Isnin, 8 Mei 2017

Harga Jatuh, Apa Perlu Kita Buat

Apabila harga emas jauh sejak akhir-akhir ini ramai yang risau. Bagi mereka yang mempunyai ilmu pelaburan emas yang betul, harga emas jatuh mereka akan tersenyum kerana pada waktu inilah mereka berpeluang untuk memborong emas dengan harga yang rendah. Apabila harga emas naik, mereka akan senyum juga kerana nilai emas dalam tangan akan meningkat. Jika jual semula sudah dapat menikmati keuntungan. Kita sebenarnya tidak perlu risau jika harga emas naik atau turun jika kita memahami dan mempunyai ilmu yang betul tentang emas.

Perlu kita fahami bahawa, emas ialah aset fizikal seperti rumah dah hartanah. Jika harga emas jatuh sekalipun, kita sebenarnya tidaklah betul-betul rugi kerana emas itu ada dalam tangan kita. Contohnya, sekiranya kita ada 100 gram emas misalnya. Apabila harga emas jatuh, 100 gram emas itu tetap berada dalam tangan kita, tidak berkurang walaupun 1gram sekalipun. Berbanding aset kertas, apabila harganya jatuh, kita benar-benar rugi kerana tiada apa-apa manfaat yang kita boleh gunakan pada aset kertas tersebut selain kertas dan nombor.  

Emas, harganya jatuh tetapi ia tetap bernilai. Kerana emas diukur berdasarkan berat dan ketulenannya. Semasa harga emas jatuh, emas boleh di manfaat dalam pelbagai perkara seperti dicagarkan di ar rahnu sebagai modal pusingan perniagaan yang lebih menguntungkan sementara menunggu harga emas naik semula.

Jika sahabat-sahabat faham hakikatnya ini, insyallah harga emas naik, turun, sahabat-sahabat tetap tersenyum.

Harga Emas Jatuh, Apa Perlu Buat

  1. Beli Emas Lagi
Ketika harga emas jatuh, inilah peluangnya untuk kita menambah gram emas dalam tangan. Kita dapat membeli barang bernilai tinggi dengan harga yang rendah.

  1. Tambah Stok Emas
Bagi sesiapa yang menjadi ejen syarikat emas seperti Public Gold misalnya. Inilah masanya untuk tambah stok emas untuk jualan runcit. Pilih item yang dapat banyak permintaan seperti 1gram, syiling 1 dinar atau gold bar.

  1. Buat Promosi Besar-besaran
Bagi mereka yang menjadi ejen. Inilah masanya untuk membuat promosi besar-besaran untuk menggalakkan pembeli membeli emas dengan harga yang rendah. Sebar luaskan maklumkan ini melalui sms, wasap, atau media sosial. Mereka dapat membeli harga yang rendah, kita sebagai ejen dapat insentif jualan. Situasi menang-menang.

Bagi saya ketiga-tiga cara di atas boleh diguna pakai ketika harga emas jatuh. Dengan keyakinan bahawa harga emas akan naik semula dalam jangka masa panjang. Malah, diikutkan bekalan emas dunia semakin menyusut berbanding permintaan yang semakin tinggi, tak mustahil harga emas akan melambung tinggi pada masa akan datang.


kredit gambar: www.kanalaceh.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan