Rabu, 16 Ogos 2017

Kunci Kejayaan Dengan Simpanan Emas

Kunci kejayaan dalam simpanan emas bukan semata-mata terletak pada keuntungan kenaikan harga emas saja. Mungkin, itu salah satu faktor, tetapi harga emas ada turun naiknya, dan tidak sentiasa naik sepanjang masa. 

Apa yang saya lihat, ada penyimpan emas, tatkala harga emas naik dia senyum, harga emas turun dia murung. Jika dia mempunyai ilmu yang betul tentang emas. Harga emas naik dia senyum, harga emas turun pun dia senyum. Jadi bagaimana nak sentiasa senyum. 

#1 Ilmu Tentang Emas

Untuk berjaya dalam simpanan emas. Kunci yang paling penting adalah ilmu. Tanpa ilmu seolah-olah kita berada di dunia yang gelap. Kita tak tahu apa kita buat. Dalam konteks simpanan emas pula kita hanya mengharapkan nasib untuk untung dengan emas. Pesanan penting daripada Robert T. Kiyosaki penulis Rich Dad Proo Dad menyatakan “Bukan emas yang membuatkan kita kaya, tetapi yang membuatkan kita kaya ialah ilmu kita tentang emas itu sendiri.

Sahabat-sahabat boleh baca buku atau ikut blog guru-guru emas di Malaysia. Antara buku yang baik untuk dibaca ialah ‘Wang Emas Bertahan Ketika Gawat’ oleh guru emas saya Mohd Zulkifli Shafie dan ‘Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas’, Syukor Hashim, ‘Masa Untuk Emas’, Azizi Ali. Selain itu, ikut juga blog mereka www.zulkifli.com dan www.jutawanemas.com   

Kedua-dua buah buku ini boleh dibeli di PG Mall

#2 Mulakan Belian Pertama

Apa yang saya lihat, masih ramai belum buat beli pertama. Walaupun harga emas ketika itu diparas yang rendah. Saya tanya. Mengapa tak beli emas lagi. Walaupun harga sekarang sangat rendah. Ramai yang jawab nak tunggu harga turun lagi.

Bagi saya, selagi kita tak buat belian pertama. Kita tak akan faham turun naik harga emas. Yang mana harga dianggap tinggi, mana pula harga dianggap rendah. Tunggu harga turun sebelum buat belian pertama bukan cara terbaik.

Cara terbaik ialah beli dahulu baru pantau harga. Ini juga yang selalu ditekan oleh guru emas saya En Mohd Zulkifli Shafie. Belian pertama penting sebagai bencemark harga kita. Anggaplah belian pertama sebagai pengalaman dan motivasi untuk belian seterusnya.

Apabila dah buat belian pertama, kita dapat aura pegang emas sendiri. Belian pertama ini, boleh dimulakan dengan syiling dinar atau gold bar serendah 1 gram.

Mulakan belian pertama untuk dapatkan aura emas

#3 Hadir Seminar Tentang Emas

Apabila kita membaca buku, sering ada salah faham dan kurang jelas apa yang disampaikan oleh penulis dalam buku mereka. Saya juga mengalami perkara yang sama. Untuk mendapat penjelasan yang teperinci dan jelas. Saya sarankan sahabat-sahabat hadir mana-mana seminar emas yang diadakan. Di sinilah medan kita untuk mendapatkan ilmu emas yang lebih jelas daripada pakar. Malah, kita juga boleh bertanyakan soalan-soalan yang masih bermain dalam fikiran.

Syarikat paling aktif mengadakan seminar emas secara percuma ialah Public Gold Marketing. Kepada sahabat-sahabat yang mahukan ilmu emas secara percuma saya amat galakan sahabat-sahabat hadir mana-mana seminar emas di anjurakan oleh Public Gold. Boleh semak jadual seminar di sini. Jadual Seminar.

Seminar emas yang disampaikan oleh guru emas saya Encik Mohd Zulkifli Shafie

#4 Rujukan Tambahan

Baca sebuah dua buku sebenarnya tidak cukup kerana setiap penulis mempunyai pengalaman tersendiri. Malah, mereka bercerita berdasarkan pengalaman masing-masing. Untuk mendapatkan pandangan yang lebih luas daripada perspektif yang berbeza. Saya cadangkan agar sahabat-sahabat dapatkan buku-buku lain yang dapat membantu meluaskan lagi pengetahuan kita tentang emas.

Jika sahabat-sahabat berminat mendapatkan infomasi perkembangan emas semasa. Boleh lawat  laman web www.kitco.com atau Word Gold Council www.gold.org

Mohamad Shafiq Rohaizad
12 Ogos 2017

Kuching

Tiada ulasan:

Catat Ulasan