Sabtu, 8 April 2017

Membina Status Kewangan Selamat

Membina status kewangan selamat bagi saya wajib dilaksanakan oleh setiap orang. Semakin awal kita bermula semakin muda kita mencapai status kewangan selamat. Mungkin ramai yang masih belum faham apa yang dimaksudkan dengan status kewangan selamat? Kewangan selamat dalam bahasa mudahnya ialah sejumlah simpanan yang mampu bertahan sekurang-kurangnya 6 bulan atau lebih sekiranya berlaku musibah kepada pekerjaan atau kemampuan kita untuk terus bekerja. Status kewangan selamat ini saya rasa sangat-sangat penting terutama para suami yang menjadi pencari nafkah, lebih-lebih lagi apabila isteri tidak bekerja.

5 Tahap Mencapai Kewangan Selamat

  1. Aliran Tunai Positif
  2. Cukup Dana Kecemasan
  3. Bebas Hutang Negatif
  4. Kewangan Selamat
  5. Kebebasan Kewangan

Tahap #1 Aliran Tunai Positif

Aliran tunai positif di sini bermaksud, kita mampu untuk menyimpan setiap bulan daripada hasil gaji atau bisnes. Tuan Azizi Ali mencadangkan agar 10% sekurang-kurangnya pendapatan kita disimpan. Bagi saya 10% hanya permulaan sahaja. Jika pendapatan sudah bertambah terutama kenaikan gaji, jumlah 10% ini perlu ditimbah. 10% itu jumlah paling minimum.

Sebagai contoh gaji permulaan graduan baru bekerja sekitar RM 2,500. 10% daripada jumlah itu ialah RM250. Jika pendapatan meningkat. Tambah lagi simpan kepada RM300 dan seterusnya.

Tetapi bagi mereka yang tidak boleh melihat angka yang banyak dalam akaun, rasa geram sahaja. Saya syorkan supaya tukarkan simpanan ini dengan emas. Kebalikannya ialah emas susah nak dikeluarkan. Hanya hal-hal mustahak sahaja akan digunakan.

Tahap #2 Dana Kecemasan

Pakar kewangan menyarankan agar dana kecemasan ini sekurang-kuranganya 3 bulan pendapatan. Bagi saya, lebih banyak lebih bagus.

3 bulan pendapatan ini, bagi saya hanya paras minimum yang perlu kita ada dalam tangan untuk hal-hal kecemasan seperti anak sakit, kereta rosak, kes kecurian dan sebagainya.

Sebagai contoh jika pendapatan RM3,000 sebulan. Dana kecemasan perlu ada sekurang-kurangnya RM 9,000. Jika lebih lagi bagus.  Jika terpakai, tambah semula. Bagi baru nak mula, usahlah perlahan-lahan, paling kurang 3 bulan pendapatan. Kemudian, tambahlah sedikit demi sedikit untuk mencapai sehingga 6 bulan pendapatan. Insyallah semunya boleh!.

Ada juga yang bahagikan dana kecemasan ini kepada emas dan tunai. Sebabnya dana kecemasan ini selalu terpakai. Saya syorkan dana kecemasan ini jangan simpan dalam akaun bank yang ada kemudahan pengeluaran menggunakan kad atm. Sebabnya kita mudah nak keluarkan duit itu. Walaupun bukan hal-hal kecemasan. Sulitkan cara pengeluran melalui buku bank atau simpan dalam bentuk emas.

Sebabnya dengan emas, perlu jual dahulu, tunggu 2 hari bekerja misalnya. Baru dapat duitnya. Kalau guna kemudahan pengeluaran  kad atm, tak sampai seminit dah dapat duitnya. Sulitkan pengeluaran seperti simpan dalam bentuk emas. Nak guna dana kecemasan, walhal bukan hal-hal kecemasan, hati akan berbisik,

"Susahlah, kena jual dulu baru dapat duit"
"Sayang pulak nak jual emas ini"

Emas bukan sahaja mengekalkan nilai, emas juga boleh menutup kebocoran wang. Tutup segera kebocoran dana kecemasan anda dengan emas.

Tahap #3 Bebas Hutang Negatif

Bebas hutang negatif di sini bermaksud bebas daripada hutang-hutang yang boleh mengurangkan pendapatan kita seperti hutang pinjaman peribadi, hutang kad kredit, hutang belanja perkahwinan. 
Ada juga hutang yang dikira perlu seperti hutang kereta dan hutang rumah. Namun, untuk membeli kereta misalnya, janganlah pilih kereta  ansurannya boleh menjejaskan kewangan kita. 
Ukur baju di badan sendiri. Banyak saja kereta yang ansurnya rendah. Hanya mahu tidak mahu sahaja. 
Langsaikan hutang-hutang negatif ini secepat yang mungkin untuk kita mencapai tahap kewangan selamat seterusnya.

Tahap #4 Kewangan Selamat

Kewangan selamat bagi saya ialah sejumlah dana simpanan sekurang-kurangnya 6 bulan pendapatan. Dana ini penting jika berlaku apa-apa terhadap pekerjaan atau kemampuan kita untuk terus bekerja. Dana ini tidak termasuk dalam dana kecemasan. Dana kecemasan dana lain, dana kewangan selamat satu dana lain.

Sekiranya berlaku musibah, insyallah dana ini mampu bertahan selama 6 bulan atau setahun. Dengan kejatuhan nilai ringgit dan risiko inflasi. Saya syorkan agar dana ini sebahagianya dalam bentuk emas. Boleh hubungi saya atau dealer-dealer Public Gold yang lain. Atau terus ke web site Public Gold untuk membeli emas.

Tahap 5 # Kebebasan Kewangan

Apabila sudah mencapai 4 tahap di atas. Kini tahap ke-5 iaitu kebebasan kewangan. Pada tahap ini. Pakar kewangan seperti Azizi Ali menyarankan agar 10% nilai bersih kita disimpan dalam bentuk emas. Fungsinya sebagai insurans ekonomi dan kejatuhan nilai mata wang.  

Kredit gambar: http://2.bp.blogspot.com




Tiada ulasan:

Catat Ulasan