Khamis, 11 Mei 2017

Emas Wang Antarabangsa

Semasa peperangan antara Amerika Syarikat dan Vietnam yang lebih dikenali sebagai perang Vietnam antara 1957 hingga 1975. Ramai rakyat Vietnam melarikan diri ke negara-nagara lain untuk meneruskan kehidupan.  

Dalam keadaan terdesak ini, wang kertas tidak berguna lagi kerana ia hanya laku di negara berkenaan sahaja tetapi tidak di luar negara.  Jadi ramai rakyat Vietnam menukarkan harta mereka dengan emas untuk dibawa lari ke negara lain. Emas inilah digunakan sebagai tukar ganti untuk mendapatkan makanan.

Emas itu dikenali Kim-Thanh. Emas ini kecil dan nipis. Boleh disorokkan dicelah-celah jahitan baju. Inilah harta mereka bawa semasa melarikan diri daripada peperangan dan digunakan sebagai wang untuk mendapatkan makanan.



Jika dilihat daripada cerita di atas, pada ketika itu wang kertas tidak fungsi lagi sebagaimana fungsi mana asalnya, tetapi emaslah yang amat berguna semasa situasi gawat seperti dalam peperangan. 

Emas Ganti Wang Tunai

Semasa saya melakukan ibadah umrah sekitar tahun 2014, kumpulan jemaah kami telah singgal transit di Musqat ibu kota Oman sebelum meneruskan penerbangan ke Jeddah. Ketika kumpulan kami berehat-rehat lapangan terbang, bapa saudara saya teringin membeli secawan kopi dan ketika itu. Beliau tidak menukar duit Oman siap-siap di Malaysia, dengan jangkaan duit Malaysia akan diterima di mana-mana negara.

Kata bapa saudara saya, dia lebih selesa menukar duit Malaysia di Makkah kelak berbanding menukar siap-siap di Malaysia. Katanya rugi tukar duit Saudi di Malaysia kerana pengurup wang di Malaysia ambil untung lebih berbanding menukar wang Saudi di Makkah.
Saya hanya mengiakan saja, memandangkan beliau sudah beberapa kali melakukan ibadah umrah dan haji. Barangkali pengalamannya lebih sedikit berbanding saya ketika itu kali pertama melakukan ibadah umrah.  

Dengan penuh yakin, bapa saudara saya pergi ke kaunter pengurup wang di lapangan terbang untuk menukar wang Malaysia dengan wang negara Oman. Malangnya, petugas kaunter menolak mentah-mentah duit Malaysia. Katanya duit Malaysia (Ringgit) tidak laku di Oman melainkan dolar.

Ini menunjukkan wang kertas bukanlah wang antarabangsa. Wang kertas hanya laku di dalam negara saja dan sesetengah negara saja. Sebab itulah, ramai pelancong Malaysia keluar negara membawa emas untuk menggantikan wang kertas.

Emas ini akan dijual di negara yang dilawati. Selain, alternatif sekiranya kehabisan wang tunai. Walaupun menjual emas di negara asing mengikut persetujui pekedai di negara berkenaan. Tidak mustahil kita dapat menjual dengan harga yang lebih tinggi. Antara sebab, mengapa ramai ke luar negara membawa emas berbanding kertas adalah untuk menjimatkan kos tukaran wang asing.

Emas Wang Antarabangsa


Emas diterima di mana-mana jua di dunia ini. Tiada sempadan negara atau wilayah. Jika membeli emas dari sebuah negara dan menjualnya di negara lain. Ia tetap diterima, asalkannya tulen. Ini disebabkan emas ditentukan berdasarkan berat dan ketulenannya.  

kredit gambar: teratakemasdotcom.files.wordpress.com
 nizamgold.files.wordpress.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan