Selasa, 28 Mac 2017

Strategi Jana Keuntungan Dengan Emas

Bagi saya, emas bukanlah pelaburan ajaib yang banyak di canang orang. Ia Cuma pelaburan biasa-biasa sahaja. Jika ada pelaburan yang ada menawarkan pulangan yang tidak munasabah bertopengkan emas. Baik anda berhati-hati. Bukan apa, duit bukan mudah dicari, tetapi menghabiskannya cukup mudah. Tak sampai sehari boleh dihabiskan. Saya ada menasihatkan rakan-rakan mahupun ahli keluarga saya. Nak bebas kewangan bukan semudah ABC, tetapi tidak mustahil jika kita ada ilmu dan panduan yang betul. Begitu juga dengan pelaburan emas.

Ada bertanya saya. jika beli emas hari ini, bulan depan kalau jual boleh untung tak? Saya kata tak, rugi ada. Sebab emas bukan pelaburan jangka pendek, tetapi emas pelaburan jangka sederhana dan panjang. Dalam seminar-seminar Public Gold yang saya hadir. Harga emas akan naik sekali atau 2 kali setahun. 2 kali setahun itu sudah kira banyak.

Dalam pemerhatian saya tahun lepas. Harga emas menjunam hujung tahun (RM174) 1 gram dan kembali naik pada bulan Januari. Dan kini harga emas sedikit demi sedikit naik sehingga mencapai (RM 194) 1 gram. Sekiranya anda berhajat membeli rumah 5 tahun dari sekarang dan sedang mengumpul wang deposit. Saya syorkan simpan dalam bentuk emas. Kita tidak tahu berapa nilai wang kita 5 tahun akan datang.

Strategi Jana Keuntungan Dengan Emas

  1. Beli dan Simpan
Beli dan simpan emas sebagai aset jangka panjang. Jual apabila hendak ambil untung hasil kenaikan harga. Kita dapat keuntungan daripada kenaikan harga emas dalam jangka masa panjang. Logik atau tidak harga emas akan naik pada masa akan datang. Bagi saya logik kerana, jika dilihat pada harga barang-barang sekarang pun semakin hari semakin naik. Jika harga barang boleh naik, tidak mustahil harga emas juga turut naik.


  1. Beli, Jual, Beli, Jual
Beli harga rendah dan jual harga tinggi. Strategi ini dipanggil trading. Beli emas pada paras harga rendah dan jual pada paras harga tinggi. Ulang proses ini berulang kali. Strategi ini nampak mudah, tetapi tidak semua orang yang berjaya lakukannya. Ada kalanya, yang bersemangat untuk trading akhirnya, beli dan simpan saja. Cabarannya strategi ini, tiada siapa yang tahu, atau dapat meramalkan bila harga emas akan naik dan bila harga emas turun. Bagi yang berminat untuk strategi ini, anda perlu membeli emas dalam jumlah yang besar kemudian jual kesemuanya apabila harga emas naik. Jangan ada istilah sayang nak jual. Kalau tidak. Tak jadi strategi ini.

  1. Berniaga Emas
Siapa ada modal lebih boleh jadi ejen syarikat emas seperti Public Gold. Kemudian beri kesedaran kepada masyarakat kepentingan dan kelebihan menyimpan emas. Bimbing masyarakat dengan betul peleburan emas yang sebenar. Apabila ada pembelian melalui kita. Kita sebagai ejen akan mendapat keuntungan daripada segi komisennya atau margin jualan.
Pelabur emas dapat untung daripada pergerakan harga emas. Manakala, peniaga emas dapat untung daripada jualan emas. Apabila harga emas jatuh, peniaga emas lagi untung kerana lebih ramai orang membeli emas. Harga emas naik, peniaga emas untung juga dengan pergerakan harga emas. Dalam erti kata lain, peniaga emas untung harga emas jatuh, untung harga emas naik. Jadi sesiapa ada modal lebih boleh beli dan terus jadi ejen.



Seperti yang saya kata tadi, pelaburan emas bukanlah pelaburan ajaib. Ia hanya pelaburan yang biasa-biasa sahaja. Satu pesanan Tuan Zulkifli Shafie yang melekat dalam minda saya sehingga ini.

Bukan emas itu yang membuatkan kita kaya. Sebaliknya sejauh mana ilmu dan kepandaian kita memanfaatkan emas yang boleh membantukan kita menjadi kaya.    

Kredit: Buku Wang Emas Bertahan Ketika Gawat, Mohd Zulkifli Shafie
http://4.bp.blogspot.com
http://www.pelaburanemas.org
http://2.bp.blogspot.com



Tiada ulasan:

Catat Ulasan