Jumaat, 7 April 2017

Harga Emas Tidak Akan Murah

Ramai kata harga emas sekarang mahal. 1 gram hampir mencecah RM 200. Ya, kalau diukur dengan nilai duit sekarang boleh dikatakan mahal. Tetapi apabila saya fikir semula. Bila masa orang kata harga emas murah. Letaklah berapa harga sekali pun, orang menganggap harga emas tetap mahal. Tiada seorang pun kata harga emas murah. Memang diakui, emas adalah barang yang dianggap mahal zaman berzaman. Sebab itu, ia dianggap simbol kekayaan, sampai ada orang kata, sapa ada simpan emas orang itu kaya. Tetapi bagi saya belum tentu. Kalau simpan sekeping dinar tidak dianggap kaya, berbanding orang yang menyimpan 1 kilo emas.

Belian Pertama Menentu Tanda Aras Harga Diri Sendiri
Kesilapan pertama bakal pembeli emas ialah tunggu harga murah baru beli. Sebenarnya harga emas tidak akan murah selagi kita tidak membuat belian pertama. Hal ini disebabkan, belian pertama itu menentukan tanda aras atau benchmark harga kita sendiri.

Tanpa belian pertama, kita masih lagi di awangan-awangan kerana kita tidak dapat menentukan harga kita sendiri yang dianggap mahal atau murah.

Sebagai contoh apabila harga emas RM 160 segram, orang menganggap harga itu mahal. Apabila harga emas meningkat RM190 segram. Orang anggap harga RM 160 tadi murah dan RM190 pula dianggap mahal. Apabila harga meningkat RM200 segram. Orang anggap RM190 itu murah dan RM200 itu mahal. Begitulah seterusnya. Akhirnya sampai ke sudah emas tidak dapat dibeli kerana asyik menunggu harga murah. Malangnya harga emas tidak akan murah tanpa kita membuat belian pertama. Inilah dilema bakal-bakal pembeli emas yang saya jumpa.

Cara betul beli emas ialah. Buat dahulu belian pertama walaupun 1 gram. Kemudian baru pantau harga untuk menentukan harga dianggap mahal dan murah. Belian pertama ini penting kerana ia menentukan tanda aras atau benchmark harga kita sendiri.

Sebagai contoh:

Benchmark Harga bagi Ali ialah RM170 segram.

RM176 (Ali anggap harga ini mahal)

RM170 benchmark harga Ali

RM168 (Ali anggap harga ini murah)

Ketika Ali membeli 1 gram emas gold bar pada harga RM170 segram. Katakanlah 3 bulan kemudian, harga emas meningkat kepada RM176 segram, dan bulan berikutnya harga emas turun pula kepada RM 168 segram. Belian pertama Ali tadi, iaitu RM170 ialah harga benchmark bagi Ali. RM176 Ali anggap sebagai harga emas adalah mahal. Manakala, RM168 pula Ali dianggap murah itu murah kerana bawa daripada harga benchmarknya.


Benchmark Harga Abu ialah RM180 segram


   RM190 (Abu anggap mahal)

RM180 (Benchmark harga bagi Abu)

RM176 (Abu harga murah)

Manakala, Abu pula membeli 1 gram dengan harga RM180 segram. Katakan 2 bulan kemudian harga emas meningkat kepada RM 190 segram, dan turun semula pada bulan berikutnya kepada RM176 segram. Belian pertama Abu tadi, iaitu RM180 ialah harga benchmark bagi Abu. RM190 pula harga yang dianggap mahal bagi Abu. Manakala, RM176 pula harga yang dianggap murah bagi Abu. Walaupun, harga itu dianggap mahal bagi Ali.

Erti kata mudahnya. Setiap orang mempunyai benchmark harga tersendiri, yang dianggap murah dan mahal. Rasanya boleh fahamkan. Lepas ni tidak perlu lagilah tanya dealer bila harga emas murah dan bila harga emas mahal.

kerdit gambar: http://www.hargaemas.com.my


Tiada ulasan:

Catat Ulasan