Selasa, 7 Februari 2017

10 Kesilapan Pelabur Emas

Saya ingin berkongsi kepada sahabat-sahabat tentang 10 kesilapan yang biasa dilakukan oleh pelabur mahupun penyimpan emas.  

Artikel 10 Kesilapan Pelabur Emas ini merupakan artikel asal daripada Tuan Zulkefli Master Dealer Public Gold. Saya sudah mendapat kebenaran daripada beliau untuk menyiarkan kembali artikel ini dalam blog saya. Artikel ini sedikit berbeza daripada artikel asal kerana saya telah membuat penambah beberapa maklumat yang membolehkan sahabat-sahabat mendapat input yang lebih mantap.

Moga ada ilmu di dalamnya.

Kesilapan 1# Melabur Ikut-Ikut Tanpa Ilmu

Bukan emas itu yang membuatkan kita kaya, tapi Ilmu tentang emas itu yang  membuatkan kita kaya. Lagi tinggi ilmu, lagi banyak untung yang akan kita dapat. Walaupun, dalam mana-mana pelaburan sekalipun. Banyakkan membaca artikel-artikel tentang emas atau sekurang-kurangnya baca sebuah buku pelaburan emas yang berkredibiliti sebelum bermula. Saya cadangkan sahabat-sahabat membaca buku Masa Untuk Emas tulisan Azizi Ali dan Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas tulisan Encik Syukor Hashim. Inilah dua buah buku yang banyak membantu saya dalam memahami pelaburan emas. Selain itu, datanglah mana-mana seminar tentang pelaburan emas untuk belajar terus dari yang pakar. Public Gold juga ada mengadakan seminar pelaburan emas setiap bulan. Rajin-rajinlah ke website Public Gold atau blog ini. Insyallah saya akan memaklumkan seminar-seminar Public Gold melalui blog ini atau FB saya. 

Kesilapan2# Tunggu Harga Emas Paling Rendah Untuk Buat Belian Pertama

Anda tidak akan faham bilamana harga emas rendah, harga emas tinggi, selagi anda belum buat belian pertama. Hal ini disebabkan, anda belum ada benchmark (penanda aras) tersendiri. Cara yang paling baik adalah beli dulu sekurang-kurangnya sekeping syiling 1 dinar, dan lepas itu barulah boleh monitor perkembangan harga. Untuk makluman anda, penganalisis teknikal harga emas yang paling pakar sekalipun tak tahu bila harga emas paling rendah. Apatah lagi kita orang biasa.

Kesilapan 3# Membeli Barang Kemas

Barang kemas Perhiasan kurang sesuai untuk Pelaburan. Barang kemas dikeluarkan tujuan untuk cantik dan menarik. Sedangkan emas pelaburan dikeluarkan untuk tujuan menjana keuntungan.

(1) Harga emas perhiasan lebih tinggi daripada emas pelaburan.
(2) kos upahnya boleh di manipulasi oleh pekedai emas.  
(3) Spread atau susut nilainya juga tinggi bila nak jual balik, iaitu sekitar 25%. Barang kemas kurang sesuai untuk pelaburan.

Kesilapan 4# Membeli Emas Pelaburan Di Kedai Emas

Harganya lebih tinggi daripada emas pelaburan lain sebab ia dijual mengikut harga Persatuan Pekedai Emas i.e. www.fgjam.org.my, dan banyak syarat yang cerewet seperti tak boleh buka seal (plastik kekal) dan tak boleh hilang resit dsb. Kalau buka seal, emas tu dianggap sebagai “used gold” dengan susut nilai sekitar 25%!. Syarat jual balik emas Poh Kong. Mesti ada resit, dan seal berkeadaan baik.

Kesilapan 5# Beli Emas Dengan Duit Yang Nak Digunakan Dalam Masa Terdekat

Emas ialah pelaburan jangka sederhana dan jangka panjang. Minimum setahun. Kalau beli hari ini, bulan depan nak jual balik, anda mungkin rugi atas spread (susut nilai) sekitar 5% – 10%. Kalau harga emas naik tidak banyak. Apatah lagi kalau harga emas jatuh. Jadi, kalau nak beli emas, guna duit yang memang tidak dipakai sekurang-kurangnya untuk tempoh setahun.
Harga emas ada turun naik dalam jangka pendek. Kalau beli emas dengan duit yang nak digunakan dalam masa terdekat, pergerakan harga emas mungkin boleh mengganggu tidur malam yang lena.

Kesilapan 6# Pinjam Duit Untuk Beli Emas

Pelaburan sebenar adalah menggunakan duit lebihan yang tidak digunakan, bukan dengan cara meminjam. Daripada duit itu tidak dimanfaatkan dan dimakan inflasi, lebih baik dilaburkan. Kalau tiada duit, lebih baik berniaga, bukan melabur. Saya tak syorkan buat pinjaman untuk beli emas melainkan orang yang susah disiplinkan diri menyimpan wang secara konsisten. Mungkin dengan cara buat pinjaman dan beli emas, dapat ‘paksa’ diri menyimpan.
Pelaburan emas terdedah kepada ‘risiko’ turun naik harga yang mungkin boleh mengganggu tidur yang lena bagi sesiapa membeli dengan duit pinjaman.

Kesilapan 7# Membeli Emas ‘Paling Murah’, Tanpa Ambil Kira Faktor Lain

Emas paling murah, jual balik pun murah. Emas paling murah tidak semestinya terbaik untuk pelaburan. Emas yang dilelong di Ar-Rahnu belum tentu menguntungkan. Dakwaan ada kedai emas jual emas harga murah pun belum tentu menguntungkan. Kita kena ambil kira juga kadar spreadnya (susut nilainya), kadar upahnya, syarat-syarat jual baliknya, ketulenannya, kredibiliti pengeluar dan sebaginya.
Sebagai contoh, emas Public Gold dan Kijang Emas BNM (dijual oleh Maybank) bukanlah yang paling murah, tapi ia adalah emas berpermintaan tinggi dan mempunyai kredibiliti yang tinggi. Senang beli, senang jual balik

Kesilapan 8# Pajak Emas Tanpa Alasan Kukuh dan Tak Faham Teknik Yang Betul

Terbukti, lebih ramai orang rugi berbanding buat untung dengan memajak emas di Ar-Rahnu. Umumnya, teknik memanipulasi pelaburan emas cara memajak di Ar-Rahnu hanya sesuai pada 2 situasi sahaja;

(1) Harga emas turun banyak secara mendadak.
(2) Duit pinjaman Ar-Rahnu digunakan untuk perkara yang menguntungkan, melebihi kos pajakan seperti untuk pusing modal bisnes. Dan antara tips penting untuk memajak emas di Ar-Rahnu ialah kalau nak pajak 5 keping emas, buat 5 surat pajak supaya senang nak tebus satu persatu nanti. Ingat, 1 emas, 1 surat pajak.


Saya kurang mahir dalam manipulasi Ar-Rahnu ini, kerana saya bukanlah pelabur emas iaitu mengejar untung dalam bentuk RM, tetapi saya letakkan diri saya sebagai penyimpan emas, iaitu beli dan simpan secara berterusan. Sahabat-sahabat boleh mendapat buku Membongkar Rahsia Ar-Rahnu di MPH Online, jika sahabat-sahabat benar-benar serius untuk mecatat untung dengan teknik Ar-Rahni.

Kesilapan 9# Membuka Sarung Plastik Kekal

Kebanyakan emas pelaburan di bank diletakkan dalam bungkusan plastik kekal. Kalau nak buka, ia terpaksa dipotong dan bungkusan plastik itu akan rosak. Emas yang diletakkan dalam plastik kekal sangat cerewet. Bank yang menjual emas tak terima untuk beli balik kalau seal dibuka (potong atau gunting), calar, kemek dan sebaginya.
Apabila nak jual balik. Kalau tak boleh buka seal, maksudnya tak boleh pajak sebab Ar-Rahnu perlu buka plastik itu untuk ujian ketulenan. Kalau bank tak terima bila nak jual balik, anda akan rugi 25% sebab terpaksa jual emas tu sebagai ‘used gold’ di kedai emas.
Emas Kuwait Finance House, Pamp Suise. Emas yang dijual di bank biasanya berseal begini. Sekali buka seal, anda rugi 25%!





Syiling Kijang Emas keluaran Bank Megara Malaysia, dijual di Maybank. Kijang Emas (Maybank) tak berseal. Tapi tak boleh hilang sampul & resit asal. Dan pastinya tak boleh calar, kemek dan sebagainya.

Kesilapan 10# Menjual Emas Di Tempat Yang Salah

Emas senang dijual di mana-mana kedai emas seluruh dunia pada bila-bila masa, tapi tempat terbaik menjual emas ialah di mana anda membelinya sebab anda akan dapat harga tertinggi. Kalau beli emas Public Gold, jual balik dengan Public Gold, bukan ke kedai emas atau kepada pengeluar lain. Kalau anda jual ke kedai emas, anda akan rugi sebab mereka akan kenakan spread (susut nilai) sekitar 25%, sedangkan kalau jual semua kepada Public Gold, spreadnya cuma sekitar 4.5% - 8% sahaja.
Itu peraturan penting apabila nak jual balik apa-apa jenis emas sekalipun. Jadi sebelum beli, fahami dulu syarat jualan baik, dan spread (susut nilai) yang dikenakan oleh pengeluar/ penjual emas tersebut.

Kredit gambar: http://www.myloyalgold.com 
http://4.bp.blogspot.com
http://3.bp.blogspot.com
http://www.lajollacoin.com
http://www.mohdzulkifli.com

2 ulasan:

  1. Perkongsian yang baik. Terima kasih tuan

    BalasPadam
  2. puji-pujian kepada Ilahi. semoga bermanfaat tuan..

    BalasPadam