Rabu, 26 April 2017

Semak Kredibiliti Dealer

Baru-baru ini saya dihubungi oleh seorang rakan yang menyatakan beliau hampir ditipu oleh seorang tukang emas. Kisanya apabila dia ingin membeli sekeping dinar Kelantan. Tukang emas itu menawarkan harga sekeping dinar berharga RM 1,500. Kemudian tukang emas itu kurang harga menjadi RM 1,200.  Merasa curiga dan hampir-hampir ditipu, sahabat saya itu menghubungi saya melalui wasap untuk bertanya harga sebenar dinar emas. Saya ceritakan harga dinar emas tidaklah semahal hingga mencapai paras RM1500 buat masa ini. RM 1000 sekeping pun belum sampai lagi. Inikan pula RM 1,500 sekeping. Tetapi untuk mencapai angka itu mungkin ada, tetapi bukan sekarang masanya. Harga sekeping dinar 4.25 gram buat masa sekarang masih di bawah RM1000.Di Public Gold sekitar RM 800. Rakan saya itu bersyukur teramat sangat kerana tidak tertipu dengan ketamakan manusia. Saya pula amat-amat bersyukur kerana dapat membantu rakan saya itu daripada menjadi mangsa penipu penjualan emas. Pujian-pujian kepada Allah SWT.

Inillah salah satu contoh sindiket penipuan penjualan emas yang semakin berleluasa ketika ini. oleh itu, penting bagi kita sebagai pembeli semak terlebih dahulu dealer yang ingin berurusan dengannya. Kerana tidak semua dealer yang jujur, lebih-lebih lagi melibatkan pembelian berpuluh dan ratus ribu.

Sebelum membuat urus niaga emas. Saya nasihatkan sahabat-sahabat membuat semakan kredibiliti dealer yang dipilih terlebih dahulu sebelum memulakan urus niaga. Pastikan sahabat-sahabat benar-benar yakin & percaya dengan dealer yang sahabat-sahabat pilih untuk membantu sahabat-sahabat sekiranya perlu.

Saya lebih suka jika pembeli membayar terus ke akaun public gold & ambil sendiri emas di cawangan public gold. Tetapi ada ketikanya dealer perlu juga membantu pembeli dengan mengambil emas di pejabat public gold & hantarkan kepada pembeli. Dealer terpaksa tanggung risiko sebenarnya jika berlaku apa-apa di pertengahan jalan walaupun komisen yang diterima tidaklah besar mana.

Tugas dealer bukan setakat memudahkan urusan pembeli sehingga emas sampai ditangan. Malah, dealer juga perlu membuat susulan dengan public gold jika pembeli hadapi masalah.

Cara Semak Kredibiliti Dealer

1. Buat Carian Di Google

Buat carian di google menggunakan nama penuh, alamat emel atau no telefon dealer tersebut. Sahabat-sahabat akan dapat 1001 maklumat tentang dealer sahabat dipilih. Sama juga jika sahabat-sahabat mahu mencari maklumat & latar belakang saya, pekerjaan saya, aktiviti saya. Semunya ada. Taip saja nama saya "Mohamad Shafiq Rohaizad Buyong" "rohaizad255@gmail.com" /"013 3135478". Semuanya akan sahabat-sahabat peroleh.


2. Buat Carian Di Facebook



Selain buat carian dengan Encik Google. Sahabat-sahabat juga boleh buat carian di laman Facebook menggunakan nama dealer @ no telefonnya.

Perkara yang boleh meyakinkan sahabat-sahabat ialah:
√ Menggunakan nama sebenar
√ Menggunakan profile picture sebenar
√ Friend yang ramai
√ Mempunyai relationship di facebook termasuk isteri, adik beradik & sepupu sepapat
√ Wallnya aktif posting yang tulen
√ Berkomunikasi aktif dengan rakan Facebook.

3. Buat Semakan Dengan Syarikat

Sahabat-sahabat boleh membuat semakan status dealer dengan syarikat. Kalau nak semak status dealer saya boleh hubungi Public Gold Cawangan Kuching 082-259916 iaitu cawangan yang selalu saya berurusan. Sebut saja nama saya "Mohamad Shafiq Rohaizad Buyong" atau kod dealership saya "PG00059788" insyallah mereke akan kenal saya.

4. Buat Semakan Pekerjaan Dealer

Buat semakan pekerjaan dealer, di mana dia bekerja, syarikat apa, jawatannya, & no telefon pejabatnya. Mempunyai pekerjaan tetap salah satu ciri dealer itu boleh dipercayai.
Sahabat-sahabat boleh semak jawatan saya di Dewan Bahasa & Pustaka Cawangan Sarawak jika mahu mengetahui jawatan dan pekerjaan saya.
Hati-hati dengan dealer banyak no telefon & akaun Facebook. Mungkin ada yang mahu diselindungkan.

Mohamad Shafiq Rohaizad Buyong
PG00059788
Kuching, Sarawak

013 3235478

kredit gambar: http://www.mohdzulkifli.com 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan