Khamis, 13 Julai 2017

Kos Menunaikan Haji

Kita tahu kos menunaikan haji semakin meningkat dari tahun ke tahun. Walaupun Tabung Haji mengekalkan kos untuk tunai haji kali pertama masih RM 9,980 tahun ini. Saya percaya kos ini tidak akan kekal lama.

Suka tak suka kita perlu terima satu hari nanti Tabung Haji akan mengumumkan kenaikan kos menunaikan haji lebih daripada RM 10,000 bagi jemaah kali pertama menunaikan haji.

Jika lihat daripada carta di bawah, kita dapat melihat peningkatan kos menunaikan haji bagi 3 tahun berturut-turut.
Kos menunaikan haji kali pertama tidak berubah, tapi kos menunaikan haji kali kedua meningkat setiap tahun.

Jika tahun 2015 kos menunaikan haji bagi jemaah kali kedua ialah RM 17,270. Tahun 2017 pula, kos menunaikan haji meningkat kepada RM 19,550.

Dari tahun 2015 hingga 2017 terdapat peningkatan sebanyak RM2,280.

Emas Dana Tunai Haji

Sebenarnya saya terkejut apabila mentor saya menyatakan kos tunai haji menurun apabila apabila dibayar dalam bentuk emas.



1998 - RM8,000 (RM30/g) = 267 gram

1999 - RM8,131 (RM35/g) = 232 gram

2000 - RM8,585 (RM38/g) = 225 gram

2002 - RM9,445 (RM42/g) = 224 gram

2011 - RM9,980 (RM147/g) = 68 gram

2017 - RM9,980 (RM180/g) = 56 gram

Tapi apabila melihat daripada pergerakan harga emas sekarang. Saya yakin kos pergi haji akan menurun lagi pada tempoh masa akan datang.

Kumpul Emas Pergi Haji

Saya sangat galakan anak muda khususnya pasang niat siap-siap nak pergi haji atau umrah. Bermula dengan niat, baru adanya tindakan. Kumpul emas dari sekarang 1 gram 1 bulan. Cara yang saya boleh syorkan kiranya paling murah, paling mudah ialah dengan membeli melalui akaun GAP. 



Lebih cantik, beli secara konsisten setiap bulan. Walaupun akaun GAP ni taklah wajibkan kita beli setiap bulan, tetapi apabila kita konsisten, lebih cepat kita capai matlamat.

Berapa Gram Untuk Tunai Haji 

Berdasarkan kajian sifu saya, Mohd Zulkifi Shafie, target 60 gram emas. Target beli 1 gram 1 bulan dari sekarang. Lagi 5 tahun insyalah cukup 60 gram. Tapi kalau lebih lagi bagus. Kalau ada duit lebih boleh pergi haji dengan agensi swasta seperti Andalusia Travel & Tours.  

Untuk sebarang pertanyaan boleh wasap saya bila-bila masa 013 3235478 (Shafiq Rohaizad) atau 019 4497345 (Nuraini).

Kami dealer Public Gold yang aktif menyebarkan ilmu-ilmu emas kepada masyarakat.

Mohamad Shafiq Rohaizad
Kuching
13 Julai 2017

Sumber : http://www.tabunghaji.gov.my/maklumat-4
http://www.mohdzulkifli.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan