5 kriteria Sebelum Menyimpan Emas?

5 kriteria Sebelum Menyimpan Emas?

1. Perlu kalian fahami, emas paling murah harganya tak semestinya terbaik, kerana harga murah belum tentu menjamin keuntungan.

2. Ada 5 kriteria yang kalian perlu pertimbangkan sebelum kalian bertindak membeli emas.

Harga Rendah

Sebelum kalian membeli emas, semak dahulu harga pergram emas yang ditawarkan.

Bandingkan harga pergram emas tersebut dengan 3 syarikat pengeluaran emas yang lain.

Pastikan juga semak harga emas itu bersama kos-kos lain seperti caj permium, kos upah, dan lain-lain kos yang dikenakan.

Pastikan juga harga yang ditawarkan jauh lebih murah berbanding kedai emas yang menjual barang kemas.

Spread / Susut Nilai

Susut nilai bermaksud beza antara harga jual dengan harga beli emas tersebut.

Harga jual bermaksud, harga penjual menjual emas kepada kalian.

Harga beli pula bermaksud harga penjual membeli semula emas daripada kalian.

Pastikan kalian kira berapa peratus susut nilai antara harga jual dengan harga beli.

Cara pengiraan:

Harga Jual – Harga Beli
———————————— x 100 =
Harga Jual

Dalam website Public Gold sentiasa ada 2 harga iaitu PG Sell dan PG Buy.

Jika kalian mahu beli emas lihat PG Sell. Jika kalian mahu jual emas lihat PG Buy.

Harga PG Buy, terhad untuk emas Public Gold saja.

Jika kalian mahu jual emas selain jenama Public Gold, rujuk staf Public Gold untuk kiraan yang lain.

Stok Tiada Had

Pilih syarikat emas yang dapat bekalkan emas ketika harga rendah.

Biasanya harga rendah ramai yang berebut-rebut membeli emas.

Dalam pangalaman saya hanya Public Gold yang dapat bekalkan emas ketika harga emas diparas rendah.

Cawangan Jual Beli Banyak

Sebelum kalian membeli emas, tanya berapa cawangan yang syarikat pengeluaran emas itu ada.

Semakin banyak cawangan jual beli, semakin mudah kalian berurusan dikemudian hari.

Kalian tidak boleh bergantung sepenuhnya dengan dealer kerana komitmen dealer ada yang tak menentu.

Ada dealer yang mampu menjual emas tetapi tak ramai dealer mampu membeli semula emas atas faktor modal.

Public Gold ada 18 cawangan seluruh negara untuk kalian berurusan.

Jual Beli Tak Cerewet

Ini kriteria yang paling penting untuk kalian ketahui.

Sebelum kalian mengambil keputusan untuk membeli emas, tanya syarat jika kalian mahu menjual semula emas kalian kepada mereka.

Ada syarikat yang tak beli semula emas yang telah calar, bengkok atau terbuka sarung liminetnya.

Kalau beli sekalipun dengan susut nilai yang tinggi.

Setakat ini Public Gold tidak cerewet syarat membeli semula, malah memberi jaminan akan membeli semula emas yang mereka jual sama ada emas itu calar, bengkok, patah atau terbuka sarung liminetnya.

3. Inilah 5 kriteria penting yang kalian perlu ketahui dan lihat secara pakej iaitu keseluruhan bukan lihat satu-satu kriteria saja.

4. Bila kalian dah semak kelima-lima kriteria ini dan berpuas hati, barulah kalian membuat belian seterusnya dan menjana keuntungan.

Begitulah.

Mohd Shafiq Rohaizad Buyong

Berusia 30 tahun telah bergiat aktif sebagai dealer Public Gold sejak 2017. Telah membimbing lebih 100 penyimpan emas di Malaysia. Mempunyai impian untuk membimbing 1000 penyimpan emas yang berilmu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *