3 Posisi Dalam Pelaburan Emas
[Kemaskini 15 Julai 2020]
Sebenarnya sering berlaku kekeliruan dalam kalangan pemain emas. Persoalan yang sering ditimbulkan:
Bila waktu sesuai membeli emas? Beli sekarang atau tunggu harga turun lagi
Bila waktu sesuai menjual emas? Jual sekarang atau tunggu harga naik. Kalau harga naik, dapat tak gandakan harga emas seperit belian pertama.
Mana Item terbaik? Gold bar, dinar, atau emas perhiasan.
Kekeliruan ini sebenarnya biasa berlaku dalam kalangan pemain emas sama ada penyimpan atau pelabur emas.
Ini disebabkan kita belum jelas kedudukan kita di mana,
Kita umpama berada di persimpangan jalan. Justeru, tetapkan posisi kita terlebih sebelum mula membeli emas.
Tetapkan Posisi Kita
Tatapan posisi kita sebagai:
1 Penyimpan
2 Pelabur
3 Peniaga
Penyimpan Emas
Golongan penyimpan emas, mereka tidak fikir soal harga emas naik atau turun, kerana golongan ini membeli emas bukan untuk pelaburan, tetapi sebagai simpangan dan digunakan ketika kecemasan.
Golongan ini lebih fokus untuk mengumpul jumlah gram dalam simpanan berbanding nilai RM. Mereka tak kisah berapa harga emas sama naik atau turun. Golongan ini tetap membeli dan terus membeli sebagai simpanan. Fokus goloangan adalah menambah jumlah gram dalam simpanan.
Bila harga emas jatuh, satu bonus kepada golongan ini untuk tambah lagi jumlah simpanan sedia ada.
Beli, beli, beli, tanpa lihat turun naik harga emas.
Pelabur Emas
Bagi golongan pelabur. Mereka lebih pentingkan nilai RM berbanding gram. Matlamat mereka ialah menggandakan nilai RM dan ambil untung daripada kenaikan harga emas. Fokus mereka ialah RM berbanding gram.
Contoh:
Andaikan anda ada RM25,000. Bermodalkan RM 25,000 itu, anda beli 100 gram emas. Kemudian harga emas melonjak naik daripada RM 25,000 kepada RM30,000. Anda jual kembali emas tadi.
RM 30,000 – RM 55,000 = RM 5,000.
Anda untung RM5,000.
Kemudian bermodalkan RM25,000 tadi anda beli lagi emas sebagai pusingan kedua.
Jual kembali apabila harga emas naik. Ingat! RM25,000 tadi mungkin anda hanya dapat 25 gram saja atau kurang disebab harga emas semasa.
Tak apa, fokus anda bukan penggandaan gram tetapi penggandaan RM.
Tidak kisahlah beberapa gram yang dapat, asalkan modal asal RM25,000.
Golongan ini lebih melihat prestasi harga emas. Jual bila harga tinggi, beli bila harga emas rendah.
Untuk jadi pelabur emas yang berjaya anda perlu mendalami teknik analisis teknikal harga emas. Anda dengan Encik Shufaat Norani atau En Syukor Hashim.
Peniaga Emas
Golongan ini memberi fokus kepada pergandaan gram dan nilai RM.
Biasanya golongan ini adalah dealer sesebuah syarikat pengeluar emas sepeti Public Gold. Mempunyai 2 matlamat utama iaitu menggandakan gram dalam simpanan da RM.
Menggandakan nilai RM melalui jualan emas. Keuntungan itu digunakan untuk membeli emas dan menggandakan gram dalam simpanan. Goloangan peniaga emas mendapat keuntungan dari segi transaksi jual beli emas.
Semakin banyak transaisai jual beli emas, semakin untung. Kalau di Public Gold dealer hanya guide saja sesiapa yang berminat membeli emas. Selebihnya mereka akan berjual beli sendiri dengan Public Gold disemua 17 cawangan Public Gold seluruh negara.
Dealer akan mennikmati komisyen setiap transaksi jual beli antara 1% hingga 2 % mengikut tahap dealership anda.
Rasanya faham tak setaka ini? Kalau tak faham juga hubungi saya ya.
Kredit gambar: https://dinaremasblog.wordpress.com/