Khamis, 6 April 2017

Dinar Sebagai Mas Kahwin

Sekarang sudah menjadi trend pasangan pengantin terutama anak muda khasnya jadikan dinar emas sebagai mas kahwin. Pelbagai alasan yang saya dengar. Ada yang kata ingin mencipta kelainan. Ada kata ikut trend semasa, dan bermacam-macam lagi. Tidak kisahlah apa pun alasan, asalkan ia tidak melanggar lunas-lunas yang digariskan dalam agama.
Seperti kelazimannya, pasangan pengantin akan memberi mas kahwin kepada pengantin perempuan selepas akad nikah dalam bentuk duit. Namun, ada pasangan pengantin ingin menggantikan mas kahwin dalam bentuk duit kepada bentuk dinar emas. Saya puji cara tersebut kerana bukan sahaja mencipta kelainan, tetapi mencipta trend baru. Namun, pastikan masih dalam aturan agama. Cuma duit ditukar dengan dinar emas. Ini menunjukkan sudah ramai anak mudah seusia saya barangkali sudah ada kesedaran untuk menyimpan emas.
Sebelum jadikan dinar emas sebagai mas kahwin, pastikan dahulu adanya persetujuan kedua-dua belah pihak.

  1. Adakah mas kahwin diukur dalam jumlah wang tunai (duit) atau diukur dengan jumlah dinar?
Atau
  1. Adakah mas kahwin diukur jumlah wang tunai tetapi dinilai dalam bentuk dinar emas?
Jika mas kahwin diukur jumlah dinar, contohnya 5 dinar. Saya sarankan boleh beli dan kumpul dari sekarang. Sekiranya diukur jumlah wang tunai tetapi dinilai dalam bentuk dinar. Saya sarankan, beli dekat-dekat majlis akad nikah nanti. Hal ini disebabkan, harga emas ada turun dan naiknya. Jika beli sekarang dan majlisnya lambat lagi, dikhuatiri pada ketika itu harga emas sedang turun dan nilainya tidak sama dengan nilai yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Kita pernah mendengar bukan, ada kedua-dua belah keluarga pengantin lelaki dan perempuan bergaduh, disebabkan tidak cukup duit hantaran. Jika hari akad nikah harga emas sedang naik itu tidak kisah. 

Kelebihan Dinar Sebagai Hadiah Mas Kahwin

  1. Duit mas kahwin tidak mudah terbelanja
Biasanya pasangan yang baru mendirikan rumah tangga memerlukan sejumlah wang yang banyak untuk membeli itu dan itu, masuk rumah baru, beli perkakas dapur dan sebagainya. Mahu tak mahu, duit mas kahwin itu terusik juga sikit demi sikit. Kalau dalam bentuk dinar insyallah ia boleh bertahan lebih lama lagi.

  1. Ada nilai sentimental
Seperti mana pengantin lelaki menyarung cincin pada jari manis pengantin perempuan pada hari akad nikah. Pasti cincin itu akan tersemat kenang manis yang tidak dilupakan buat selama-lamanya. Ia disimpan dengan baik, kerana cincin itu ada nilai sentimental. Begitu juga jika mas kahwin diberikan dalam bentuk dinar, nilai sentimentalnya melekat pada fikiran si pengantin. Dalam apa juga terjadi, dinar emas yang dijadikan mas kahwin akan itu tetap dipertahankan kerana pada dinar itu tersematnya nilai sentimental yang sukar dilupakan. Saya yakin, perasaan sayang nak jual pasti ada. Walaupun keadaan benar-benar terdesak.

Sahabat universiti saya menggunakan dinar sebagai mas kahwin pada hari akad nikahnya. 


Orang Bujang Kumpul Belanja Kahwin Dari Sekarang

Dengan kenaikan pelbagai kos, saya pasti, untuk mengandakkan satu majlis perkahwinan menelan belanja yang sangat besar. Kata mak saya, kalau tak ada RM20k jangan mengada-ngada pinang anak dara orang. Kalau ikut darah orang muda saya, RM20k baru boleh kahwin? Kalau tak ada RM20k tak boleh kahwin? Tetapi apabila saya fikir semula ada benarnya. Apabila saya kira, RM20k bersamaan 25 keping dinar dengan harga dinar hari ini sekitar RM800.
Sesimpel mana kita merancang mengadakan majlis perkahwinan kita, kosnya tetap tinggi hari ini. Oleh itu, orang bujang yang masih betul-betul bujang, orang bujang yang sudah bertunang. Beli dan kumpul dinar dari sekarang kerana emas banyak kelebihannya, satunya lalah emas mengekalkan kuasa beli.    


kerdit gambar: http://m.onegolddinar.com
http://www.pelaburanemas.org

Tiada ulasan:

Catat Ulasan