Khamis, 20 April 2017

Emas Mengekalkan Kuasa Beli

Ketika zaman Rasulullah SAW, harga seekor kambing ialah 1 Dinar. Diriwayatkan Ahmad dalam Musnadnya, daripada ‘Urwah yang bermaksud:

 “(Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w menemui sekumpulan binatang ternakan yang hendak dijual. Lalu Rasulullah s.a.w memberi kepadaku satu dinar dan berkata: “Wahai Urwah, pergi kepada lelaki tersebut dan belikan untukku seekor kambing.” Aku pun pergi menemui lelaki tersebut dan melakukan tawar menawar sehingga aku dapat membeli dua ekor kambing dengan harga satu dinar.
Kemudian aku membawa kedua ekor kambing tersebut. Di perjalanan, seorang lelaki menemui aku dan ingin membeli salah seekor kambing daripadaku. Lalu aku menjualnya dengan harga satu dinar. Kemudian aku berjumpa Rasulullah s.a.w dengan membawa seekor kambing dan satu dinar lalu aku berkata: “Wahai Rasulullah, inilah dinar dan kambing milikmu.”
Rasulullah bertanya: Bagaimana kamu melakukannya? Akupun menceritakan kepada Baginda apa yang telah aku lakukan lalu Baginda berkata: “Ya Allah, berkatilah perniagaannya.”

Berdasarkan riwayat di atas di atas, dapat dijelaskan bahawa ukuran harga seekor kambing pada zaman Rasulullah ialah 1 dinar emas. Jika 1400 tahun yang lalu, 1 dinar mampu membeli seekor kambing. Persoalannya ialah, adakah 1 dinar hari ini dengan berat 4.25 gram mampu membeli seekor kambing seperti zaman Rasulullah?

Apabila saya meninjau harga semasa seekor kambing dalam beberapa di laman web. Harga purata harga seekor kambing dapat saya katakan antara RM 500-RM 800 seekor. Persoalannya tadi ialah. Adakah 1 dinar hari ini boleh membeli seekor kambing seperti zaman Rasulullah?

Jawapannya, YA BOLEH!.

Jika dilihat harga 1 dinar hari ini dengan berat 4.25 gram lebih kurang RM800. Dengan harga seekor kambing sekitar RM500-RM800. Saya boleh katakan 1 dinar masih mampu membeli seekor kambing seperti mana zaman Rasulullah 1400 tahun yang lalu. Ini menunjukkan kuasa beli 1 Dinar emas masih kekal walaupun beribu tahun dahulu.

Ini berbeza dengan duit kertas yang kita simpan di dalam bank atau dalam amanah saham. Nombornya tetap sama, tetapi nilainya akan merosot dari tahun ke tahun kerana dimakan inflasi. Contoh, jika RM 10,000 hari ini mungkin boleh membeli bermacam-macam barang. Adakah dengan angka yang sama iaitu RM10,000 mempunyai nilai sama 10 tahun akan datang. Mungkin RM 10,000, 10 tahun akan datang kuasa beli hanya separuh sahaja, iaitu sekitar RM5,000 sahaja. Kita sebenarnya tertipu dengan nombor. Nombornya kelihatan banyak, tetapi nilainya belum tentu setaraf nombornya.

Perbandingan nilai sekeping wang kertas RM 50 dahulu dan sekarang. Kuasa beli semakin merosot dari tahun ke tahun, tetapi nombornya tetap sama iaitu 50

Wang kertas dicipta hanya untuk menjalankan transaksi jual beli, tetapi ia tidak mampu dijadikan alat simpanan untuk jangka masa panjang. Jadi jika mahu kuasa beli simpanan kita kekal walaupun bertahun lama. Emas ialah jawapan yang terbaik. Emas sudah terbukti mampu menjadi penyimpan nilai dalam jangka masa panjang. 
Wallahu a’lam ... 

kredit gambar: http://www.mohdzulkifli.com
wanihasnan.files.wordpress.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan