Isnin, 6 Februari 2017

Konsisten 1 Bulan 1 Gram

Menyimpan emas secara konsisten setiap bulan sebenarnya besar impaknya. Walaupun nampak kecil tetapi lama-kelamaan membuahkan kesan yang besar. Kata pepatah Melayu “sikit-sikit lama-lama jadi bukit.” Mengumpul emas konsisten setiap bulan sesuai untuk mereka yang mempunyai modal kecil tetapi ada keinginan yang kuat untuk mengumpul emas setiap bulan, sebagai aset masa hadapan.

Nak kumpul duit beli 10 gram sekali gus mungkin tidak mampu kerana harga 10 gram sekarang (harga Public Gold) RM 1,800 +++. Belum capai target, duit yang nak guna beli emas, terpakai benda-benda lain. Perkara-perkara luar jangka ini kita tak tahu. Saya sudah mengalaminya sendiri, nak beli emas, tunggu-tunggu duit cukup. Akhir sekali, duit tak pernah nak cukup-cukup.

Jadi dengan konsisten 1 bulan 1 gram, kita boleh capai target kita. Walaupun, masa yang diambil panjang. Biar lambat, asal capai matlamat. Itu yang saya pegang untuk kumpul jumlah gram emas tertentu.

Konsisten 1 bulan 1 gram ini, sesuai untuk golongan yang mahu mengumpul jumlah gram emas dalam simpanan. Baca 4 Posisi pelabur emas. Bagi pelabur emas, kaedah 1 bulan gram 1 bulan ini barangkali tidak sesuai kerana mereka lebih fokus untuk mencatat untung dalam bentuk (RM) bukannya gram. Biasanya pelabur emas hanya beli sekali sahaja dengan jumlah yang besar iaitu 250 gram ke atas, dan mereka target untuk jual semula apabila harga emas naik.



Bak kata Tuan Zuklefli Master Dealer Public Gold. Antara penyimpan emas secara konsisten dengan pelabur emas, akhirnya penyimpan emas secara konsisten akan menang kerana mereka:

  1. Mereka memiliki emas yang banyak,
  2. Duit simpanan mereka tak bocor bila ditukarkan kepada emas,
  3. Harga purata setiap gram emasnya rendah sebab sentiasa beli,
  4. Mereka untung dengan kenaikan harga emas dalam jangka panjang.
Mulakan Dengan Tabiat

Nak mula simpan emas secara konsisten setiap bulan harus dimulakan dengan tabiat rajin menyimpan. Dah ada sikap rajin menyimpan barulah mudah nak mula. Kalau masih lagi liat untuk menyimpan, tarbiah diri dahulu untuk menyimpan walaupun sedikit. Bukan jumlah jadi ukuran tetapi yang penting tabiat menyimpan dapat dipupuk dalam diri. 
Sama juga kalau mahu konsisten simpan emas 1 bulan 1gram. Mula-mula memang susah. Tetapi percayalah lama-kelamaan anda akan jadi terbiasa. Pada satu tahap apabila anda tak simpan emas 1 gram 1 bulan anda rasa gelisah. Jika sudah sampai tahap macam itu, maknanya anda dah berjaya tanamkan sikap untuk konsisten untuk membuat simpanan emas setiap bulan.


Tips Simpan 1 Gram 1 Bulan

Jadi bagi sesiapa nak memulakan tabiat ini, ini strategi yang berkesan yang boleh saya cadangkan.
  1. Target simpan emas 1 gram 1 bulan sebagai simpanan untuk dilupakan. Simpan, dan lupakan. Duit simpanan lain boleh disimpan di tempat lain seperti Tabung Haji atau ASB.
  2. Setiap kali dapat gaji, terus beli 1 gram emas. Jangan tunggu duit lebih baru nak menyimpan sebab memang tak akan ada duit lebih. Disiplin menyimpan yang betul; “simpan dulu belanja selebihnya” bukan “belanja dulu simpan selebihnya”.
  3. Jangan tunggu harga terbaik. Kalau tunggu pun selalunya tak berbaloi dengan risiko duit itu bocor. Takut-takut nanti, bila harga dah rendah, duit pula yang habis!
  4.  Beli emas melalui kaedah Akaun Emas GAP (Gold Accumulation Program) Public Gold. Itu kaedah termudah dan termurah di Malaysia buat masa ini bagi sesiapa nak simpan 1 gram 1 bulan.
  5. Bila cukup 6 gram, keluarkan gold bar 5 gram sekeping dan simpan dalam dompet! En. Syukor Hashim cadangkan buat begini supaya terasa aura dan keseronokan simpan emas! Memang terasa berbeza. Ia mempengaruhi minda separa sedar supaya kumpul lebih banyak kepingan emas! InsyaAllah.
Tips Bonus
Harga 1 gram emas Public Gold masih lagi berlegar di bawah RM 200 ketika ini. Saya nak tunjukkan kepada anda. Bagaimana konsisten membeli emas 1 gram 1 bulan, akhir tahun boleh membeli 2 gram emas sekali gus. Bajet setiap bulan adalah RM 200.

Caranya
Contoh:

Bulan
Anggaran Harga Semasa 1 gram (GAP)
Baki
Januari
185
15
Februari
189
11
Mac
184
16
April
187
13
Mei
186
14
Jun
189
11
Julai
187
13
Ogos
186
14
September
184
16
Oktober
188
12
November
183
17
Disember
186
14


166
 
Dengan menyimpan baki pembelian emas setiap bulan, anda boleh membeli 2 gram emas pada bulan Disember. Mungkin perlu sedikit duit tambahan untuk mencukupkan amaun 2 gram emas berdasarkan harga semasa. Okaylahkan, tak banyak duit yang perlu ditambah daripada bajet asal untuk dapatkan 2 gram emas.  

Daripada target 12 gram setahun, anda dah boleh dapat 13 gram setahun. Tiada paksaan untuk ikut cara ini. Hanya cadangan saja. Bergantung pada bajet bulanan anda. Kalau masih belum mampu nak beli setiap bulan, boleh beli selang beberapa bulan atau beli jika ada duit lebih, seperti bonus tahunan, untung berniaga.

Sekiranya ada apa-apa persoalan, boleh hubungi saya melalui wasap, e-mel, atau tinggalkan diruang komen. Insyallah, saya cuba membantu yang tahu.

Kredit gambar: 
http://www.thesouthasiannews.com 
http://www.jerungemas.com
http://2.bp.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan