emas dalam konteks membina kekayaan.

Seminar ini akan mendedahkan:

  1. Bagaimana emas dapat membantu membina kekayaan?
  2. 10 cara memanfaatkan emas selain dari “buy low sell high”.
  3. Apakah keistimewaan emas dalam konteks kewangan?
  4. Apakah posisi sesuai dalam pelaburan emas berdasarkan tahap kewangan peribadi seseorang?
  5. Apakah kriteria yang perlu diambil kira dalam memilih emas yang betul sebagai simpanan dan pelaburan supaya ia dapat dijual pada harga yang lebih tinggi suatu hari nanti?
  6. Bagaimana cara memulakan pelaburan emas dengan betul?
  7. Bagi memberi kesedaran kepada masyarakat kepentingan menyimpan emas.

Tempoh Seminar

2 jam

Tarikh dan Tempat


Yuran

PERCUMA (ditaja oleh Public Gold), kecuali seminar yang dianjurkan oleh individu dengan kerjasama Public Gold, ada sedikit caj  dikenakan untuk kos mengendalikan seminar.

Apa Dalam Seminar?

1# ILMU EMAS

Selain mendengar talk tentang asas emas, anda berpeluang tanya apa sahaja tentang emas dengan penceramah. Kalau segan tanya dalam seminar, boleh ambil masa bertanya secara peribadi terus kepada penceramah lepas habis seminar.

2# BELI EMAS 0.5 GRAM HARGA MURAH 

Akan diadakan jualan gold bar 0.5 gram pada harga murah. Harga itu hanya dalam seminar sahaja. Biasanya, dealer-dealer pun ambil kesempatan borong gold bar 0.5 gram dalam seminar. Itu peluang bagus untuk bermula.

3# PROMOSI JADI DEALER

Akan ada promosi jadi dealer Public Gold dengan bajet serendah RM10,000 sahaja. Jadi siap-siapkan duit awal-awal dalam akaun untuk grab promosi tu. Kalau berminat, transfer sahaja duit terus ke akaun Public Gold.

4# CABUTAN BERTUAH EMAS

Siapa yang grab promosi #2 di atas, berpeluang cabutan bertuah gold bar 0.5 gram. Siapa dapat, ia seolah-olah beli 1 percuma 1! Bagi yang tak beli promosi #2, masih berpelung menangi cabutan bertuah berupa barangan aksesori keluaran Public Gold.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan