Isnin, 15 Mei 2017

Kelebihan Membeli 1Gram Edisi Koleksi

Mungkin ramai yang tidak mengetahui, Public Gold turun mengeluarkan 1gram edisi, koleksi. Edisi koleksi ini hanya terhad untuk gold bar 1 gram sahaja. Tiada untuk 10-250 gram.  Tujuannyalah, untuk menarik lebih ramai lagi yang membeli emas Public Gold untuk dijadikan koleksi peribadi. Tetapi apa yang saya perhatikan, 1gram edisi koleksi bukan semata-mata menarik pembeli tetapi daripada itu.


Keuntungan Mengumpul 1gram Edisi Koleksi
.
  1. Keuntungan Duit Tidak Bocor
Saya perhatikan, mereka yang berminat mengumpul 1 gram edisi koleksi ini duitnya tidak mudah bocor untuk perkara lain. Dalam bahasa mudahnya, menabung emas dalam pada yang sama dapat kepuasan diri. Lihat kad-kad 1gram edisi koleksi yang cantik-cantik. Macam mengumpul setem.

  1. Keuntungan Kenaikan Emas
Keuntungan kenaikan harga emas itu sudah pasti. Jika kita konsisten membeli, dalam pada masa yang panjang, kita dapat menikmati kenaikan harga. Jual semua untuk ambil untung.

  1. Keuntungan Jual Semula
Edisi koleksi ini ialah edisi terhad, yang mana pada masa tempoh tertentu, Public Gold tidak mengeluarkan lagi edisi berkenaan. Contohnya 1gram edisi hari raya, tahun baru cina dan sebagainya. Apabila edisi ini tidak dikeluarkan lagi ia sudah menjadi barang antik dan menjadi buruan para peminat dan pengumpul koleksi barang-barang antik. Mereka sanggup membeli dengan harga yang tinggi. Di situ kita boleh ambil untung. Beli harga rendah jual dengan harga yang tinggi.

  1. Keuntungan Kad 1gram Sentiasa Cantik
Keuntungan membeli 1gram edisi koleksi inilah reka bentuk kadnya sentiasa cantik dan menarik perhatian. Apabila kadnya cantik, tentunya ia sentiasa mendapat permintaan tinggi.

Bagi saya, tiada kerugian sebenarnya kita membeli 1gram edisi koleksi ini. kita beli sekali. Kita dapat manipulasi keuntungannya pelbagai sudut. Jika tiada pembeli sekali pun, sekurang-kurangnya, kita dapat menyelamatkan duit kita daripada bocor.

Kaedah Membeli

Untuk membeli 1gram edisi koleksi ada dua cara iaitu belian biasa RM220 sekeping dan belian secara akaun GAP. (Informasi tentang GAP klik sini).

Pesan saya, beli melalui kaedah GAP lebih murah. Contohnya hari ini harga emas akaun GAP 187 (16/5/2017) + Gold Premium (RM5 semenanjung / RM10 sabah sarawak)

Harga Bersih

#1 Belian Biasa RM 250 (tiada gold premium)

#2 Belian Akaun GAP 187 +  Gold Premium (RM5 semenanjung / RM10 sabah sarawak)
Semenanjung : RM 192
Sabah Sarawak : RM 197













kredit gambar:  http://www.mohdzulkifli.com
www.publicgold.com.my



Tiada ulasan:

Catat Ulasan