Selasa, 28 November 2017

Kepentingan Emas LBMA

Pada 2015 secara rasminya kerajaan telah melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan atau GST. Walaupun ada yang resah dengan pelaksanaan GST. Namun, kita bersyukur kerana kerajaan telah mengeluarkan senarai barang yangdikecualikan daripada senarai barangan yang dikenakan cukai GST. Ini termasuk juga dengan emas pelaburan.

Ramai salah anggap, semua emas pelaburan dikecualikan cukai GST. Hakikat ini tidak berlaku. Hanya emas pelaburan berketulenan 99.5% ke atas mempunyai standard antarabangsa seperti LBMA saja dikecualikan GST. Walaupun emas itu berketulenan 99.99%, tetap dikenakan GST jika tidak ada standard antarabangsa seperti LBMA. Jadi, dengan fikir semua emas pelaburan bebas GST.

Jika dulu Public Gold ada menjual emas 999 dan dinar 916. Sekarang semua gold bar dan dinar Public telah ditukar kepada emas 999 bertaraf LBMA kecuali Bunga Mas, Taifok. 

Public Gold satu-satunya syarikat jual beli emas yang mempunyai LBMA-nya tersendiri

Kelebihan Emas LBMA Public Gold

#1 Pembeli dapat jimat daripada membayar 6% cukai GST.

#2 Emas ini diiktiraf diperingkat antarabangsa. Maksudnya kalau nak jual di luar negara ia diterima dengan harga yang lebih tinggi.

#3 Nampak sangat cantik dan hight class. Kita pun rasa bangga kalau dapat pegang emas yang bertaraf LBMA.

Kekurangan Emas LBMA Public Gold

#1 Emas ini berseal kekal. Kalau buka bungkusan seal tu, Public Gold akan beli semula sebagai “use gold” dengan susut nilai sebanyak 10%. Kalau tak buka plastik seal. Susut nilai 6-9% saja. Ikut item apa nak dijual semula.

#2 Emas ini diterima meluas oleh kebanyakan Ar-Rahnu di Malaysia.Tapi kebanyakan ar-rahnu ini mensyarakatkan seal emas perlu dibuka untuk ujian ketulenan. Jika buka seal, seperti saya kata tadi, kita dah rugi susut nilai 10% jika jual semula pada Public Gold. Setakat ini hanya ar rahnu Pos Malaysia saja yang terima emas Public Gold tanpa buka seal.

#3 Susut nilai lebih tinggi sikit. Di Public Gold susut nilainya 6-9%. Saya rasa ini susut nilai yang terendah berbanding di tempat lain.

#4 Gold permium lebih tinggi sedikit.


Setiap emas Public Gold akan disertakan sijil ketulenan dan cop LBMA akan disertakan sekali. 

Nasihat saya, alang-alang beli untuk simpanan dalam jangka panjang. Baik pilih emas yang betul-betul baik dan berkualiti tinggi.

Wallhualam
Mohamad Shafiq Rohaizad

Kuching

Tiada ulasan:

Catat Ulasan