Rabu, 29 Mac 2017

PG Mall Laman Web Beli Belah Public Gold




[Kemas kini 31 Julai 2017] 


Public Gold baru-baru ini telah memperkenalkan laman web beli belahnya yang dikenali  sebagai PG Mall

PG Mall seratus peratus di bawah kelolaan syarikat Public Gold, iaitu syarikat jual beli emas terbesar di Malaysia, yang beribu pejabat di Bayan Lepas Pulau Pinang. Public Gold Syarikat Jual Beli Emas Fizikal

Keistimewaan PG Mall ialah menggunakan 2 pilihan transaksi bayaran iaitu menggunakan  emas  atau wang tunai. Mata wang emas dikenali sebagai Gold Cash (GC)

Nilai tukaran

1 gram = 100 GC

Untuk pembayaran kaedah GC. Pembayaran boleh dibuat menggunakan akaun GAP  

Manakala, bagi mereka yang tiada akaun GAP. Bayaran boleh dilakukan melalui akaun bank (online banking). 


Selain bayar guna emas, boleh juga bayar guna duit. Pilh salah satu


PG Mall didaftarkan di Singapura

Peluang Kepada Peniaga luaskan Pasaran

PG Mall membuka peluang seluas-luasnya kepada peniaga-peniaga untuk meluaskan pasaran produk mereka di website PG Mall secara percuma dan terbuka kepada semua peniaga. 
Semua produk boleh dipasarakan dalam PG Mall kecuali emas dan alkohol. 

Kelebihan PG Mall 

#1 Lebih 100,000 Pelanggan Tersedia
Pemilik akaun GAP adalah pelanggan berpotensi membeli belah dalam PG Mall. Jika 1% yang menjadi pembeli barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan. Maknanya sudah ada 1000 pelanggan tanpa perlu melakukan kerja-kerja promosi.

#2 24 Jam,  7 Hari Seminggu
Laman web PG Mall beroperasi 24 jam 7 hari seminggu sepanjang tahun. Ini memberikan keselesaan kepada bakal pembeli untuk membeli belah tanpa mengira waktu.

#3 Perkhidmatan Percuma
Tiada kos pendaftaran dikenakan kepada peniaga yang berminat memasarkan produk di PG Mall. Cuma dikenakan yuran transaksi 3-5% untuk kos operasi laman web.


#4 Pengiklanan dan Penjenamaan Percuma

Pengiklanan dan penjenamaan di PG Mall adalah percuma. ia dilakukan oleh PG Mall sendiri. Ini sangat menjimatkan peniaga kerana sebahagian kerja-kerja promosi dilakukan oleh Public Gold.


#5 Kurangkan Kos Operasi dan Tingkatkan Keuntungan

Kos Operasi merupakan kos yang perlu ditangani dengan teliti supaya hasil keuntungan dapat ditingkatkan. Bagi peniaga yang memasarkan produk atau perkhidmatan di PG Mall, mereka akan dapati Public Gold yang melakukan pengiklanan dan penjenamaan tentang PG Mall dan secara tidak langsung, produk atau perkhidmatan mereka dapat dikenali tanpa melibatkan kos pengiklanan.


#6 Pembayaran Jualan Dalam Bentuk Emas  Atau Tunai

Di PG Mall, pembayaran hasil jualan kepada peniaga dilakukan melalui 2 kaedah. Dalam bentuk emas atau tunai (RM). Bentuk pembayaran ini akan dipilih oleh peniaga semasa melakukan pendaftaran.
Jika peniaga memilih hasil jualan dibayaran dalam bentuk emas. Pembayaran tersebut akan dikreditkan dalam akaun GAP. 
Jika memilih pembayaran secara tunai. hasil jualan akan dikreditkan dalam akaun bank. 3 hari bekerja untuk akaun Maybank dan 4 hari bekerja untuk pemegang lain-lain akaun. 

#7 Emas Diperakui Sebagai Medium Pertukaran Antarabangsa
Public Gold sudah ada cawangan di Singapura dan Jakarta. Tidak kira apa pun mata wang yang digunakan, 1 gram tetap mewakili 100.00 GC. Urus niaga begini lebih adil dan telus bagi urus niaga yang merentasi sempadan negara. Jadi pasaran ke luar negara terbuka luas.

#8 Potensi Pasaran Antarabangsa

Dengan cawangan di Singapura (populasi sekitar 5juta orang) dan cawangan di Jakarta, Indonesia (jumlah populasi sekitar 280 juta orang). Ini merupakan satu-satunya platform yang wajib dipelopori kerana potensi pasarannya yang sangat-sangat luas.

Cara Daftar 

Langkah 1

Layari laman web PG Mall. Cari Merchant Sing Up. Isi maklumat yang diperlukan. Pada bahagian Introducer PG Code. Masukan PG Kod dealer anda. Jika tiada dealer dan mahu saya jadi dealer anda, isi PG Kod saya PG 00059788 Mohamad Shafiq Rohaizad Buyong. 

Langkah 2



Pada bahagian Public Gold Account Informationi. Sekiranya anda adalah pelanggan Public Gold sedia ada. Isikan PG Kod anda. Sekiranya anda belum mendaftar sebagai pelanggan Public Gold. Kosongan bahagian ini.
Pada bahagian Payment Receiving Options. Pilih salah satu kaedah penerimaan bayaran. Pilih kaedah yang anda selesa.
Sekiranya anda pilih menerima bayaran Gold Cash (GC). Bayaran akan di kreditkan dalam akaun GAP anda.
Sekiranya anda pilih penerimaan bayaran melalui tunai (RM). Bayaran akan dikreditkan ke dalam akaun bank dalam tempoh 3 hari bekerja untuk akan Maybank dan 4 hari bekerja untuk pemegang lain-lain akaun.

Langkah 3



Pada bahagian ini, muat naik salinan IC. Salinan IC mesti dalam bentuk PDF atau JPED. Klik submit. 
Tunggu 2 hari bekerja untuk PG Mall memproses pendaftaran anda. Pemberitahuan pendaftaran akan dihantar melalui e-mel. 
Setelah pendaftaran berjaya. Anda boleh muat naik gambar produk yang ingin diniagakan dalam PG Mall.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan