Friday, 8 December 2017

Kenapa Saya Simpan Emas

Setiap orang ada alasan sendiri kenapa simpan emas. Sama juga dengan saya. Saya mula mengenali emas sejak di bangku universiti lagi, tetapi yang membuka hati saya dengan emas ialah apabila saya hendak berkahwin. Saya nak beli dinar untuk dijadikan mas kahwin waktu itu. Dalam hati saya, saya nak buat kelainan sikit daripada orang lain. Tanpa berfikir panjang saya nekad buat belian pertama tak kira berapa harga pun ketika itu. Janji dapat emasnya.

Jujur saya katakan, itulah kali pertama saya membeli emas. Waktu itu umur saya baru 25 tahun. Saya memang tak tahu langsung fasal emas. Yang saya tahu hulur duit dengan dealer, kawan saya sendiri, saya dapat emas. Saya kata dengan diri saya sendiri. “Ini kali pertama dan kali terakhir aku beli emas” Dinar dan gold bar yang saya beli ketika itu jenama Kelantan Gold Tranding (KGT).

Walaupun asalnya saya membeli sebab nak berkahwin. Tapi niat itu mula berubah apabila saya mula pegang emas. Minat dengan emas mula timbul dalam diri saya. Kali pertama saya pegang gold bar dan dinar yang saya beli tu, tiba-tiba timbul satu perasaannya seronok yang susah saya nak jelaskan. Sahabat-sahabat nak rasa perasaan tu kena pegang emas dulu, baru sahabat-sahabat dapat rasa sebagaimana saya rasa.

Kerana minat mendalam dengan emas. Saya mencari sumber-sumber berkaitan dengan emas. Tak kira waktu tu, saya baca semua artikel tentang emas. Berkaitan dengan scam emas pun saya baca, sehinggalah saya bertemu dengan blog guru emas saya sekarang  www.mohadzulkifli.com dan www.jutawanemas.com. Saya banyak belajar tentang emas daripada 2 blog hebat ini.

Apabila saya mula faham tentang emas. ini 3 poin mengapa saya menyimpan emas.

#1 Elak Duit Bocor

Saya akui, saya memang kuat menyimpan, sampaikan sanggup belanja pun tak tentu sebab nak menyimpan punya pasal. Setiap bulan saya mampu menyimpan lebih dari seribu ringgit. Namun, apabila saya cek buku asb dengan Tabung Haji saya, saya tengok “aik mengapa simpanan aku tak banyak-banyak. Pada hal aku menyimpan kaw-kaw setiap bulan.” Saya periksa ke mana duit saya pergi. Akhir sekali baru saya tahu. Walaupun saya menyimpan kaw-kaw setiap bulan, tapi duit simpanan saya kaw-kaw juga keluar. 

Duit saya bocor tanpa saya sedari. Kata orang simpan sikit-sikit, lama-lama jadi sikit. Kalau saya pula, simpan banyak-banyak. Lama-lama tak jadi banyak. Antara sebab duit saya selalu bocor ialah saya terlalu baik hati bagi orang pinjam duit, sehingga duit-duit yang beri pinjam tak dipulangkan sebagaimana janji sebelum ini.

Ini antara kesilapan besar saya tentang kewangan. Saya bukan jenis boros, tetapi saya jenis terlalu baik hati sehingga saya tak sedar, duit saya bocor kerana beri orang pinjam duit. Hakikat meminjam amat mudah tapi amat susah nak bayar balik. Jadi jangan bagi pinjam. Meminjam boleh merosakkan hubungan antara kawan, adik-beradik, saudara mara. Bukan kita kedekut, tapi kita sayang hubungan baik tu. Bagi saya,  lebih baik saya tak bagi pinjam daripada saya bermusuh di kemudian hari disebabkan duit. Kalau nak bagi sekalipun, niatkan hanya sedekah. Itu lebih baik. Kita pun tak buang masa nak fikir duit kita yang dah bagi tu.

Saya mula sedar tabiat menyimpan itu baik, tapi apabila tak kena caranya, menyimpan berapa banyak sekalipun kalau kita tak pandai mempertahankan simpanan tu sama juga kita macam orang tak menyimpan. Kita simpan setiap bulan tak jadi banyak juga kalau asyik bagi orang pinjam duit. Apabila saya mula sedar kesilapan saya. Saya belajar menyimpan emas. Walaupun pengetahuan saya tentang emas pada permulaannya amat cetek, saya beli, simpan teruskan belajar melalui seminar-seminar percuma Public Gold, baca buku, dan baca blog guru saya. Boleh dikatakan hari-hari saya buka dan baca artikel-artikel yang pernah guru saya tulis. Saya juga tertunggu-tunggu posting terbaru daripada beliau.

Saya asing duit siap-siap, beli 1 gram, 0.5 gram. Dapat saja duit dari mana-mana sumber terutama duit gaji, saya tukar jadi emas. Apabila orang nak pinjam duit, saya kata duit dah habis beli emas.

Akhirnya tanpa sedar, apabila saya tengok balik emas-emas saya, saya kira ikut harga semasa, boleh tahan jugalah jumlah simpanan saya. Bermula 1 gram tak mustahil kita mampu mengumpul gram-gram seterusnya.

#2 Nilai Jangka Panjang Terjamin


Dilaporkan oleh Ahmad dalam Musnadnya, daripada ‘Urwah yang bermaksud:

“(Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w menemui sekumpulan binatang ternakan yang hendak dijual. Lalu Rasulullah s.a.w memberi kepadaku satu dinar dan berkata: “Wahai Urwah, pergi kepada lelaki tersebut dan belikan untukku seekor kambing.” Akupun pergi menemui lelaki tersebut dan melakukan tawar menawar sehingga aku dapat membeli dua ekor kambing dengan harga satu dinar.

Kemudian aku membawa kedua ekor kambing tersebut. Di perjalanan, seorang lelaki menemui aku dan ingin membeli salah seekor kambing daripadaku. Lalu aku menjualnya dengan harga satu dinar. Kemudian aku berjumpa Rasulullah s.a.w dengan membawa seekor kambing dan satu dinar lalu aku berkata: “Wahai Rasulullah, inilah dinar dan kambing milikmu.”

Rasulullah bertanya: Bagaimana kamu melakukannya? Aku pun menceritakan kepada Baginda apa yang telah aku lakukan lalu Baginda berkata: “Ya Allah, berkatilah perniagaannya.”

Apabila saya dah faham teori satu dinar mampu membeli ekor kambing seperti mana habis nabi dia atas. Saya dapati kuasa beli emas lebih bertahan daripada kuasa beli duit kertas. Sejak zaman nabi lagi sehingga sekarang satu dinar mampu membeli seekor kambing. Bermakna di sini, kuasa beli satu dinar tetap sama walaupun 1400 tahun dahulu. Walaupun harga satu dinar naik berkali-kali ganda, kuasanya belinya tetap sama, mampu membeli seekor kambing. 

Macam mana pun keadaan ekonomi sekarang, nilai emas tak akan jatuh kosong sebagaimana nilai duit kertas. Apabila saya lihat hakikat ini, menyimpan emas mempertahankan duit kita daripada penyusutan nilai dalam jangka masa panjang. Simpan emas tak jadi kita lebih kaya tapi tak jadi kita jatuh miskin.

#3 Emas Tak Ada Nombor

Salah satu lagi sebab mengapa saya menyimpan emas ialah, emas tak ada nombor sepertimana kita menyimpan dalam asb atau Tabung Haji. Simpan emas, saya tak tahu berapa duit yang saya ada, yang saya tahu berapa gram emas yang saya ada. Jika sebelum ini saya simpan duit dalam asb dan Tabung Haji, kalau up date buku, kita nampak jumlah duit tu. Automatik otak berfikir nak beli itu ini. Biasanya saya tak akan update buku asb atau tabung haji saya, hujung tahun baru saya up date. Saya tak nak tengok jumlah duit saya. Nanti automatik otak saya mula ligat nak beli macam-macam. Dengan simpan emas, saya boleh sorok berapa duit saya. Saya tak tahu berapa saya ada. Nak guna duit baru atau bayar zakat baru saya buat kira-kira.   

Itulah tiga sebab saya menyimpan emas. Pesan guru emas saya En Mohd Zulkifli Shafie. Emas bukanlah everthing tapi something yang perlu ada dalam portfolio kewangan kita. Emas ialah salah satu alat kewangan daripada beribu-ribu alat kewangan yang ada ketika ini. Kata pakar kewangan Azizi Ali simpan 10% sekurang-kurang kekayaan kita dalam bentuk emas sebagai insurans kekayaan.

Mohamad Shafiq Rohaizad
Kuching 

kredit gambar: 
localtvwtvr.files.wordpress.com
MohdZulkifli.com

No comments:

Post a Comment