Rabu, 4 Januari 2017

Simpan & Kumpul Emas Akaun GAP

[Kemaskini 3 Ogos  2017] Sejak akhir-akhir ini saya lihat, dah ramai yang berminat nak simpan  emas. 


Mungkin juga disebabkan kesedaran kepentingan menyimpan emas dan fenomena kejatuhan nilai ringgit sejak beberapa tahun ni.

Bagi saya, ini sesuatu baik, tapi tidak semua yang berpeluang membeli sekeping gold bar atau syiling dinar yang harganya agak tinggi. 

Kalau ada pun, gold bar 1 gram harganya boleh mencecah RM250 - RM300 sekeping.

Jadi, bagi membantu lebih ramai dapat menyimpan emas. Public Gold telah membuka sebuah akaun emas yang dikenali Gold Accmulation Program (GAP). 

Akaun GAP ini seperti akaun-akaun emas di bank-bank, tetapi bezanya, GAP kita boleh keluarkan emas fizikal dalam pelbagai bentuk yang kita suka.

Kelebihan GAP

  • Boleh beli emas ketulenan Au 999.9 dengan bajet minimum 1 gram.
  • Simpan emas dengan Public Gold secara percuma. Tanpa had masa, jumlah emas yang dibeli. 
  • Tiada yuran simpanan dikenakan.
  • Boleh tambah simpanan emas bila-bila masa. 
  • Tiada sebarang syarat wajib beli setiap bulan atau jumlah tertentu setiap bulan. 
  • Minimum pembelian 0.5 gram atau RM 100
  • Boleh keluarkan emas fizikal serendah 1 gram di mana-mana cawangan Public Gold seluruh negera.
  • Boleh keluarkan semua emas dalam akaun GAP bila-bila masa. Cuma, kalau tidak tinggalkan baki 1 gram, akaun GAP dianggap tidak aktif. Bila nak aktifkan semula, akan kenakan caj RM50.
  • Urus niaga 24 jam sehari, 7 hari  seminggu, 365 hari setahun. 
  • Boleh beli secara online, dan jual pun secara online.
  • Setiap pengeluaran emas fizikal akan dikenakan caj "gold permium" sebagaimana belian biasa

Manfaat GAP

  1. Dapat simpan emas walaupun  bajet RM100 -200
  2. Dapat simpan emas secara konsisten setiap bulan
  3. Boleh keluarkan emas fizikal dalam pelbagai bentuk dinar atau gol bar
  4. Dapat simpan emas walaupun jauh dari cawangan Public Gold
  5. Buka akaun GAP percuma.

Cara Buka Akaun GAP

Langkah 1 : 
Masukan duit ke dalam akaun Public Gold mengikut pergram harga dalam www.publicgold.com.my. Jika hari ini harga RM182. Masukan cukup-cukup RM191. Jangan lebih atau kurang.

No. akaun 5571 3923 8048 (Maybank), atau 3167 52 0833 (Public Bank), atas nama “Public Gold Marketing Sdn. Bhd”. Seelok-eloknya guna internet online banking lebih mudah.

Langkah 2: 
Hantar maklumat ke Public Gold. Dalam 2 cara. Menggunakan aplikasi wasap atau e-mel. Jika guna wasap. Hantar ke nombor 017-678 8916. Jika guna e-mel. E-mel ke gap@publicgold.com.my Sertakan slip bayaran dan maklumat berikut.

Pembeli baharu:
New Public Gold 
Nama: 
No Kad Pengenalan: 
No telefon:
E-mel: 
Jumlah Bayaran:
Tarikh: 
Masa:
Introducer: 

Pembeli sudah berdaftar dengan Public Gold
PG  (kod PG anda)
Nama :
No Kad Pengenalan :
No telefon :
E-mel :
Jumlah Bayaran :
Tarikh :
Masa :
Introducer :

Letakan nama dealar anda sebagai introducer. Penting kerana dealar akan bantu anda untuk buat susulan dengan Public Gold sekiranya perlu.

Jika tiada introducer dan mahu saya jadi introducer anda, letakan PG Kod saya PG00059788 Mohamad Shafiq Rohaizad bin BuyongJika guna, e-mel cc juga kepada saya rohaizad255@gmail.com untuk saya bantu buat susulan dengan Public Gold sekiranya perlu.

Langkah3: 
Public Gold akan hantar username untuk login dalam website Public Gold. Biasanya penyata pembelian GAP dapat disemak dalam masa 2 hari bekerja. Jika tiada, sila hubungi saya untuk saya buat susulan dengan Public Gold.

Kalau mahu keluarkan emas dalam akaun GAP, hanya perlu pergi mana-mana cawangan Public Gold bawa ic dan duit untuk bayaran permium emas yang hendak anda keluarkan. 


Antara item emas yang boleh anda keluarkan dari akaun GAP.

item emas yang boleh dikeluarkan dari akaun GAP


Tiada ulasan:

Catat Ulasan