Selasa, 13 Jun 2017

Saya Bermula Dengan Dinar Kelantan

Masuk tahun 2017 sudah tiga tahun saya bersama Public Gold. Dalam masa tiga tahun dah macam-macam pengalaman saya peroleh. Bermula hanya sebagai pelanggan biasa, kini saya sudah bergelar Dealer Public Gold.
Saya jadi dealer pun bukanlah sebab nak jadi dealer sangat, tetapi terjadi dealer. Sejak saya masuk skim pencen selepas disahkan jawatan. Saya dibenarkan untuk mengeluarkan wang dalam KWSP bahagian pekerja.
Biasanya sapa-sapa dapat durian runtuh seperti duit KWSP dah lama dah pergi bershooping, tapi saya tidak. Saya tukarkan sebahagian besar ganjaran itu dengan emas.
Kebetulan ketika itu Public Gold sedang promosi jadi dealer. Secara automatik selepas pembelian status saya ditukar daripada pelanggan biasa kepada dealer sah Public Gold.

Saya Bermula Dengan Dinar Emas Kelantan

Saya mula kenal emas sejak di bangku universiti lagi. Ketika itu ada rakan saya menjual dinar Kelantan di Universiti Malaya sekitar tahun 2011.
Seingat saya harga dinar Kelantan ketika itu sekitar RM 300. Kini harga dinar sekitar RM800. Pada ketika itu saya katakan harga dinar terlalu mahal. Apakan tidaknya barang sebesar 20 sen harga dalam RM 300. Saya tidak pedulikan emas sehingga saya memasuki dunia pekerjaan sekitar tahun 2013.
Rezeki saya agak murah ketika itu, saya ditawarkan kerja tetap sebelum saya konvokesyen. Sekitar tahun 2013 saya sekali lagi bertemu jodoh dengan dinar Kelantan. Kali ini, ada rakan seunversiti saya sering mempromosikan dinar Kelantan di facebook miliknya. Saya tertarik kerana dia mengatakan bahawa tahun tersebut (2013) harga emas jatuh di paras lombong.
Saya tidak percaya kerana ketika itu saya kosong tentang emas, lebih-lebih lagi ilmu tentang. Saya tergerak hati membeli emas ketika itu disebabkan ingin mencuba membeli emas dan tertarik dengan reka bentuk dinar Kelantan. Baru kerja, duit masih banyak dalam poket. Saya membeli atas dasar suka sahaja.
Apabila pesanan emas saya sampai di tangan. Saya bagai dirasuk dengan hantu emas. Itulah kali pertama saya membeli dan memegang emas dengan duit saya sendiri.. Saya mula jatuh cinta dengan emas dan saya ingin membeli lagi emas. Tetapi malangnya syarikat yang menjual dinar Kelantan tiada cawangan di Sarawak.

Dinar Kelantan

Dinar Public Gold

Setahun Tahun Mencari

Sebenarnya saya hampir lupa dengan emas kerana dihambat kesibukan kerja-kerja pejabat. Walaupun sesekali saya membelek-belek emas yang pertama saya beli ketika waktu lapang. Niat untuk menambah koleksi emas tetap ada dalam hati tetapi saya tak tahu di mana hendak membeli. Di kedai emas terlalu mahal. Malah, ada orang kata kedai emas selalu menipu pelanggan sehingga saya bertemu dengan blog http://www.mohdzulkifli.com/ (mentor saya sekarang). Saya mula belajar tentang emas dalam blog tersebut. Ketika itu saya bertemu dengan Public Gold.  Bermula sebagai pelanggan biasa, kini bergelar Dealer Public yang aktif menulis dan menyebarkan ilmu-ilmu emas untuk manfaat masyarakat.

Mohamad Shafiq Rohaizad Buyong
PG 00059788
013 3235478

Kuching, Sarawak   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan