Ahad, 20 Ogos 2017

Kelebihan Datang Seminar Public Gold

Nak celik ilmu tentang emas, mahu tak mahu kita perlu belajar. Seperti mana pesan guru emas saya, Encik Mohd Zulkifli Shafie. Pelaburan yang baik ialah pelaburan yang kita ada ilmu tentangnya. 

Maksudnya di sini, apa-apa saja pelaburan sekalipun, kita mesti ada ilmu. Kalau tidak, melaburlah dalam apa skim pelaburan sekalipun, termasuk emas tetap rugi. Sebabnya kita tak ada ilmu tentangnya.

Sama juga jika kita beli emas. Sekadar beli emas, tapi kita tahu nak gunakan emas, satu kerugian besar. Jadi cara terbaik ialah, belajar bagaimana nak gunakan emas sebagai simpanan atau pelaburan. 

Cara yang boleh saya beritahu, baca buku, baca blog-blog yang ada autoriti  tentang emas, seperti blog guru emas saya www.mohdzulkifli.com atau blog guru emas Malaysia Encik Syukor Hashim jutawanemas.com. Dua blog ini saya kira, ilmunya sangat tinggi dan bermanfaat. 

Belajar Dalam Seminar

Selain baca buku, atau blog, cara paling cepat nak faham tentang emas ini, datang mana-mana seminar emas. Secara berbayar atau percuma. Apa yang saya lihat, mereka yang kerap datang seminar ni, dia lebih cepat faham daripada mereka yang hanya baca buku atau baca blog. 

Seminar oleh En Mohd Zulkifli Shafie

Kelebihan apabila datang seminar, kita dapat ilmu langsung daripada mereka yang pakar tentang emas. Selain itu, dalam seminarlah tempat paling sesuai nak bertanyakan bermacam-macam soalan. Bagi saya, tanyalah apa-apa soalan sekalipun. Tak apalah, biar orang tengok kita tak cerdik 5 minit daripada kita tak cerdik selama-lamanya.

Baca buku, sebenarnya kita banyak salah faham atau memang ada benda kita faham. Jadi melalui seminar ini, ambil peluang untuk kita memperbetulkan kefahaman kita tu. Betulkan mindset kita tentang emas. Apabila kita dah faham, harga emas naik kita suka, harga emas turun pun kita suka.  

Sekolah Emas Antarabangsa

Setahu saya, syarikat jual beli emas yang aktif menganjurkan seminar emas percuma hanyalah Public Gold Marketing saja. Jika ada di tempat-tempat lain, saya kurang pasti ada atau tidak. Jika seminar berbayar. Saya kira ada, tak kurang juga beratus-ratus harganya. Bagi kita orang kebanyakan ni, harga sebegitu sememangnya mahal.

Atas komitmen Public Gold untuk mendidik masyarakat berkenaan ilmu emas. Public Gold sangat aktif mengadakan seminar-seminar emas percuma di seluruh negara. Dalam kiraan saya lebih daripada 100 seminar di adakan setiap bulan.

Seminar ini bukan saja di adakan di Malaysia. Malah, turun di adakan di Singapura, Indonesia, dan Brunei. Boleh dikatakan seminar emas Public Gold, sekolah emas antarabangsa.

Public Gold bukan saja menjual emas tetapi turun mendidik masyarakat tentang emas. Bagi saya, ilmu emas sangat mahal harganya. Namun, Public Gold berikan ilmu yang mahal itu dengan percuma. Siap, ada cabutan bertuah lagi.

Saya semahunya tidak akan lepaskan peluang hadir mana-mana seminar emas Public Gold. Bagi saya, ilmu emas ni sangat berharga dan lebih mahal daripada emas. 

Ilmu sebegini tak diajar di sekolah atau di universiti.  Kalau balik kampung sekalipun, kalau ada seminar Public Gold saya akan cuba curi-curi peluang untuk hadir. Untuk maklumat sahabat-sahabat, Public Gold mempunyai 18 cawangan seluruh negara.

Setiap Seminar Lain Pengisian

Daripada pengalaman peribadi saya mengikuti seminar Public Gold. Boleh saya katakan setiap seminar, lain pengisiannya. Walaupun penceramah orang yang sama. Dalam setiap seminar mesti ada ilmu baru. 

Jadi, sapa-sapa kerap datang seminar, dia lebih ke hadapan, lebih banyak tahu tentang emas, secara tidak langsung lebih mengetahuan perkembangan semasa Public Gold.

Jadi, kepada sahabat-sahabat, saya sangat pelawa untuk hadir mana-mana seminar Public Gold. Ajak kawan-kawan sekali, saudara mara, atau adik-beradik. Boleh rujuk jadualseminar di sini

Jika hadir mana-mana seminar emas Public Gold, jangan lupa letakan nama dealer sahabat-sahabat sebagai introducer. 

Introducer ini penting untuk sahabat-sahabat mendapatkan bimbingan percuma tentang emas atau meminta bantuan mereka sekiranya perlu. 

Jika masih tiada dealer. Boleh letakan nama saya MOHAMAD SHAFIQ ROHAIZAD PG00059788 sebagai introducer sahabat-sahabat. Insyallah, saya bantu setakat mana saya tahu.

Sahabat-sahabat boleh hubungi saya 013 3235478 atau isteri saya Puan Nuraini Nabilah 019 4497345. Kami dealer yang aktif menyebarkan ilmu emas kepada masyarakat. 

Mohamad Shafiq Rohaizad
21 Ogos 2017
Kuching

Tiada ulasan:

Catat Ulasan