Jumaat, 31 Mac 2017

Strategi Penyimpan Emas

Tidak semua pembeli emas mampu menjadi pelabur emas, kerana untuk menjadi pelabur emas kita perlu membeli emas dengan jumlah yang besar. Paling minimum 100g. Jika beli 1-2g. Itu bukan pelabur namanya, tetapi penyimpan.
Jika bercita-cita menjadi pelabur emas. Peraturan yang perlu dipatuhi ialah cukupkan dahulu dana kecemasan 3-6 bulan pendapatan. Nak cukup dana kecemasan ini boleh dalam 2 cara iaitu, simpangan berbentuk emas atau wang tunai. Saya syorkan dalam bentuk wang tunai, kerana ketika waktu kecemasan kita nak pakai duit dengan kadar segera. Namun, jika mahu juga dalam bentuk emas, saya nasihatkan bahagikan dana kecemasan itu kepada 2 iaitu wang tunai dan emas. Kalau ada hal-hal kecemasan, gunakan dahulu wang tunai yang disimpan, kalau duit dana kecemasan sudah habis, jual emas yang dikhaskan untuk dana kecemasan. Nanti tidak adalah ralit sangat.

Pemikiran Penyimpan Emas

Falsafah penyimpan emas ialah “gram” iaitu menambah gram emas dalam tangan. Penyimpan emas tidak peduli harga emas turun atau naik. Yang penting ialah jumlah gram emas dalam tangan sentiasa bertambah. Penyimpan emas biasa akan pegang kata-kata ini, “ada duit lebih jadi emas” tak kira harga emas melambung tinggi atau harga emas jatuh menjunam. Janji gram emas dalam tangan bertambah. Jika tahun ini dapat kumpul 12g. Tahun depan mesti kumpul 15-20g. Itu pemikiran penyimpan emas.

Waktu Sesuai Membeli Sebagai Penyimpan

  1. Bila Ada Duit
Bila ada duit, beli dan beli. Jangan pandang harga. Kerana fokus kita untuk kumpul jumlah gram dalam tangan.

  1. Konsisten
Sebagai penyimpan kita perlu konsisten membeli. Paling mudah 1 bulan 1 gram. Dapat gaji atau hasil bisnes, asing dahulu untuk tambah gram emas dalam tangan. Paling mudah beli emas 1 gram sekarang melalui akaun GAP. Cukup 5,10,20g keluarkan sebagai emas fizikal.

Waktu Sesuai Menjual Sebagai Penyimpan

  1. Ketika Waktu Kecemasan
Apabila dana kecemasan (wang tunai) sudah habis, ini ketikanya menjual semula emas yang disimpan tadi untuk ditukarkan wang tunai. Pada ketika ini jangan lagi rasa untung rugi. Kita nak pakai duit, bukan nak buat duit dengan emas. Nak buat duit dengan emas jadi pelabur bukan penyimpan.

  1. Telah Capai Matlamat
Telah capai matlamat di sini boleh bermacam-macam. Dana deposit membeli rumah, melunaskan hutang, pergi haji/umrah dan sebagainya.

  1. Tukar Aset Lain
Jual emas yang kita simpan untuk tambah aset, seperti beli tanah, rumah pelaburan, membuka homestay dan sebagainya.

Apa juga situasi harga emas, bagi saya ini waktu yang paling sesuai untuk membeli dan menjual emas. Jadi jangan bimbang harga emas naik atau turun.

Kredit foto : http://rocketmanajemen.com
Buku Wang Emas Bertahan Ketika Gawat, Mohd Zulkifli Shafie


  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan