Isnin, 4 September 2017

Sediakan Dana Beli Emas

Saya petik kata-kata guru emas saya En Mohd Zulkifili Shafie. Emas seronok untuk dikumpulkan, duit seronok dibelanjakan. Tak dinafikan sejak saya mempunyai kesedaran menyimpan emas pada tahun 2013. Saya mula membeli dan menyimpan emas bermula tahun tersebut sehingga hari ini.

Saya memang rasa seronok membeli dan mengumpul emas. Minat saya terhadap emas bermula sejak saya membeli dinar Kelantan. Sejak itulah minat saya terhadap emas bermula. Bermula daripada pelanggan biasa sehingga saya menjadi dealer Public Gold.

Apabila bercakap tentang emas. Ramai orang kata emas ini suatu barang yang mahal. Ya, saya mengakui dan mengiakan kata-kata itu. Emas sesuatu barang yang mahal. Tetapi, saya tak pernah dengar lagi orang kata emas sesuatu barang yang murah. Bagi saya, inilah keistimewaan emas. Berapa harga sekalipun, emas tetap dianggap sesuatu yang mahal. Hatta RM 30 segram dahulu pun orang kata emas itu mahal.

Bagi saya, sudah menjadi sinonim emas dianggap barang yang mahal sepanjang zaman kerana logam mulia ini mempunyai kedudukannya istimewa daripada logam-logam yang lain, dan turut disebut di dalam Al-Quran. 


Formula Tunggu Duit Lebih

Kata orang, tunggu duit lebih baru beli emas. Itu memang betul. Gunakan duit  lebih, terutama duit simpanan atau keuntungan daripada pelaburan atau bisnes untuk membeli emas. Jangan sesekali meminjam atau membuat pinjaman bank semata-mata untuk membeli emas, kerana tindakan itu bukan saja tidak berbaloi tetapi kita dah mula membuat hutang baru semata-mata untuk membeli emas. Boleh saya katakan emas tak beri keuntungan segera seperti alat kewangan yang lain. Kalau nak untung segera emas bukanlah jawapanya.

Bagi orang kebanyakan dan makan gaji macam saya. Tunggu duit lebih baru beli emas. Bagi saya tidak begitu pratikal. Mungkin sesetengah orang saja yang berjaya, tetapi yang lain tewas pertengahan bulan. Apabilia melihat dalam konteks orang kebanyakan terutama yang makan gaji. Formula tunggu duit lebih baru beli emas perlu difikir-fikirkan semula.

Mengikut pengalaman peribadi saya, jika tunggu duit lebih baru beli emas. Saya boleh katakan memang tak ada duit lebih. Terutama yang tinggal di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur. Ada duit sekalipun. Asalnya nak membeli emas. Akhirnya duit yang nak beli emas tu terpakai untuk benda lain. Saya dah mengalaminya perkara yang sama. Jadi saya ambil pendekatan, sediakan dana siap-siap setiap bulan untuk beli emas jangan tunggu duit lebih.

Masukan dana ini dalam bajet bulanan. Walaupun pada awalnya mungkin kita rasa kedudukan kewangan kita agak sedikit sukar tetapi lama-kelamaan, kita dapat membiasakan keadaan tersebut.

Pada awalnya, apabila saya masukan dana membeli emas ini, saya rasa kedudukan kewangan saya sedikit sukar. Namun, lama-kelamaan apabila sudah menjadi tabiat. Benda yang sukar  akan menjadi mudah.

Kebaikan Sediakan Dana Setiap Bulan

#1 Dapat beli emas secara konsisten setiap bulan
#2 Keuntungan daripada harga purata emas
#3 Dapat menampal sifat berbelanja lebih dan memupuk sikap menyimpan  
#4 Dapat ditukar duit menjadi emas dan nilainya lebih terjamin daripada inflasi

Sahabat-shabat boleh sediakan dana membeli emas ini sebanyak RM 200 sebulan bersamaan 1 gram atau RM 100 sebulan bersamaan 0.5 gram. Ikut kemampuan masing-masing.

Cara ini lebih sesuai untuk belian secara akaun Gold Accmulation Program (GAP) berbanding belian secara terus, kerana harga emas akaun GAP lebih murah berbanding kita membeli kaedah biasa.


Apabila saya mula menyediakan dana membeli emas setiap bulan. Secara umumnya, boleh saya katakan saya dapat membeli emas setiap bulan walaupun dengan nilai RM 100 bersamaan 0.5 gram berbanding dahulu, tiada langsung.

Bagi saya, tak kisah kalau tak banyak, yang penting kita beli dan konsisten menabung emas setiap bulan. Kata orang, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Kejayaan tak akan berhasil jika kita tidak mulakan langkah pertama  hari ini.

Kepada sahabat-sahabat. Mulakan menabung emas mulai sekarang. Selamat menabung emas. Sekiranya memerlukan bantuan saya, boleh wasap saya 013 3235478 atau isteri saya Puan Nuraini Nabilah Kamal 019 4497345. Insyallah kami bantu setakat kami tahun.

Mohamad Shafiq Rohaizad
Kuching

9 September 2017 

kredit gambar: www.mohdzulkifli.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan