Rabu, 8 Februari 2017

Keistimewaan Emas Public Gold

Sebelum saya membeli emas daripada Public Gold. Saya buat pembelian pertama dengan rakan saya yang juga dealer sebuah syarikat pengeluar emas. Ketika itu, saya membeli satu dinar dan satu gol bar. Sebab saya buat pembelian tersebut kerana tertarik dengan promosi rakan saya di FB. Pada masa itu saya membeli sekadar suka-suka untuk simpanan (membeli tanpa ilmu).

Apabila saya mahu membeli lagi, rakan saya itu sudah tidak aktif menjadi dealer. Saya hendak membeli sendiri, saya pun tidak tahu caranya. Kalau hendak beli sekali pun mesti melalui dealer mereka. Sangat menyusahkan pembeli. Syarikat itu juga tiada cawangan di Sarawak. Kalau mahu beli saya terpaksa terbang ke semenanjung. Saya fikir itu satu kos yang membebankan. Saya hanya mahu membeli sekeping dinar. Saya terpaksa keluarkan duit beratus-ratus ringgit. Tak berbaloi. Saya terus hampa walaupun harga ketika itu tengah cantik.

Hampir satu tahun saya tidak membeli emas, kerana saya tidak jumpa sebuah syarikat yang benar-benar menjual dinar dan gold bar yang mudah untuk berurusan. Lebih sukar apabila saya tinggal di Kuching sehinggalah saya berkenal dengan Public Gold. Sepanjang saya berurusan jual beli dengan Public Gold. Bagi saya Public Gold sebuah syarikat emas “Senang Beli, Senang Jual, Untung Maksimum.”

Saya kongsian kepada sahabat-sahabat beberapa keistimewaan emas Public Gold, sehingga kini saya terus berurusan Public Gold bermula sebagai pelanggan biasa sehinggalah saya menjadi Dealer Public Gold yang aktif.

#1 Urusan Jual Beli 24 Jam,  7 Hari Seminggu Secara Online

Urusan jual beli emas Public Gold boleh dilakukan pada bila-bila masa, di mana jua secara online di website Public Gold. Serahan emas akan dilakukan pada waktu hari bekerja dari pukul 9 pagi hingga 6 petang. 

Selain itu, harga emas Public Gold sentiasa berubah setiap 20 minit mengikut harga emas pasaran antarabangsa, kecuali harga emas akaun GAP yang berubah selepas 12 tengah malam. Maksudnya, kita boleh membeli emas Public Gold dalam jangka waktu masa sebenar (real time) mengikut harga pasaran emas dunia. 

Sebagai contoh apabila kita kunci harga (lock harga) pada pukul 8 malam melalui website Public Gold dan membuat pembayaran melalui online banking. Keesokan harinya anda kita boleh ambil emas  di cawangan Public Gold berhampiran. 

#2 Susut Nilai Jual Balik Rendah

Susut nilai jual balik emas keluaran Public Gold antara 6-95. Lebih berat emas, lebih rendah susut nilainya. Susut nilai yang rendah ini memberi keuntungan kepada pelabur atau penyimpan apabila jual semula.

#3 Harga Emas Lebih Rendah

Harga emas Public Gold lebih rendah berbanding syarikat-syarikat lain. Misalnya 1 gram melalui akaun GAP masih lagi di bawah RM 200. Manakala, 1 gram gold bar bagi pembelian terus RM250. Harga sebegini bagi saya rasa masih lagi rendah berbandingkan di tempat lain. Harga rendah beri peluang kepada kita membeli banyak emas.

#4 Banyak Cawangan

Public Gold mempunyai 18 buah cawangan di seluruh Malaysia. Cawangan yang banyak memudahkan kita untuk membeli emas daripada Public Gold. Cawangan Public Gold beroperasi Isnin hingga Jumaat daripada pukul 8 pagi hingga 6 petang. Sabtu minggu pertana dan ketiga 8 pagi hingga 1 tengah hari.

5# Jaminan Beli Balik Emas

Public Gold jamin membeli balik emas keluarannya walaupun jumlah yang besar. Tidak kisah emas itu calar, kemek, atau terbuka sealnya, Public Gold tetap membeli semula. Ini menandakan Public Gold sebuah syarikat jual beli emas fizikal yang kukuh di Malaysia. Selain membeli semula emas keluarannya, Public Gold juga turut menerima emas-emas daripada syarikat lain dan barang kemas.

6# Stok Emas Sentiasa Ada

Inilah yang paling penting iaitu stok sentiasa ada. Ada syarikat yang tidak dapat membekalkan stok emas apabila harga emas tengah turun. Apabila harga emas tengah cantik, stok pula tiada. Alamatnya melopong saja nampaknya. Di Public Gold, stok dijamin tetap ada walaupun harga emas sedang jatuh tergolek. Apabila harga emas rendah, inilah peluang kita untuk tambah simpanan.

7# Emas Berstatus LBMA dan Tiada GST

Emas Public Gold berstatus LBMA dan tiada caj GST dikenakan. Ini menyebabkan harga emas Public Gold sentiasa lebih rendah daripada pengeluar-pengeluar lain. Selain itu, emas keluaran Public Gold disertakan nombor siri dan sijil ketulenan. Hanya gold bar Bunga Mas dan Tai Fook sahaja yang dikenakan GST kerana kedua-dua emas ini tidak berstatus LBMA.

8# Program Pengumpulan Emas (GAP)

Selain membeli emas secara pembelian biasa. Public Gold juga turut menyediakan Program Pengumpulan Emas atau GoldAccmulation Program. Ini memberi peluang kepada mereka yang mempunyai modal yang kecil mengumpul emas fizikal sedikit demi sedikit melalui pembelian secara dalam akaun.

9# Kemudahan Belian Secara Ansuran

Public Gold turun menyediakan kemudahan bayaran ansuran selama 4 bulan tanpa faedah. Cuma dikenakan caj sebanyak 0.5% kerana emas yang ditempah akan disimpan oleh Public Gold terlebih dahulu sehingga selesai pembayaran ansuran. Selagi belum habis bayar, emas tidak akan diserahkan kepada anda.

#10 Emas Pelbagai Reka Bantuk dan Grafik Yang Menarik

Emas keluaran Public Gold mempunyai reka bentuk dan grafik yang menarik. Bermula 0.5 gram hingga 250 gram. 

Selain gold bar, Public Gold juga turut mengeluarkan dinar emas bermula ½ hingga 10 dinar. Reka bentuk dan grafik yang menarik ini menjadikan emas Public Gold bukan sahaja berpotensi sebagai pelaburan, tetap turut dijadikan hadiah untuk orang yang tersayang. Foto Emas Perak Public Gold.

Mohamad Shafiq Rohaizad
Kuching

Kredit gambar: http://www.mohdzulkifli.com

www.thermofisher.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan