Shopping Online Di PG Mall
Saya akui kehidupan di bandar besar bukannya mudah. Masa saya jadi guru tuisyen di Subang Jaya dulu, saya keluar seawal 6 pagi dan balik sekitar 6 petang. Ketika tu saya guru tuisyen full time berbanding guru-guru lain yang hanya guru-guru part time. Jadi, kerja saya hampir sama dengan guru sekolah biasa. Senang cerita pada waktu tu, keluar gelap balik pun gelap.
Ketika tu, saya menumpang rumah abang di Saujana Puchong. Saya lihat rutin kakak ipar saya dengan abang saya keluar gelap balik gelap. Itulah pusingan hidup mereka setiap hari. Mungkin sebab dah biasa, tak jadi masalah. Bagi saya, satu kejutan besar. Baru saya rasa bagaimananya susahnya nak cari duit. Saya berdoa hari-hari supaya dapat kerja yang ada masa dengan diri sendiri.
Tak Ada Masa Dengan Keluarga
Memang kalau suami isteri dah bekerja, masa dengan keluarga amat terhad. Anak-anak pun terpaksa berdikari sendiri. Apabila ibu ayah keluar gelap, balik pun gelap. Memang tak ada masa untuk anak-anak, tak masa untuk bersantai depan TV, tak masa nak buat apa kita suka. Saya pesan kat diri saya sendiri, duduk di bandar ini maha mencabar. Paling sedih, dapat gaji bayar hutang.
Saya yakin, ramai keluarga di Malaysia memang ada masalah yang sama, iaitu tak sempat nak beli barang dapur. Sebabnya, ada kalanya hari minggu pun terpaksa turun kerja. Nak tak nak. Tu dah tanggungjawab kita. Sifir kerja makan gaji ni. Kita kerja duit masuk, kita tak kerja duit tak masuk.
Jalan terbaik beli secara online. Membeli secara online sekarang bukan jadi perkara baru. Di tempat saya kerja saya pun, setiap hari ada saja bungkusan posmen hantar. Kadang-kadang budak pejabat pun dah tak larat nak ambil di pejabat pos. Sebabnya terlalu banyak. Ini menandakan online shopping hari ini dah jadi trend orang kita. Orang suka membeli secara online berbanding nak pergi ke kedai. Sebabnya, jimat.
Jimat masa, jimat tenaga, jimat duit, jimat minyak kereta.
Keistimewaan PG Mall
#1 Barang Keperluan Harian
Bagi sahabat pembaca belum tahu, selain menjalankan jual beli emas dan perak. Public Gold juga mempunyai sebuah website online shopping iaitu PG Mall. Nama penuhnya Public Gold Mall. Saya lihat, PG Mall lain dari yang lain sebab kita boleh membeli apa saja barang keperluan harian seperti tepung, beras, susu baby, kicap, rempah-rempah, garam, gula dan bermacam-macam lagi.
Bagi saya, ini sangat menarik, kerana kita tak perlu lagi nak pergi ke pasar raya nak beli stok barang dapur. Yang sibuk bekerja, saya syorkan beli saja stok barang dapur di PG Mall. Kita tak perlu fikir bila nak pergi pasar rasa, bila nak beli stok barang yang dah habis, dengan duit minyaknya lagi, tol, caj parking, macam-macam lagi. Kita dah boleh berjimat banyak di situ.
#2 Diskaun
Zaman sekarang, saya pasti semua nak berjimat. Kalau dapat jimat RM 1-2 pun dah bersyukur. Dapat tambah duit sekolah anak-anak. PG Mall bantu kita untuk berjimat sambil dapat barang yang berkualiti. PG Mall setiap hari mengadakan jualan HOT SALES. Jualan Hot Sales ini ada 2 sesi. Sesi pertama setiap hari bermula pukul 12 tengah hari, sesi kedua bermula pukul 9 Malam.
Di sini PG Mall akan menawarkan pelbagai barangan dengan potongan harga sehingga 80%. Bagi saya sangat berbaloi daripada kita keluar beli sendiri. Memang kita dapat berjimat banyak di situ. Duit yang lebih boleh kumpul untuk beli emas. Terbaik beli melalui akaun GAP.
Antara penjimatan yang PG Mall tawarkan selain Hot Sales ialah diskaun HOT STORE untuk barangan elektronik, diskaun 20% untuk pembeli baru, diskaun RM 10 untuk pembeli baru yang membeli produk Nestle dan Free penghantaran jika membeli produk Nestle RM 50 ke atas.
#3 Jana Pendapatan Sampingan
Bagi saya, PG Mall bukan sekadar menawarkan platform bershopping. PG Mall juga membuka peluang untuk kita jana pendapatan sampingan. Saya katakan PG Mall satu-satunya online shopping 2 in 1. Kita jadi pembeli dalam pada yang sama kita boleh jadi peniaga. PG Mall buka peluang ini kepada semua rakyat Malaysia untuk menjual apa saja produk kecuali emas, perak, barang beralkohol, dan barang yang tak halal. Pendaftaran percuma. Berniaga sambil membeli.
#4 Jaminan Keselamatan
Saya selalu dengar, membaca dalam facebook. Pelanggan dah buat bayaran tapi barang tak sampai kepada pembeli. Kes penjual tak poskan barang yang dah di oder. Walaupun secara jujurnya saya belum mengalaminya lagi. Tapi kita perlu belajar daripada masalah orang lain. Di PG Mall, Insyallah sahabat-sahabat tak perlu risau, kerana PG Mall melaksanakan KONSEP BARANG SAMPAI, BARU PENJUAL DAPAT BAYARAN.
Maksudnya, pembeli akan membayar produk yang dioder kepada PG Mall dahulu. Selepas barang di oder sampai ke tangan pembeli, baru PG Mall menyerahkan bayaran daripada pembeli tadi kepada penjual. Selagi barang yang di oder tak sampai ke tangan pembeli, penjual tak akan mendapat bayaran daripada PG Mall. Dalam bahasa mudahnya, PG Mall menjadi orang tengah dalam urusan jual sahabat-sahabat dengan penjual di PG Mall.
#5 Dua Kaedah Pembayaran
PG Mall mempunyai 2 kaedah pembayaran. (1) Pembayaran menggunakan gram emas daripada akaun GAP. Pembayaran menggunakan gram emas ini dikenali sebagai GOLD CASH (GC). 1 gram bersamaan 100 GC. Sahabat-sahabat pembaca perlu transfer dulu beberapa gram yang dikehendaki dalam sistem G-Wallet. Daripada G-Wallet inilah pembayaran dalam ke PG Mall boleh dilakukan.
(2) Selain, menggunakan Gold Cash, kita boleh membuat bayaran secara TUNAI (RM) melalui online banking. Sama seperti membeli di tempat lain. Kaedahnya sama saja.
#6 Insentif
Jika sahabat-sahabat pembaca syorkan kawan-kawan untuk membeli di PG Mall. Tanda terima kasih, PG Mall akan membayar insentif. Insentif ini akan dikreditkan dalam C-Wallet akaun PG Mall sahabat-sahabat.
Insentif ini boleh digunakan bila-bila masa (dalam tempoh 2 tahun) untuk membeli dalam PG Mall. Semakin ramai yang membeli di PG Mall atas recommen sahabat-sahabat, semakin banyak insentif yang sahabat-sahabat terima. Insentif ini akan dikreditkan dalam C-Wallet setiap 25 hari bulan setiap bulan. Jika jadi delear emas, PG Mall juga boleh dijadikan bisnes kedua kita.
Daftar Pembeli: PG Mall Shopper
Daftar Peniaga : PG Mall Merchant
Wallahualam ….
Mohamad Shafiq Rohaizad
Kuching
12 November 2017
kredit gambar: Azrin Ros ,
https://marketingland.com