Khamis, 13 Julai 2017

Isteri Perlu Pandai Pandu Kereta

Isteri zaman sekarang tak macam zaman mak-mak kita dahulu. Duduk rumah, masak, basuh baju, buat kerja rumah. Petang tunggu ayah kat muka pintu. 
Mungkin ada macam tu tapi tak ramai.

Zaman sekarang suami isteri kena bekerja untuk tampung kehidupan. Kiranya dua enjin bekerja untuk gerakkan bahtera. Isteri sekarang juga kena belajar macam-macam. Bukan setakat memasak, kemas rumah. Lebih daripada itu isteri kena buat. Salah satunya isteri kena belajar dan pandai pandu kereta.

Saya yakin masih ramai para suami tak izinkan isteri pandu kereta, takut jadi macam-macam. Bagi saya, itu pemikiran yang harus kita buang jauh-jauh. Kita perlu tingkatkan kemahiran isteri. Salah satunya ialah kemahiran pandu kereta. Banyak manfaatnya kalau isteri kita boleh memandu.

#1 Kes-Kes Kecemasan

Kalau ada kes-kes kecemasan misalnya. Isteri boleh bawa kita ke klinik atau hospital. Tak perlu telefon teksi ambil di rumah. Isteri pandu kereta, kita dah jimat kos di situ.

#2 Tukar Pemandu Apabila Jalan Jauh

Apabila balik kampung misalnya, kita boleh tukar-tukar pemandu apabila penat. Suami mengantuk, isteri boleh ganti memandu, terutama perjalanan jauh. Inilah kelebihan jika isteri pandai pandu kereta.

#3 Isteri Boleh Hantar Sekiranya Kerja Luar Kawasan

Saya biasa  bekerja di luar kawasan. Contohnya pergi Sibu, Bintulu, Miri. Biasanya saya akan guna kapal terbang. Jarak bandar Kuching dengan bandar-bandar utama di Sarawak agak jauh. 

Jika ke Miri guna jalan darat boleh ambil masa 12 jam dari Kuching. Itu pun guna kenderaan 4x4. Kalau guna kapal terbang, ambil masa 1 jam dari Kuching ke Miri.

Biasanya isteri saya yang akan hantar dan jemput di lapangan terbang. Saya tak perlu ambil teksi.


Jadi para suami, galakan isteri belajar memandu. Banyak kelebihannya. Kita juga mudah nak minta bantu mereka. 

Mohamad Shafiq Rohaizad
Kuching
13 Julai 2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan