Selasa, 5 Disember 2017

Akaun Emas Atau Emas Fizikal

Kalau ada orang tanya saya, mana lebih baik simpan emas fizikal atau buka akaun emas yang disediakan oleh bank-bank (Gold Investment Account) GIA. Saya lebih mengesyorkan agar membeli emas fizikal. Malah, Pakar-pakar tentang emas juga mengesyorkan agar kita membeli emas fizikal seperti jongkong emas atau syiling dinar. Prinsip yang selalu guru emas saya tekankan ialah beli emas mesti dapat emasnya.

Berbanding akaun emas (GIA). Kita hanya hulur duit kemudian kita dapat nombor dan kertas. Bagi saya, tiada bezanya kalau kita menyimpan dalam bank. Walaupun yang tercatat dalam buku akaun emas tu, gram yang kita beli, emasnya belum tentu kita boleh keluarkan, kerana tertakluk kepada beberapa syarat yang telah ditetap oleh bank terbabit.

Sebagai contoh, baru-baru ini saya dan isteri ada pergi karnival kewangan disini. Sambil berjalan tu ada seorang pekerja bank menyapa saya lalu promot kepada saya agar membuka akaun emas. Saya tanyakan beberapa soalan. Antaranya, kalau saya nak keluarkan emas fizikal berapa gram minimum yang boleh saya keluarkan. Katanya minimum 10gram baru boleh keluarkan emas fizikalnya. Dalam fikiran saya sangat tak berbaloi. Berapa lama nak tunggu kalau 10 gram baru dapat merasa pegang emasnya.

Antara faktor utama saya sarankan untuk beli emas fizikal. Kita dapat  banyak menfaat bukan sekadar beli harga rendah jual harga tinggi. Kuasa sebenar emas pada fizikalnya, bukan pada permainan nombornya. Kalau nak bermain dengan nombor, lebih baik simpan duit tu dalam ASB atau Tabung Haji. 

Kelebihan Emas Fizikal

#1 Modal Pusingan Bisnes

Emas boleh digunakan untuk mendapat modal pusingan bisnes. Bawa emas-emas tu ke pejabat ar rahnu. Kita boleh dapatkan pinjaman sehingga 70% daripada nilai semasa emas tersebut.

Bergantung terma dan syarat ar rahnu terbabit. Untuk mencagarkan emas bagi memdapatkan pinjaman daripada ar rahnu, kita tak perlukan slip gaji. Urusan mendapatkan pinjaman pun mudah. Dalam masa 15 minit kita dah dapat duitnya

Apabila selesai urus niaga, tebus semula emas itu cepat-cepat, kerana ar rahnu akan mengenakan caj upah simpan yang dikenakan setiap bulan. Kebaikan kita menggunakan ar rahnu ini, emas itu tetap milik kita. Inikan lebih baik daripada kita membuat pinjaman di bank atau dengan orang lain.  

#2 Ambil Untung Apabila Harga Emas Jatuh

Jika harga emas turun mendadak, kita boleh dapatkan pinjaman daripada ar rahnu. Daripada duit pinjaman ar rahnu tersebut. Kita beli emas. Apabila harga emas naik, kita jual emas tadi pada harga yang mahal. Kita dapat untung di situ. Duit keuntungan itu boleh digunakan sebahagian untuk tebus semula emas-emas kita yang ada di ar rahnu. Teknik ini dinamakan teknik manipulasi ar rahnu.

Tapi pesan guru emas saya. Teknik ini Untung Secupak, Rugi Segantang. Kalau harga emas naik kita untung secupak. Kalau harga emas tak naik-naik seperti yang diharapkan. Kita dah rugi segantang. Jadi jangan buat teknik ni secara semborono. Melainkan kita sudah membuat pengiraaan untung rugi, risiko secara mendalam.

#3 Boleh Di Jual Bila-Bila Masa

Kelebihan emas fizikal,  kita boleh jual emas tu pada bila-bila masa. Walaupun hari cuti, hujung minggu. Sebab emas tu dalam tangan kita. Masa juga sangat fleksibel. Berbanding akaun emas di bank-bank. Kita tertakluk pada waktu urus niaga bank tersebut. Kalau kita nak guna duit waktu-waktu kecemasan. Kita tak boleh on the spot. Kena tunggu hari bekerja dulu baru dapat jual. Kalau kita ada emas fizikal. Kita boleh jual on the spot bila-bila masa kalau nak guna duit.

Satu lagi, kalau kita ada emas fizikal, kita bebas nak jual di mana-mana tempat kita suka. Tak semestinya mesti jual pada pengeluar semula. Kalau akaun emas  tak ada kemudahan tu, mesti berurus niaga dengan Bank A, dengan Bank A sajalah. Tak boleh ditempat lain. Masa juga amat terhad. Hanya waktu bekerja saja boleh berurusan. Di luar waktu bekerja tak boleh.

#4 Duit Bertahan Lama

Secara jujurnya saya menyimpan emas kerana nak elak duit bocor. Ramai orang susah nak simpan duit kerana kita rasa nak belanja dan belanja. Simpan sikit lama-lama jadi sikit. Tak banyak-banyak. Duit dalam fikiran kita ada 2 benda jer (1) belanja (2) belayar hutang. Sebab itu, duit kita mudah bocor.

Oleh sebab simpan duit menyebabkan kita susah nak bina kekayaan. Perlu ubah cara simpan itu. Daripada simpan duit kepada simpan emas. Apa yang saya lihat mereka yang mula ubah cara menyimpan. Simpanan mereka semakin hari semakin bertambah dan susah nak bocor.

Perasaan manusia pada emas lain berbanding dengan duit kertas. Perasaan mendalam ini tak dapat kita rasai apabila kita menyimpan emas dalam akaun emas (GIA). Kita tak dapat pegang emasnya. Hanya sekadar dapat tengok nombor dalam buku simpanan GIA. Jadi semangat nak kumpul lagi tak beberapa kuat berbanding kalau kita ada emas fizikal.
Kalau ada masa lapang, kita boleh pegang-pegang emas tu, belek-belek. Secara tak langsung semangat nak kumpul emas timbul dengan sendirinya.

5# Selamat Daripada Dibekukan

Menurut pakar kewangan Michael Maloney, emas satu-satunya aset kewangaan yang tidak berada dalam sistem kewangan. Apabila kita menyimpan emas, hanya kita saja yang tahu berapa banyak emas yang kita ada. Kalau sahabat-sahabat pembaca seorang penjawat awam. Mungkin pernah mengisi borang pengisytiharan harta bukan? Ada tak kita ditanya berapa banyak emas yang kita ada? Jawapannya tak ada.

Ini yang di katakan oleh Michael Maloney yang mana emas aset yang tidak terdapat dalam sistem kewangan. Orang tak akan tahu berapa banyak emas yang kita ada kalau kita yang beritahu. Jadi jangan beritahu berapa banyak emas kita ada.
Emas fizikal tidak boleh dibekukan jika seseorang itu diisytiharkan bankrap kerana emas tak perlukan sijil pemilikan, geran atau sebagainya. Berlainan dengan akaun emas. Ia senasib dengan akaun-akaun bank yang lain (boleh dibekukan).

6# Patuh Syariah

Akaun emas yang patuh syariah ialah akaun emas yang membenarkan pengeluran emas fizikal. Beli emas dapat emasnya. Bukan sekadar bermain dengan nombor saja.
Ada akaun emas yang membenarkan pengeluarana emas fizikal. Tapi syaratnya sangat cerewat, kalau nak jual semula. Emasnya perlu berkadaan baik, tak calar, tak terbuka pembalutnya atau bengkok.

Buat masa sekarang hanya Public Gold dan Kuwait Finance House saja yang membenarkan pengeluaran emas fizikal. Saya yakin sudah banyak bank-bank di luar sana yang membenarkan pengeluaran emas fizikal tetapi bergantung pada syarat dan terma bank-bank tersebut.

Mohamad Shafiq Rohaizad

Kuching

Tiada ulasan:

Catat Ulasan