Isnin, 20 November 2017

Dream Bukan Soal Duit

Kita semua mempunyai impian. Ingat lagi tak masa kita sekolah rendah. Cikgu selalu tanya kita apa cita-cita dah besar nanti. Kalau ikutkan cita-cita saya dari kecil dulu, saya nak sangat jadi juruterbang. Sebabnya saya minat kapal terbang. Tapi cita-cita saya tu hanya tinggal cita-cita sajalah. Minat saya untuk jadi juruterbang masih ada sehingga sekarang walaupun saya tahu nak jadi juruterbang memang dah terlambat dan memang tak ada lagi dah.

Saya dah ada cita-cita baru iaitu nak jadi guru emas kepada masyarakat di luar sana. Saya mahu memberitahu, mendidik seramai yang mungkin masyarakat manfaat simpanan emas dalam kehidupan kita terutama daripada segi kewangan. Kalau ikutkan hati saya, nak saja saya paksa setiap orang mesti ada simpanan emas walaupun sedikit, kerana saya tahu emas ini baik untuk dijadikan simpanan. Tapi saya tak boleh paksa orang untuk ikut kehendak saya.

Dream Bukan Soal Duit

Berbalik kepada cerita saya tadi. Dream bukan soal duit. Sejujurnya saya tak faham apa yang dimaksudkan ayat ringkas tersebut. Kalau cerita soal dream, apa yang terlintas dalam fikiran saya, mungkin juga sama dengan sahabat-sahabat pembaca sekalian. Nak duit banyak, boleh hidup senang lenang, duduk goyang kaki.  Duit masuk bulan-bulan. Kalau sahabat pembaca  seorang tukang jahit mungkin goyang kaki dan masuk masuk bulan-bulan. Saya juga fikir perkara yang sama apabila cerita soal dream. Itu pandangan naif saya. Tak salah kalau kita mengaku kita tak tahu. Itu lebih bagus daripada buat-buat tahu tapi tak tahu pun.

Sebagai dealer Public Gold yang aktif. Saya tidak berseorangan dalam membina bisnes Public Gold. Saya dan rakan-rakan dealer dibimbing oleh seorang mentor yang selalu saya rujuk sebagai guru emas saya iaitu En Mohd Zulkifli Shafie. Sahabat-sahabat boleh follow facebook dan blog beliau www.mohdzulkifli.com

Nak jadikan cerita, beberapa bulan lepas guru emas saya datang ke Kuching kerana giliran beliau member Seminar Emas Public Gold di Public Gold Branch Kuching. Memang kebiasaan jika beliau datang ke Kuching saya dan isteri akan ambil hantar dari air port. Bagi saya inilah masa terbaik untuk saya berjumpa dengan beliau, minta nasihat dan panduan-panduan berbisnes. Masa ini saya ambil untuk bincang action plan (rancangan perniagaan) saya. Antara yang perlu ada dalam action plan tersebut ialah dream atau impian hidup.  

Antara dream saya ialah mempunyai pendapatan pasif RM 20,000.00 sebulan. Pendapat pasif ini saya senaraikan pada senarai yang paling atas.

Guru saya tanya        :           “Kenapa nak pasif income RM 20,000.00 sebulan”

Saya jawab                   :           “Sebab saya nak ada masa”

Guru saya tanya lagi  :           “Kenapa nak ada masa?”

Saya jawab                :           “Saya nak jaga ibu ayah saya di kampung, saya dah lama sangat tinggalkan mereka. Sejak saya masuk universiti sehingga saya bekerja. Saya tak ada kesempatan dengan mereka. Ada duit, ada masa. Saya nak jaga mereka”

Guru saya beritahu    : “Itulah sebenarnya dream, encik Shafiq. Dream bukannya soal duit tapi apa yang kita mahukan dalam hidup ini. Duit tu alat saja untuk sempurnakan impian kita.”

Ada Duit Ada Masa


Apabila saya fikir semula kata-kata guru saya tu. Kita jangan letakan duit itu matlamat utama. Walaupun kita perlukan duit untuk meneruskan kehidupan. Kerana, duit kalau dicari tak akan habis. Jadikan duit itu bagaimana kita nak memaknakan hidup ini. Jadikan duit sebagai alat untuk capai cita-cita kita.

Walaupun ada orang kata duit bukan segala-galanya tapi segala-galanya perlukan duit.

Satu soalan daripada saya. Jika sahabat pembaca ada duit, ada masa. Apa sahabat-sahabat nak lakukan? Jawab ikhlas.

Itulah dream sebenar sahabat pembaca sekalian.

Mohamad Shafiq Rohaizad
Kuching
201 November 2017

Kredit gambar: http://www.youthzone.in
http://www.dreams.metroeve.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan