Sabtu, 17 Jun 2017

Anak Muda Perlu Menyimpan Emas

Sejak saya bergiat aktif sebagai dealer Public Gold. Saya lihat, dah ramai anak-anak muda mula menyimpan emas.

Ini satu perkembangan positif. Bisanya waktu muda inilah kebanyakan anak-anak muda enjoy dengan life masing-masing. Inilah masa paling sesuai nak pakai kereta mewah, pakai mahal-mahal, lebih-lebih lagi bagi mereka yang masih bujang. Sebabnya masa dulu tak merasa, sekarang dah pegangan duit sendiri, nak merasa apa yang tak pernah merasa dulu.

Sekarang saya lihat anak-anak muda lebih berhati-hati dalam soal pengurusan kewangan. Ditambahkan pula, dengan lambakan buku-buku kewangan di pasaran telah membuka pemikiran anak-anak muda hari ini agar lebih celik tentang kewangan.

Anak mudah zaman ini saya katakan lebih terdidik dengan ilmu kewangan melalui pembacaan, seminar-seminar daripada pakar-pakar kewangan seperti Azizi Ali. Fikiran anak muda zaman sekarang saya lihat lebih jauh ke hadapan berbanding dahulu.

Jika dahulu anak muda lebih suka enjoy dengan duit gaji. Kini saya lihat anak muda rata-rata dah mula beringat untuk menyimpan, terutama menyimpan emas.

Saya seronok apabila ada rakan-rakan saya bertanya tentang emas dan berminat nak simpanan emas. Walaupun, ada yang dah mula menyimpan dan ada yang belum. Sekurang-kurangnya mereka ada keinginan untuk menyimpan emas. 

Saya amat syorkan anak muda mulakan simpanan emas terlebih dahulu berbanding membina aset lain. Jika dah ada aset lain, jadikan emas sebagai aset tambahan atau pelindung kepada aset sedia ada.

  1. Aset Paling Murah
Boleh saya katakan, emas ialah aset paling murah yang boleh dimiliki setiap orang. Dengan modal yang minimum, sahabat-sahabat dah boleh mulakan simpanan emas serendah 1 gram. Bajet sekitar RM200 sahabat-sahabat boleh dapat beli gold bar 1 gram Public Gold.

Untuk dapatkan harga lebih murah, saya syorkan sahabat-sahabat buka akaun Gold Accmulation Program (GAP) Public Gold. 

  1. Lebih Berdisiplin Tentang Pengurusan Wang
Apa yang saya perhatikan, sahabat-sahabat yang dah mula simpanan emas. Mereka lebih berdisiplin dalam soal pengurusan kewangan. Mereka lebih mementingkan simpanan terlebih dahulu sebelum berbelanja. Ini cara yang betul dan sepatutnya anak-anak muda amalkan. Tahan dahulu kemahuan, cukupkan simpanan 3 - 6 bulan pendapatan, dan 3 bulan pendapatan untuk dana kecemasan.

Bagi saya menyimpan dan membina aset ketika muda lebih penting daripada memenuhi kehendak diri. Kalau diikutkan kehendak diri, rasanya tak pernah habis. Cukupkan kehendak diri secara sederhana pun dah cukup bagus.

  1. Menutup Kebocoran Wang
Emas sememangnya ubat kepada kebocoran wang. Anak mudah amat sinonim dengan kebocoran wang. Susah nak menyimpan setiap bulan, saya syorkan simpan duit dalam bentuk emas. Jangan percaya cakap saya. Sahabat-sahabat cuba sendiri. Berkesan atau tidak.

Kalau mengikut pengalaman saya, memang benar, apabila duit kita ditukarkan kepada emas, duit kita bertahan lebih lama. Sudah menjadi fitrah manusia sukakan emas. Apabila ada emas dalam tangan, kita rasa sayang nak jual. Kalau terdesak sekalipun, guna dulu duit mana-mana yang ada. Emas last sekali. Dah tak ada pilihan barulah kita jualkan emas tersebut. Begitulah kuasa emas kepada manusia.

  1. Emas Tiada Nombor
Apabila simpan duit dalam bank atau buku pelaburan. Kita sering kali ditipu dengan nombor. Apabila nombor bertambah, kita rasa semakin kaya. Hakikatnya tidak. Walaupun nombor bertambah tetapi nilai duit kita semakin jatuh. Kuasa belinya semakin merosot. Wang kertas tidak sesuai dijadikan penyimpan nilai jangka panjang.

Untuk simpanan jangka panjang, saya syorkan simpanan duit dalam bentuk aset fizikal seperti hartanah, emas, dan silver. Kerana nilainya lebih bertahan daripada inflasi dan kita dapat menikmati keuntungan daripada kenaikan harga darpada aset tersebut. 

Emas nilai lebih stabil berbanding nilai duit kertas yang sentiasa merosot saban tahun.

Emas juga tiada nombor. Kita simpan berapa banyak sekali pun, kita tidak tahu berapa duit kita ada. Yang kita tahu, bilangan keping dan gram emas yang kita ada.  

  1. Simpanan Kecemasan
Emas boleh dijadikan simpanan kecemasan. Simpan 3 bulan gaji dalam bentuk emas sebagai dana kecemasan. Gunakan dana ini untuk hal-hal kecemasan saja. Jangan usik kalau bukan hal-hal kecemasan.

Bagi saya, inilah masa terbaik untuk kita memulakan simpanan emas. Usia masih muda, perkhidmatan masih panjang. Ini peluang terbaik untuk kita giat menyimpan. Apabila dah sampai seru untuk berkahwin, beli rumah, pergi umrah atau haji. Gunakan emas yang disimpan. Insyallah nilainya dapat memenuhi hasrat kita pada masa hadapan.

Wallahualam ... 

Mohamad Shafiq Rohaizad Buyong
PG 00059788
Dealer Public Gold
013 3235478

kredit gambar: 4.bp.blogspot.com 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan