Monday, 11 December 2017

1000 Langkah Bermula Dengan Langkah Pertama

Untuk berjaya dalam apa-apa juga bidang, yang paling penting ialah permulaan langkah pertama. Tanpa langkah pertama tiadalah kejayaan. 1000 langkah bermula dengan langkah pertama. Ramai nak bercita-cita untuk berjaya, tetapi impian itu hanya jadi angan-angan kalau tak dimulakan dengan langkah pertama. Mempunyai impian yang besar tetapi tiada tindakan, impian sekadar impian yang hanya berlegar dalam kepala saja.

Langkah Pertama dalam Pelaburan Emas

Dalam konteks pelaburan emas;

#1 Kita tak akan faham tinggi rendah harga emas selagi kita belum bermula. Hanya bila dah bermula baru kita faham tinggi rendah harga emas sebab kita dah ada benchmark (tanda aras) harga sendiri.

#2 Kita lambat faham tentang ilmu pelaburan emas itu sendiri selagi kita tak bermula. Mungkin ada guru emas atau dealer yang terangkan panjang lebar, tapi kita masih tak faham dan susah nak hadamkan selagi tak bermula.

#3 Selagi tak bermula, kita tak tahu prosedur jual beli emas. Apa yang di katakan harga beli, apa yang dikatakan harga jual. Apa yang dimaksudkan susut nilai harga dan macam-macam lagi.

Bermula Dulu Dengan Yang Kecil

Seperti pesan guru emas saya En Mohd Zulkifli Shafie, mula dulu dengan dapatkan ilmu asas tentang emas. Buat pembacaan di blog-blog atau facebook guru-guru emas. Boleh rujuk blog saya atau blog guru emas saya www.mohdzulkifli.com dan www.jutawanemas.com




Untuk paling mudah faham tentang ilmu pelaburan emas ini, sahabat-sahabat pembaca boleh beli buku Wang Emas Bertahan Ketika Gawat dan buku Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas. Buku wang emas boleh dibeli di MPH dan Popular. Jika tak jumpa boleh beli di PG Mall. Website shopping dalam rangkaian kumpulan Public Gold. Buku Menyingkap Pelaburan Emas pun ada di jual di PG Mall.

PG Mall online shopping di dalam rangkaian kumpulan Public Gold
Apabila dah ada ilmu asas tentang emas, mulakan dulu dengan beli 1 gram atau syiling dinar. Anggap belian pertama itu sebagai pengalaman pertama untuk belajar dan merasa. Bukan buat untung lagi.

Bila dah bermula, kita akan nampak jalan yang lebih luas di hadapan kita. Teruskan melangkah di samping teruskan belajar. Paling baik datang seminar-seminar percuma anjuran Public Gold atau kelas-kelas berkenaan ilmu pelaburan emas. Nak mudah datang jer seminar Public Gold. Seminar ini diadakan setiap bulan di semua branch Public Gold seluruh negara. Kadangkala Public Gold ada juga adakan seminar-seminar di tempat-tempat tertentu.

Seminar Emas Public Gold yang terdekat akan diadakan di Tower Regency Hotel & Apartments pada 16 Disember 2017. Seminar ini percuma, boleh datang bersama-sama rakan, ahli keluarga. PM/wasap saya jika mahu hadir atau CIk Su Wen 012-4398916 untuk pendaftaran. Jika hadir tulis nama saya MOHAMAD SHAFIQ ROHAIZAD PG00059788 sebagai introducer untuk mendapat bimbingan percuma daripada saya.

Waktu dah mula nampak jalan yang cerah tentang emas, terus melangkah dan fokus. Pada tahap ini kita perlu tetapkan matlamat kita untuk apa kita menyimpan emas. Adjust semula matlamat kita. Jika sebelum ini (belian pertama) kita beli sekadar nak mencuba atau dalam proses belajar selok-belok pelaburan emas. Waktu tu kita masih tak nampak lagi matlamat kita menyimpan emas.

Bila dah mula faham selok-belok pelaburan emas, pada tahap ni tetapkan hala tuju kita menyimpan emas serta tindakan yang perlu diambil. Kemudian kejar matlamat tersebut sehingga tercapai. Apa-apa pun jangan tunggu betul-betul pandai baru nak bermula. Proses ke arah menjadi pandai hanya bermula apabila bermulanya langkah pertama. Pesan guru saya, jangan sesekali tunggu “perfect time” sebab “perfect time” yang kita tunggu itu sebenarnya tak wujud.

Mohamad Shafiq Rohaizad
Kuching

Kredit gambar: assets-a2.kompasiana.com

No comments:

Post a Comment