Ahad, 30 Julai 2017

Luaskan Pasaran Di PG Mall

Selain menawarkan transaksi jual beli emas dan perak, Public Gold juga turut mempunyai sebuah laman web beli-belah yang dikenali sebagai PG Mall www.pgmall.my PG Mall dibangunkan oleh Public Gold bertujuan untuk menggalakkan orang ramai membeli belah dalam talian. Di samping mengetengahkan produk-produk tempatan di peringkat antarabangsa.

Keistimewaan PG Mall ialah pelanggan boleh membeli belah secara bebas 24 jam 7 hari seminggu, dengan pilihan bayaran menggunakan gram emas (melalui akaun GAP) atau tunai (bayaran secara online banking)

Produk Yang Ada Dalam PG Mall:

#1 Produk Ibu dan Anak
#2 Barangan Sukan
#3 Pakaian
#4 Barangan Elektronik
#5 Barangan Kesihatan dan Kecantikan
#6 Perkhidmatan dan Seminar
#7 Pelancoan dan Penginapan
#8 Peralatan Rumah
#9 Barangan Runcit

Buka Kedai Online Di PG Mall

PG Mall bukan sekadar laman web beli-belah. Apa yang saya perhatiankan, PG Mall turut membuka peluang kepada usahawan-usahawan tempatan terutama anak muda untuk memasarkan produk mereka di PG Mall.
Tak banyak laman web seperti PG Mall yang membuka peluang seperti ini. Bagi saya, ini peluang keemasan yang perlu direbut oleh peniaga-peniaga online.
Jika selama ini kita hanya bergantung pada pasaran di facebook, instagram. Apa kata, saya pelawa tuan-tuan dan cik puan sekalian memasarkan produk tuan-tuan dan cik puan di PG Mall.

Kelebihan Menjadi Peniaga PG Mall

#1 Sistem IT PG Mall Yang Mesra Pengguna
Sistem IT PG Mall mesra peniaga dan pembeli. Sistem IT yang PG Mall sediakan mudah dikendalikan. Nak urus pesanan pun mudah.

#2 Pengiklanan Percuma
Setiap minggu PG Mall akan memilih 5 hingga 8 produk baru atau yang sedia ada dalam PG Mall untuk diiklankan di bahagian utama laman web. Di sini kita sebagai peniaga dah jimat untuk buat pengiklanan. Sebabnya, PG Mall akan buat semuanya untuk kita.

#3 Pengurangan yuran transaksi 1-3% untuk peniaga  PG Mall.
Apabila peniaga  PG Mall sendiri  membeli belah dalam website PG Mall. Mereka mendapat pengurangan yuran transaksi 1-3%, berbanding pelanggan biasa 5%. 

#4 Promosi Mingguan
PG Mall akan melakukan promosi mingguan di laman web PG Mall bagi menggalakkan lebih ramai pembeli membeli di PG Mall.

#5 Jaminan Pembayaran
PG Mall jamin pembayaran kepada peniaga apabila ada transaksi jual beli. Peniaga boleh pilih pembayaran dalam bentuk gram emas (au 999) atau tunai (RM).

Pembayaran akan dilakukan selepas hari ahad setiap minggu. Ini bermakna, hasil jualan akan dikumpulkan dari hari isnin - ahad.

Minggu seterusnya pembayaran akan dikreditkan dalam akaun peniaga. 3 hari bekerja untuk pemegang akaun Maybank dan 4 hari bekerja untuk pemegang lain-lain akaun.
Bagi saya, PG Mall sudah sediakan platform yang cukup baik untuk memasarkan produk kita. Jadi saya sarankan rebut peluang ini. Luaskan lagi, jaringan pemasaran produk anda melalui PG Mall.

Daftar sebagai peniaga PG Mall klik sini: Daftar

Mohamad Shafiq Rohaizad Buyong
Kuching
30 Julai 2017


kredit gambar:http://4.bp.blogspot.co

Tiada ulasan:

Catat Ulasan