Khamis, 13 April 2017

Simpan Emas Cara Selamat

[kemaskini 7 ogos 2017] Kadangkala apabila berbual-berbual dengan kawan-kawan, ada juga saya selitkan cerita fasal emas. Cerita serba sedikit mana yang tahu kelebihan menyimpan emas. Berkongsi ilmu yang mana ada hasil pergi seminar Public Gold atau membaca beberapa buah buku tentang emas. Moga-moga ramai lagi yang mula menyimpan emas untuk simpanan masa hadapan. Tetapi apabila cerita fasal emas. Pasti akan keluar dialog ni.

“Eh! Kau tak takut ke simpan emas. Nanti kena curi”

Dialog ini sudah biasa saya dengar. Saya hanya tersenyum, tanpa kata apa-apa. Bagi saya, simpan emas atau apa sekali pun. Kalau nak kena curi, kena juga. Padahal emas itu kecil sahaja saiznya berbandingkan dengan kereta, motosikal, lain-lain lagi. Boleh sorok di mana-mana. Kenapa orang takut membeli emas. Sebabnya simpan emas nanti takut kena curi? Di sinilah letaknya kekuatan nilai emas itu. Walaupun kecil, nilainya tetap tinggi. Walaupun emas itu dalam bentuk serbuk sekalipun, ia tetap bernilai. Itulah emas. Rasa takut simpan emas ini hanya ‘mindset’ kita sahaja. Dah lama-lama nanti, insyallah tak ada masalah.

Bagaimana Simpan Emas Cara Selamat.

#1 Beli Emas Jangan Beri Tahu Orang Lain


Pertama sekali, apabila membeli emas jangan beritahu orang lain, kecuali suami atau isteri kita sahaja. Sangat berisiko sekiranya anda memberi tahu orang lain sekiranya anda membeli emas, waima 1gram. Orang tak tahu, berapa gram emas anda melainkan anda beritahu mereka.

#2 Simpan Di tempat Tidak Dijangka Akal Fikiran

Ramai yang membeli emas hanya simpan di rumah. Antara alasannya, jumlah emas yang sedikit dan tidak mahu berulang alik ke bank atau peti simpan selamat. Jika beli emas dan simpan di rumah. Cari idea nak sorokan emas-emas itu dengan cara paling kreatif, atau cari tempat simpanan yang tidak terjangkau dek akal fikiran manusia. Paling mudah jangan simpan dalam almari atau belakang almari. Itu adalah sasaran pencuri terlebih dahulu.

Cari idea gila-gila sikit. Contohnya simpan dalam pasu bunga, belakang peti ais, dalam badan lampu kalimantang, belakang bingkai gambar, bawah lantai mamar. Tapi beritahu pasangan anda di mana anda menyorokkan emas-emas tersebut. Semasa menghadiri seminar emas Public Gold, guru emas saya Mohd Zukifli Shafie pernah cerita ada seorang pembeli emas meninggal dunia tanpa memberi tahu pasangannya yang dia ada menyimpan emas bernilai 2 juta ringgit semasa hidupnya. Sehingga kini emas-emas itu tidak diketahui nama ia disimpan.

Oleh itu, penting beritahu pasangan anda di mana anda menyimpan emas-emas tersebut. Sekiranya terjadi apa-apa , sekurang-kurangnya pasangan anda tahu di mana lokasi anda menyimpan emas-emas tersebut.

#3 Beli Peti Simpanan Peribadi

Beli peti simpanan peribadi sebenarnya bagus. Ia memudahkan kita menyimpan barang-barang berharga seperti emas dan barang kemas. Jika membeli peti simpanan peribadi, pastikan ia tidak terlihat oleh mata kasar. Cari lokasi yang anda dan pasangan anda sahaja yang tahu. Tetapi jika peti ini dijumpai oleh pencuri. Besar kemungkinan ia cuba dipecahkan.

#4 Sewa Peti Simpanan Selamat (Safe Box)

Royal Safe Deposit Boxes di Sunway

Peti simpanan selamat boleh disewa di bank-bank atau syarikat-syarikat swasta yang ada menawarkan perkhidmatan ini. Sekiranya anda memiliki emas yang banyak, saya syorkan agar menyewa peti simpanan selamat. Kelebihannya, keselamatan lebih terjamin dan dilindungi insurans.

Senarai Bank dan Syarikat Menawarkan Peti Simpanan Selamat

     
     Kredit gambar: http://www.mohdzulkifli.com 
     https://previews.123rf.com
     http://emasajaib.com
     https://www.google.com



Tiada ulasan:

Catat Ulasan