Ahad, 30 Julai 2017

Nilai Tersembunyi Dalam 1 Gram

Gold bar 1 gram YDP Agong edisi Pos Ar Rahnu baru saja dijual di semua cawangan Pos Ar Rahnu seluruh Malaysia. Memandangkan Sarawak belum ada Pos Ar Rahnu, saya terpaksa buat pesanan dari semenanjung.

Sekeping 1 gram YDP Agong berharga RM250 - RM280. Bagi saya, inilah gold bar paling murah dalam pasaran. Gold bar 1 gram edisi terhad YDP Agong hanya terhad 30 ribu keping saja. Jadi sapa cepat dia dapat.

Dengar berita jualan pusingan pertama dah habis dijual. Kepada mereka yang masih belum beli gold bar 1 gram edisi YDP Agong, pergi cepat-cepat buat tempahan di Pos Ar Rahnu berhampiran.
Buat bayaran, jika dah ada stok, wakil Pos Ar Rahnu akan hubungi kita.

Selain Pos Ar Rahnu, Public Gold juga ada pelbagai koleksi 1 gram. Boleh rujuk dalam website Public Gold di sini. www.publicgold.com.my

Apa yang saya perhatikan dalam kalangan pembeli emas ini. Ada 4 golongan pembeli:

#1 Suka beli dinar saja.
#2 Suka beli gold bar saja.
#3 Suka beli 1 gram koleksi saja.
#4 Ada yang tak kisah. Mana-mana pun boleh

Bagi saya, ini normal. Setiap orang ada minat masing-masing. Sejujurnya saya lebih minat beli dinar berbanding gold bar. Ada orang tanya saya. mana lebih untung, beli dinar atau gold bar? Bagi saya dua-dua sama saja. Yang berbeza hanya daripada segi bentuk dan berat. Dari sudut susut nilai, gold bar dan dinar sama.

Keistimewaan 1 Gram

Saya perhatikan, nilai 1 gram bukan terletak pada emas semata-mata, tetapi ada nilai lain yang hanya pembeli 1 gram saja yang tahu.

#1 Nilai Semasa
Nilai semasa ialah nilai emas 1 gram buat masa ini. Nilai ini umumnya orang dan maklum. Misalnya nilai emas 1 gram sekarang di Public Gold ialah RM 250 sekeping. Di tempat lain, mungkin RM 280 ke atas. Begitulah seterusnya.

#2 Nilai Sejarah
Nilai sejarah ialah nilai yang terletak pada sesuatu peristiwa. Contohnya bersempena pertabalan YDP Agong. Public Gold mengeluarkan emas 1 gram edisi terhad bersempena peristiwa tersebut.
1 gram gold bar yang dijual bukan saja terletak pada emas itu, tetapi pada nilai sejarahnya. Tak hairanlah, jika ada yang jual sehingga RM 300 sekeping. Ada pula yang sanggup membeli, kerana nilai sejarahnya.

#3 Nilai Pengumpul
Nilai pengumpul ialah nilai yang terletak pada pengumpul 
emas tersebut. Nilai pengumpul biasanya dilihat pada reka 
bentuk, nombor siri, dan sejauh mana  keistimewaan emas
edisi terhad tersebut.

Pembeli 1 gram bukan setakat melihat nilai semasa pada emas. Tapi nilai lain yang hanya dalam kalangan pengumpul emas saja yang tahu. Semakin cantik reka bentuk, nombor siri, semakin mahal harganya. Lebih-lebih lagi apabila 1 gram itu sudah masuk kategori yang tak dijual lagi. Apabila penjualnya dihentikan, pengumpul 1 gram sanggup membelinya walaupun harga yang mahal. 

Mungkin ramai juga pembeli emas tak tahu atau tak sedar, mengapa Public Gold mengeluarkan 1 gram koleksi. Kadang-kadang saya pun terlepas pandang fenomena ni.
Salah satu sebabnya ialah untuk menampung kehendak pembeli emas golongan ketiga yang suka kumpul 1 gram ni. Selain membantu lebih ramai masyarakat Malaysia memulakan simpanan emas serendah 1 gram

Beli Dengan Akaun GAP

Cara paling mudah, paling murah membeli emas 1 gram ialah dengan melalui akaun GAP Kaedah ini lebih murah berbanding membeli secara retail (harga runcit). Sahabat-sahabat boleh kumpul emas dalam akaun GAP secara percuma. Rasa nak pegang emas sendiri. Boleh keluarkan emas tersebut di mana-mana cawangan Public Gold.

Nak keluarkan 1 gram koleksi pun boleh, tetapi bergantung pada stok di cawangan. Saya syorkan sahabat-sahabat telefon dahulu mana-mana cawangan Public Gold dan tanyakan stok. Kalau ada stok, minta mereka simpan siap-siap untuk kita. Takut ada orang lain ambil gold bar yang kita suka. Sahabat-sahabat boleh rujuk artikel dan e-book saya untuk tahu lebih lanjut berkenaan akaun GAP.

Mohamad Shafiq Rohaizad
Kuching
29 Julai 2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan