Thursday, 11 January 2018

Motivasi Menyimpan Emas

Selamat tahun 2018. Rasanya tak terlewat saya nak ucapkan selamat tahun baru kepada sahabat-sahabat pembaca sekalian. Semoga tahun baru ini  lebih baik daripada tahun sebelumnya.

Awal tahun biasa ramai yang pasang azam baru. Nak capai pelbagai matlamat. Sebagai penyimpan emas, saya hanya berazam nak simpan 1 gram 1 bulan tanpa terlepas satu bulan pun. Membimbing lebih ramai masyarakat di luar sana mula menyimpan emas, sebagai aset  diri sendiri atau simpanan jangka panjang.  Itu pun dah cukup buat saya.  Kata guru saya, ramai lagi yang tak tahu tentang emas. Saya mohon, sahabat-sahabat mendoakan  agar misi saya tercapai. Insyallah.

Simpan 1 Gram 1 Bulan

Simpan 1 gram 1 bulan, setahun 12 gram. Azam tu biasa saya dengar, lebih-lebih lagi awal tahun begini. Bukan saja dalam kalangan penyimpan emas. Malah, costumer saya pun selalu kata begitu.

Awal tahun berkobar-kobar nak simpan emas, sebabnya azam masih panas. Tapi bila masuk pertengahan tahun, ramai yang sangkut, mula tak konsisten. Mula-mula azam nak simpan 1 gram 1 bulan, tapi dah mula lompat-lompat. Kadang-kadang terlepas beberapa bulan. Paling menyedihkan, itulah 1 gram pertama dan terakhirku. Kita hilang semangat nak simpan emas bila masuk pertengahan tahun.

Sentiasa Bermotivasi Menyimpan Emas

Ibarat telefon bimbit. Jika kita selalu guna, buka internat, telefon orang, main game, akhirnya bateri telefon tu semakin lemah. Lama-lama terus padam kalau kita tak caj semula. Begitu juga dengan semangat kita. Bila nak konsisten simpan 1 gram 1 bulan. Semangat tu perlu sentiasa di caj, supaya semangat nak menyimpan sentiasa ada. Tak padam di tengah jalan.

# 1 Buat Dream Chart
Salah satu cara yang paling berkesan nak caj semula semangat menyimpan emas ini ialah dengan buat dream chart. Dream chart ini, impian atau target kita untuk tahun tersebut. Berapa banyak kita nak simpan. Kalau target tahun ini nak simpan 12 gram. Sebulan mesti beli 1 gram selepas dapat gaji. Tampal dream chart ini di tempat selalu kita lihat. Di pejabat, di bilik tidur, di dapur, atau dalam tandas. Lihat dan baca dream chart tersebut hari-hari supaya ia lekat dalam fikiran kita. Bila impian dah lekat dalam fikiran, automatik diri kita akan bekerja tanpa sedar untuk capai impian tersebut.
Kita pun sentiasa mendapat semangat nak tambah simpanan  setiap bulan. Dream chart ini, bukan saja impian untuk simpan emas, bolah juga letakkan impian-impian lain yang kita mahukan. Impian itu percuma, jangan takut nak letakan impian-impian kita. Pesan guru saya, Impian tu menjadikan diri kita lebih bermotivasi untuk terus bekerja.

# 2 Buat Bajet
Buat bajet, antara cara lain untuk kita konsisten membeli emas  setiap bulan.  Bila buat bajet, bermakna kita serius nak capai matlamat tersebut. Kalau nak kumpul setahun 12 gram, buat bajet beli 1 gram sebulan dalam anggaran RM 200. Beli  melalui akaun GAP lebih murah, berbanding membeli cara biasa. Bila kita dah tetapkan bajet siap-siap. Kita tak perlu risau nak cari duit kat mana. Paling baik, bila dapat bonus, duit kerja lebih masa, atau duit-duit lain. Potong 50% untuk beli emas. Lebih cepat kita bertindak, lebih cepat kita dapat hasilnya.

# 3 Beli Emas Guna Akaun GAP
Bagi saya, cara paling mudah nak beli emas walaupun bajet kecil ialah dengan beli melalui akaun GAP Public Gold. Boleh mula menyimpan serendah  1 gram atau RM 100. Bila  dah mula menyimpan guna akaun GAP, kita dapat monitor beberapa gram yang kita dah simpan. Secara tak langsung, semangat nak beli lagi tu semakin berkobar-kobar. Sebabnya nak kerja cepat-cepat matlamat kumpul 12 gram setahun misalnya.
# 4 Buat Jadual
Buat jadual juga antara kaedah untuk monitor pembelian kita setiap bulan. Buat jadual selama 12 bulan dah tandakan sekiranya bulan tu dah berjaya beli 1 gram. Mengikut pengalaman saya, dalam bulan tertentu kita mampu membeli lebih daripada 1 gram. Misalnya, 2 atau 3 gram sebulan. Ikut kewangan kita. Bagi penjawat awam. Biasanya, awal tahun dapat bonus. Duit bonus tu boleh gunakan untuk beli 3-4 gram sekali gus. Itu pun kalau mahu. Bagi yang bekerja di sektor swasta. Ada saja duit lebih, tambah saja dalam akaun GAP serendah RM 100.  

# 5 Sentiasa Datang Seminar
Saya amat syorkan sahabat-sahabat pembaca datang seminar Public Gold atau seminar-seminar emas yang lain. Dalam seminar ini kita dapat belajar pelbagai ilmu emas daripada mereka yang pakar dalam bidang ini. Di sini juga kita dapat berjumpa dengan mereka yang sama matlamat dengan kita. Di samping dapat caj semangat nak menyimpan emas setiap bulan. Bila kita dah faham fungsi dan kelebihan emas, di situ datangnya semangat nak kumpul emas banyak-banyak. Jangan bimbang seminar Public Gold percuma. Boleh rujuk jadual seminar di sini www.publicgold.com.my. Jika hadir tuliskan nama saya MOHD SHAFIQ ROHAIZAD Kod delaer: PG 00059788 untuk mendapat bimbingan percuma daripada saya.

Semoga 5 tip di atas dapat membantu sahabat-sahabat pembaca mengumpul emas lebih banyak dalam tahun ini.

Wallahualam
Mohamad Shafiq Rohaizad

Kuching 

Kredit gambar: s3.amazonaws.com
3.bp.blogspot.com

No comments:

Post a Comment