Jumaat, 4 Ogos 2017

Beli Emas Cara Paling Selesa

Public Gold amat mengambil berat keselesaan pelanggan semasa menjalankan urusan jual beli emas. 

Dari semasa ke semasa Public Gold cuba menaik taraf dan memperbaiki mutu perkhidmatan demi keselesaan pelanggan PG.
  
Dari pelbagai segi, termasuklah kaedah pembelian emas. Saya perhatikan, Public Gold satu-satunya syarikat jual beli emas paling mudah nak beli emas. Bak kata guru emas saya En Mohd Zulkifli Shafie, mudah beli, mudah jual, untung maksimum.

Sebelum saya mengenali Public Gold, saya bermula dengan dinar Kelantan. Disebabkan syarikat yang menjual dinar Kelantan agak terhad dan tak banyak di lain-lain negeri selain di Kelantan. Saya pula bekerja di Sarawak. Memang sulit bagi saya untuk menjalankan urusan jual beli.

Blog guru sayalah yang banyak memperkenalkan kepada saya tentang emas  terutama kebaikan emas Public Gold. Bermula dari situ saya belajar dan terus belajar mengenali emas sehingga sekarang.

Sepanjang saya berurusan jual beli emas dengan Public Gold. Saya lihat Public Gold telah memperkenalkan beberapa kaedah pembelian. Pilih saja cara pembelian yang paling selesa dan mudah bagi sahabat-sahabat sekalian.

#1 Cash & Carry
Datang mana-mana cawanganPublic Gold seluruh negara. Pilih item emas yang masih ada di dalam stok cawangan. Buat bayaran dan bawa balik emas. Kaedah ini sama seperti kedai emas.

#2 Tempah Secara Online
Tempah online dalam laman web Public Gold. Untuk makluman sahabat-sahabat sekalian tempahan secara online dibuka 24 jam 7 hari seminggu. Ini memberi keselesaan kepada pembeli nak buat tempahan. Harga emas Public Gold dikemas kini setiap 20 minit mengikut pergerakan harga emas dunia.

Pilih item emas yang kita suka. Lock harga. Buat bayaran. Kaedah online banking paling baik. E-melkan slip bayaran. Apabila dah dapat pengesahan bayaran. Boleh ambil emas di cawangan Public Gold.

Lebih baik telefon cawangan Public Gold untuk memastikan stok anda dah sedia untuk diambil. Kalau tidak, buat penat je datang, tapi stok belum sedia lagi.

#3 Easy Payment Purchase (EPP) Patuh Syariah
Beli item emas secara ansuran patuh syariah 4 kali atau 10 kali bayaran. Contohnya, beli gold bar 20 gram atau dinar. 

10 kali bayaran untuk gold bar 250 gram ke atas. Habiskan bayaran ansuran dulu baru emas diserahkan. Selagi ansuran tak habis bayar, emas tidak akan diserahkan kepada anda.

Pembelian golg bar 250 gram ke atas boleh dilakukan 10 kali bayaran melalui EPP
#4 Beli dan Simpan Secara Percuma (GAP)
Beli dan simpan secara percuma emas serendah 1 gram melalui akaun Gold Accmulation Program (GAP). Kumpul emas sebanyak anda mahu. Emas dalam akaun GAP boleh dikeluarkan bila-bila masa di mana-mana cawangan Public Gold. 

Telefon dahulu cawangan yang hendak kita berurusan. Katakan kepada staf PG kita mahu keluarkan emas dari akaun GAP. Maklumkan item kita mahu, gold bar atau dinar, supaya staf dapat sediakan stok untuk kita.

Inilah 4 langkah mudah yang disediakan oleh Public Gold untuk memudahkan dan memberi keselesaan kepada kita selaku pembeli dan pelanggan Public Gold. Public Gold sedaya upaya menyediakan perkhidmatan terbaik untuk pelanggan setianya.

Mohamad Shafiq Rohaizad Buyong
3 Ogos 2017
Kuching

kredit gambar: http://sahabatpegadaian.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan