Ahad, 3 Disember 2017

Awas Skim Cepat Lingkup

Secara jujurnya saya mengenali emas sejak  zaman universiti lagi, dan mula membuat belian pertama sekitar 2014. Itu pun saya bukan bermula dengan Public Gold, tetapi bermula dengan membeli syiling dinar dan gold bar Kelantan Gold Tranding (KGT). Malah, pada tahun 2013 hingga 2015 juga antara tahun-tahun yang mana terlalu banyak skim-skim cepat kaya bertopengkan emas tumbuh selepas hujan. Sehinggakan saya keliru yang mana betul yang mana salah.

Pada ketika itu, saya betul-betul naif tentang ilmu emas sehinggalah saya bertemu dengan blog guru emas saya sekarang www.mohdzulkifli.com. Daripada blog inilah saya banyak belajar ilmu emas sebelum mengambil keputusan untuk membeli emas daripada Public Gold. Saya sama juga dengan sahabat-sahabat pembaca sekalian, ragu-ragu pada mulanya dengan Public Gold. Kata orang “Tak kenal maka tak cinta, Kenal dulu baru bercinta”.  

(1) Public Gold terlalu asing bagi saya ketika itu. Kali pertama mendengar nama syarikat jual beli emas bernama Public Gold yang seiras-iras Public Bank. Dulu saya ingatkan Public Gold anak syarikat Public Bank. Ternyata bukan sama sekali.

Saya tak hairanlah kalau saya promot emas Public Gold ada rakan-rakan saya yang salah sangka. Mereka ingat saya promot emas Public Bank. Sebab saya pun pernah alami perkara yang sama juga. (2) Untuk makluman, Public Bank tak kena mengena dengan Public Gold. Public Bank tak jual emas fizikal seperti Public Gold. Public Bank cuma ada akaun emas saja. Macam Maybank dan bank-bank lain.

Mula-mula saya beli emas Public Gold, saya tak hubungi guru saya En Mohd Zulkifli Shafie yang ketika itu beliau hanya intoducer kepada saya. Saya just cuba-cuba beli sebenarnya. Dapat atau tak emasnya. Jujur saya katakan antara sebab saya tergerak hati nak beli emas daripada Public Gold disebabkan Public Gold banyak cawangan termasuk di Kuching. Mudah urusan.

Sebelum beli tu, saya cari dulu cawangan Public Gold di Kuching. Hampir berminggu-minggu juga saya pusing-pusing satu Kuching cari cawangan Public Gold. Rupa-rupanya ada di Satok saja. Saya pergi cari sampai Batu Kawa, Padawan. Pada waktu itu, saya memang tak tahu sangat jalan-jalan di Kuching ni kerana baru saja posting ke Sarawak. 

Saya cuba buat oder dalam website, ikut satu-satu langkah yang diajar dalam blog guru saya. Buat bayaran dan saya ambil emas pertama yang saya beli daripada Public Gold di pejabat Public Gold Cawangan Kuching. Alhamdulillah saya dah jumpa platform dan syarikat jual beli emas yang betul-betul telus menjalankan urusan jual beli emas. 

Daripada hari pertama saya membeli emas dengan Public Gold. Saya terus letakan kepercayaan bahawa inilah syarikat jual beli emas terbaik, mudah berurusan, senang beli senang jual untung maksimum. Saya tekad membeli dan membeli sehingga hari ini. Saya tak pandang yang lain. Bagi saya, Public Gold sudah menyediakan segala terbaik sehingga saya menjadi dealer Public Gold sekarang.

Terkena Skim Cepat Lingkup

Antara sebab saya terlalu berhati-hati sebelum membeli emas dengan Public Gold ketika itu  disebabkan saya pernah terkena  Skim Cepat Lingkup sebelum ini. Puncanya tak ada ilmu yang betul dan ikut-ikut kawan. Percaya kawan punya fasal, ikut saja tanpa adannya rasa ragu-ragu. Lagi pun saya memang tengah struggle kumpul duit untuk berkahwin. Makan meggi saja waktu tu sebab nak kumpul duit kahwin punya fasal.

Saya tak mahu buat pinjaman bank, sebab lepas kahwin pasti kena bayar ansuran pinjaman. Lebih-lebih tunang saya ketika itu masih belajar lagi di universiti. Saya lihat terlalu ramai pasangan pengantin yang ambil hutang semata-mata nak berkahwin, sehingga anak 3 pun hutang kahwin masih tak selesai-selesai lagi.

Dalam fikiran dan jangkan saya yang naif ketika itu. Apabila saya masuk Skim Capat Lingkup ni saya boleh cari jalan pintas nak kumpul duit kahwin, tak perlu lagi buat pinjaman bank kerana kata kawan saya tu dalam setahun  atau 6 bulan paling cepat saya dah dapat pulangan. Suatu hari, saya dapat panggilan telefon dariapada kawan saya, memang saya gembira ketika dapat panggil daripadanya. Saya fikir ini mesti nak bagitahu berapa saya dapat. Rupa-rupanya dia nak maklumkan penganjur Skim Cepat Lingkup tu dah kena cekup dengan pihak berkuasa kerana mengambil wang awam secara haram. Saya tepuk dahi. “Aduh! duit aku”.

Betul kata guru emas saya. Orang yang melabur, orang ada duit. Kalau tak ada duit tak payahlah sibuk nak melabur sana sini. Simpan jer duit tu. Cukupkan 3-6 bulan pendapatan sebagai dana kecemasan. Lepas tu baru fikir nak melabur kat mana.

Mujur saya tak banyak kena, hanya RM 300, berbanding orang lain sanggup membuat pinjaman sehingga beratus ribu ringgit. Saya tak dapat bayangkan bagaimana mereka nak langsaikan hutang-hutang sebanyak itu. Saya percaya mereka bukan orang kaya tetapi orang kebanyakan  macam saya. Pendapatankan tak besar mana. Tapi bermimpi di siang hari nak jadi OKB.

Walaupun RM 300 bagi sesetengah orang tak banyak. Tapi bagi saya. RM 300 tu dah cukup buat saya terpukul, mengajar saya bertapa ilmu itu penting sebelum memulakan sesuatu yang baru. Saya bayar RM 300 yuran kebodohan saya sendiri. Mula hari itu, saya takan percaya banda-banda mengarut yang menjanjikan pendapatan bulan-bulan tanpa usul periksa. Saya dah serik terkena.

Bagi bakal pembeli yang ingin membeli emas melalui saya. Perkara utama saya tekankan sebelum mengambil tindakan ialah dapatkan ilmu dahulu atau beli dahulu. Kemudian disusuli dengan ilmu. Sahabat pembaca boleh download e-book percuma Pengenalan Palaburan Emas dalam blog ni.

Baca buku dan datang seminar. Dua-dua ini perlu buat. Baca buku, kita sering salah faham apa yang hendak disampaikan oleh penulis. Nak bertanya pun susah. Kalau datang seminar, kita lebih cepat faham dan dapat bertanya terus. Sehingga hari ini, saya tetapkan jadual, ada seminar Public Gold atau seminar-seminar yang berkaitan dengan emas saya gagahi untuk hadir, kerana setiap seminar mesti ada ilmu baru. Walaupun penceramah orang yang sama. Tajuk seminar pun lebih kurang sama.

Ciri-ciri Skim Cepat Lingkup

#1 Keuntungan Bulanan

Apa yang saya hendak beritahu sahabat-sahabat pembaca sekalian bahawa emas tiada pendapatan bulan-bulan atau keuntungan bulanan. Keuntungan emas hanya berdasarkan pergerakan turun naik harga emas saja. Beli harga rendah, jual harga emas sedang mencanak. Itu saja. Memang lambat kaya. Itu saja jalan terbaik dan selamat.

Terlalu banyak skim-skim cepat lingkup yang menjanjikan keuntungan bulanan yang tidak munasabah. Kata  pakar kewangan seperti Azizi Ali pulangan paling tinggi boleh diberikan oleh institusi pelaburan terbaik di Malaysia sekitar 15% saja. Kalau ada mana-mana pelaburan yang menjanjikan lebih 15% , itu adalah bendera merah.  

#2 Beli Emas Tak Dapat Emas

Ada seorang kawan saya masuk satu Skim Cepat Lengkup. Walaupun awal-awal saya dapat tahu, skim yang dia masuk bukanlah skim yang tulen. Antara yang dapat saya kesan ialah. Dia beli emas tapi tak dapat emas. Emas disimpan oleh pihak penganjur. 2-3 bulan sekali pihak penganjur akan bagi bonus. Walaupun saya dah beri amaran beberapa kali. Seperti kata guru emas saya En Mohd Zulkifli Shafie. Beli emas mesti dapat emas. Bukan beli emas, kita dapat janji manis mu. Apa yang saya dapat tahu, Skim yang dia masuk dah kena serbu dengan Bank Negara Malaysia (BNM). Apa-apa pun saya dah laksanakan tanggungjawab saya untuk memberi tahu ilmu yang betul tentang emas. Selebihnya terpulang untuk menerima atau sebaliknya.

#3 Pengurusan Yang Kabur

Antara kebanyakkan Skim Cepat Lingkup yang dapat saya kesan. Pengurusan yang kabur. Bagaimana duit dijana? Dari mana duit itu datang? Ke mana duit itu di laburkan. Kepada benda halal atau haram? Siapa pihak yang menguruskannya? Apabila saya tanya soalan-soalan begini ada yang tak dapat menjawabnya. Adapun jawapanya berbelit-belit. Apa mereka tahu, serah duit. Tiap-tiap bulan dapat untung. Dari mana puncanya tak kisah. Janji dapat.

Kata guru saya, kalaulah mereka betul-betul benar bijak membuat untung. Kenapa syarikat besar tak masuk melabur sekali seperti Poh Kong, Habib Jewel, Pubic Gold. Itulah lebih menguntungkan mereka. Silap-silap kita pun tak sempat nak melabur sebab dah penuh kuota. Kalau mereka bijak buat untung, saya rasa Public Gold syarikat pertama yang melabur dulu.

Poin Penting

#1 Mulakan dengan mencari ilmu yang betul tentang emas. Boleh download e-percuma dalam blog ini untuk mula mengenali ilmu emas atau cari buku guru emas saya Wang Emas Bertahan Ketika Gawat dan buku Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas. Boleh beli di www.pgmall.my. Daftar dulu disini  sekiarnya pembeli baru



#2 Beli emas mesti dapat emas. Kita hulu duit kita mesti dapat emasnya. Jangan kita hulu duit, kita dapat janji bulan  dan bintang.

#3 Emas tiada pendapatan bulan-bulan. Emas hanya aset penyimpan nilai dan cara lain untuk kita simpan duit daripada bocor. Nak ada pendapatan bulan-bulan, jadi peniaga emas. Jadi dealer syarikat jual beli emas seperti Public Gold.

#4 Cukupkan 3-6 bulan pendapatan sebagai dana kecemasan. Jangan terlalu ghairah melabur sana sini, jika dana kecemasan pun belum cukup lagi. Melabur bagi orang yang ada duit lebih. Yang simpanan tak berapa banyak. Simpan sambil melabur dalam ASB dan Tabung Haji pun dah cukup bagus. Walaupun pulangan tak tinggi, tapi tetap okey dan selamat.

Wallahualam

Mohamad Shafiq Rohaizad
Kuching

Tiada ulasan:

Catat Ulasan